Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Sunday, August 28, 2011

Mereka Sudah, Kita Bila Lagi???

Assalamu'alaikum
Cuba buka mata anda dan lihat dgn sejelas-jelasnya gambar artis-artis di bawah.
Lihat transformasi mereka

BEFORE...


VE


Ruffedge


Innuendo

AFTER...


Al-Mawlid...

BEFORE...


Sham Kamikaze

AFTER...


New Sham Kamikaze

BEFORE...


Bob Lokman

AFTER...


New Bob Lokman

BEFORE...


Iwan Dangdut


AFTER...


Iwan Dakwah

BEFORE...


Sheqal

AFTER...


Sheqal after

Dari Umar bin Khathab r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.

Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah


(HR Bukhari)

Mari kita sama-sama doakan semoga mereka terus istiqamah dalam penghijrahan yg mereka lakukan ini

Mereka sudah berubah.
Kila bila lagi?????
Jangan tunggu sampai ajal di anak tekak baru nak berubah
jangan pula menggunakan alasan "x sampai seru" untuk tidak boleh berubah
Mereka boleh, kita pun boleh
Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita berubah
INSYA-ALLAH!!!!!

Yang Benar,


Monday, August 22, 2011

Kisah Benar Yang Best

Assalamu'alaaikum

Al-kisahnya, tadi temanlog in fb, then jumpa note2 lama. So i think better i copy paste in this blog. Hope this story can give us many many and many benefit. Insya-Allah.

....................................................................................................................................................................


Kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.


“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita jugak.


The End of The Story

....................................................................................................................................................................

Your sincerely, 


Wednesday, August 10, 2011

~~~ MLM & Facebook ~~~




Assalamu'alaikum and a very good morning (for me, each time is morning.wink!! ;-) ) to all of you. Actually this is the 3rd times i'm update new entry in this blog. Actually i don't know why i become "gedikw" to update more entry (erkk, does this action can be labeled as gedikw???hehe). Maybe because i'm just working from 6 pm - 10 pm everyday, so i have many, many and many free time. So, i'm just on my laptop, log in facebook, then become bored and bored. As a result, 3B will be updated more frequently. Hehe (what a nonsense i'm writing here. *blushing* )

Ok2, back to normal. Have you heard about Multi-Level Marketing (MLM)?? I'm sure majority of you know about this "magic" word. I also have heard about MLM before this, but to be honest, i'm not really know about it. So i'm immediately "ask' my beloved uncle. Guess who??? Hehe. According to my beloved uncle, Mr Wikipedia (suka2 ati je ckp uncle. Haha ;-) ), multi-level marketing (MLM) is a marketing strategy in which the sales force is compensated not only for sales they personally generate but also for the sales of others they recruit, creating a downline of distributors and a hierarchy of multiple levels of compensation.

Based on my understanding, i can conclude that the concept of MLM is just like this, you join this program, then you need to recruit the other to join under you, then you will get "komisen" (if wrong, please tell me). So, although we don't do anything, we also can get money when our recruiter (haha,sukati je cipta vocab baru :-p ) do their work. Can you imagine, you just watching television but you get income at the same time. WOWW!!! Awesome. That's cool man!!!

Coppp!!! Wait a minute. Why suddenly i post this entry???
It is because i've already join MLM???/
or....
WHAT?????



TADAAAAA!!!!!
Kalo udah makan tempoyak tu, ckp pun bau tempoyak jugak yob oii. Hehe. Bior le teman ckp Perak blk ek.
Ha, teman nk tnya kat mike semua le. Mike semua ni ada x akaun dlm mana2 social network website???
Eh, tu apa ke halnya berkerut2 dahi tu?
owh, mike idak tau binatang jenis apa yg dimaksudkan dgn social network website tu????
Ate, tu le, dulu kecik2 haram nk blajo. Ni teman explain udah tercengang.
Ce cite! Ce cite! Ce cite!
Ha, ni teman nk cite le ni.
Ala, Facebook ke, MySpace ke, Twitter ke, Friendster ke, Tagged ke, dan byk lagi
Ecece, dan dan, teman ckp rope itu, mike pon ckp "owhhhhhhhh, fesbuk......"

Okew2, kembali ke jalan yg lurus. Kalo udah ade akaun tu, idak le seronok kalo gmbr mike semua yg hot2 tu x diupload. Idak gitu?
Tak apa la kalo gmbr tu elok sempurna menutup aurat.
Tapi problemnya bila gmbr yg mike semua upload tu gmbr yg x sempurna menutup aurat...
Mksdnya gmbr tu bila org lain view, mendatangkan dosa...
Cuba bygkan, sorg kawan view gmbr kita yg x sempurna menutup aurat
Kita analogikan seorg view bersamaan 1 dosa
Pastu member kpd kwn tu view, dah 2 dosa
Pastu di"tag" plak gmbr tu kpd 10 kwn
10+1+1=12 dosa
Pastu org lain add kita, view gmbr, tmbh lg dosa
Tu baru 1 gmbr x menutup aurat dgn sempurna
Kalo ada 10 gmbr, darabkan dgn 10
Dh berapa dosa dh
Cuba kira
Kalo ada 400 kwn yg view, then ada 20 gmbr kita x menutup aurat, dh brp dosa
OMG!!! OMG!!! OMG!!!
Udah byk bebenor nie. Pening teman nk kiranya
Senang citer, krn sekeping gambar kita yg x sempurna menutup aurat yg kita upload  kt fb menyebabkan kita mengumpul dosa yg byk
Tu baru SEKEPING GMBR, belum byk lg
Dan plg harunya lagi, dosa2 ini kita kutip dlm keadaan kita x sedar
Kita goyang2 kaki kt rmh, tp akaun dosa kita makin meningkat
Setuju x?
Tu yg teman samakan dgn konsep MLM
Kalo dlm MLM kita goyang kaki dpt untung
Tapi hal ni kita goyang kaki dpt dosa..
Haru! Haru!
Dah la pahala x byk mana
Ni plak dpt dosa free menimbun
Lagi la takut, tba2 kita menemui ajal, dgn akaun fb kita terbiar je dgn gmbr2 kita yg x sempurna menutup aurat. Akaun fb kita plak x diluputkan disebabkan hanya kita je yg tahu passwordnya
Bygkan, dlm kubur saham dosa kita terus menerus disalurkan
Haru! Haru!

So, teman sgt pasti dan yakin, yg mike semua ni mesti ada akaun fb ke, fs ke, twitter ke
Eleh, buat muka innocent xde kononnya tu. Confirm ada la.
So, check la akaun mike tu
Delete la mana2 gmbr yg x menutup aurat dgn sempurna
Berhentilah drpd mengutip dosa percuma
Biarkan gmbr yg menutup aurat dgn sempurna
Gmbr yg sekadar nk bg org kenal siapa pemilik akaun tu.


So, mari le kita sama2 men"delete" mana2 gmbr kita kt akaun fb@fs@twitter@myspace atau yg seangkatan dgnnya, yg mn gmbr kita tu tidak menutup mana2 bhgn seperti yg tertera di gmbr di atas..
Mcm mn pula dgn tabarruj???
Ha yg tu kna tggu next entry la.. (xtau bila.haha)

"AMATLAH RUGI ORANG YANG SUDAH SAMPAI KEBENARAN PADANYA NAMUN DIA MENOLAK DENGAN PERASAAN BONGKAK DAN BENCI"

p/s : kalo ada salah silap dan cacat cela dlm entri ni, sila lah tegur ek. Al-maklum lah, teman ni Budak baru Belajar

Ikhlas drpd,




Friday, July 22, 2011

Teka-teki Imam Ghazali




I find this article during surfing. So i wish i can share with all of you in this blog. Hope this sharing can give us some benefit input. Insya-Allah!!!

........................................................................................................

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



Wallahualam...

Thursday, July 21, 2011

Just Sharing ;-)


Assalaamu'alaikum

Dear my beloved reader,
I'm just googling and find this photo
And i'm just thinking to post in my blog
So to the owner of this photo
Please permit me to publish in my blog
Just want to share something benefit with all my beloved friend ;-)


* just click on the image to enlarge it


so, especially to all my beloved muslimah,
ask yourself,
why you look in the mirror before go out,
whether you want to make sure you look beautiful from the eye of people,
or
you look in the mirror to make sure you already cover all of your aurat and make sure you look beautiful from "the eye of Allah SWT"


Diriwayatkan dari Amirul Mu'minin Abu Hafs 'Umar bin Khattab Radhiayallahu 'anhu berkata : "Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda : "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperoleh apa yang dia niatkan. Barang siapa yang berniat hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa yang berniat hijrahnya kerana dunia yang dia akan diperolehnya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dia hijrahkan kepadanya"

(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sorry, i'm not translate in English because i want to avoid any missing information if i translate it (due to my weakness in English language ;-) )
So, just ask ourself
What is our intention doing all of this things
Hoping that we will really "ikhlas" in performing our 'amal

Jazakallah ;-)

Your sincerely, 





Wednesday, July 20, 2011

Young Leader (Imam Muda)



BISMILLAH


With The Name of Allah


Wawawah, gaya macam nak tulis entri dalan bahasa Inggeris. Tetapi memandangkan tahap bahasa Inggeris ana yang “sangat tinggi”, maka hasrat suci murni itu dibatalkan. Nanti takut ramai plak terbeliak mata sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal dek kerana tidak bisa memahami maksud ayat ana ;-)
Ha, sebelum tu ana nak minta kebenaran untuk menggedik menggunakan kata ganti diri “ana” ek. (hehe,gedik ker??? :-p ). Ok, back to normal. Have you heard about the phrase below?


“Imam Muda, program yg memecah tradisi”


To be honest, actually jari-jemari ana begitu laju menekan keyboard di laptop untuk mengulas sesuatu tentang program Imam Muda ini sebaik sahaja Imam Muda Hassan dinobatkan sebagai Imam Muda musim kedua. But as usual, manusia merancang, Allah jua merancang. Dan perancangan Allah jua lah sebaik-baik perancangan. Tangguh punya tangguh, akhirnya ana memaksa neutron di otak ana untuk berkolaborasi dengan jari-jemari ana yang halus ini (unsur-unsur perasan yg terlebih2 :-p ) untuk menyiapkan juga entri yang dah lama tersimpan di desktop laptop ini.

Kalau ditanya pada majoriti rakyat Malaysia, ana sangat yakin+konfiden bahawa kebanyakan mereka akan menganggukkan kepala tanda setuju sambil membuat gaya seolah-olah seorang pemikir masa depan negara tanda mengakui akan kewujudan program bercorak Islamik ini. Sepengetahuan ana yang serba dhaif serta lemah ini, Imam Muda merupakan sebuah program yangg dirangka untuk memilih beberapa orang pemuda Muslim utk ditarbiah dan diberikan ilmu sebanyak mungkin utk menjadikan mereka sebagai seorang ‘imam’ di kalangan masyarakat. Program ini dijadikan sebagai sebuah program realiti yg disiarkan melalui saluran Astro Oasis. Rakyat Malaysia berpeluang menonton perkembangan dan aktiviti para peserta yg disiarkan melalui saluran Astro Oasis ini. Alhamdulillah, at least takda la Astro asyik buat program-program yang lagha je (hehe,jgn mrh orang-orang Astro ;-) )



Secara jujurnya, bila bersembang dengan sahabat-sahabat mengenai program-program realiti yang ada di Malaysia, ternyata program realiti Imam Muda acap kali menduduki ranking nombor satu sebagai program realiti yg bermanfaat dan sihat utk seorang Muslim @ Muslimah. Dan secara jujurnya, walaupun lidah ana menuturkan kata tanda setuju dan menyokong kewujudan program ini, to be honest, sekali je ana tengok program ini. Tu pun secara tidak sengaja, dan kebetulan tu malam kemuncak, final di mana Imam Muda Hassan dinobatkan sebagai Imam Muda musim kedua. Paling ana suka, bila sesi di mana seorang tokoh agama membacakan membacakan potongan hadith untuk diulas oleh kedua-dua Imam Muda. Subhanallah, marvellous, amazing, bagaimana Allah memberikan kelebihan kepada mereka untuk berhujah dengan petah bagi mengulas hadith tersebut. Dan setiap kata-kata mereka dikaitkan dengan ayat Quran atau pun hadith, or at least ayat para ‘alim ‘ulama. Tiba-tiba terasa malu dengan diri sendiri. Rasa terpukul. Astaghfirullah, lidah ini tidak mampu lagi berhujah seperti itu. Bagaimana nak jawab bila diajukan persoalan terutama bila soalan itu datangnya daripada non-muslim. Dan bagaimana diri ini nak berdepan dengan Allah kelak apabila ditanya oleh Allah tentang sejauh mana diri ini melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini. :’(


“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman,”Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
(Surah Al-Baqarah : ayat 30)



Berbalik kepada program Imam Muda. Tatkala mulut mula berbicara tentang program ini, maka tidak semena-mena neutron-neutron di otak ini menghantar impuls mengingatkan tentang beberapa sedutan hadith mengenai waktu muda. Hadith-hadith yang memberi kita peringatan tentang betapa pentingnya kita supaya tidak menyia-nyiakan waktu muda kita.


Rasulullah  saw bersabda dalam hadits Abdullah bin Mas’ud  ra, “Tidak akan beranjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Rabbnya sampai dia ditanya tentang 5 (perkara) : Tentang umurnya dimana dia habiskan, tentang masa mudanya dimana dia usangkan, tentang hartanya dari mana dia mendapatkannya dan kemana dia keluarkan dan tentang apa yang telah dia amalkan dari ilmunya”.
(HR. At-Tirmizi)


Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa masa muda merupakah salah satu nikmat terbesar yang akan diminta akan pertanggungjawaban di hadapan Allah. Itu sekaligus menunjukkan bahawa Islam sangat memperhatikan usia muda dan para pemuda.


“relaks la bro, muda lagi. Enjoy la dulu, nanti bertaubat la”


Errr, “nanti bertaubat” ???

Persoalannya, adakah penantian itu benar-benar terjadi???

Adakah kita ada surat warranty dari Allah yang kita akan dijemput-Nya di waktu tua, bukan waktu muda???


masa muda ni kiranya masa paling berharga la bagi seseorang manusia
masa ni tahap kehenseman seseorang lelaki di tahap maksimum
tahap cun perempuan pun di tahap klimaks
masa di mana lelaki akan mula memanjangkan leher bila terlihat awek cun, lalu cuba mengorat menggunakan aset kehensemannya (kalo hensem la.haha)
masa ni juga si gadis akan mula berhias utk menampakkan betapa cunnya mereka bagi membuatkan kalbu pemuda berdebar bila terpandang keayuan mereka (ingat para muslimah, simpanlah kecantikan dan keayuan anda utk bakal suami anda nanti, bukan utk tatapan pemuda yg tidak halal bagimu lagi, make urself expensive ;-) )
masa ni semua benda nak try
kalo try benda baik, alhamdulillah
tapi problemnya bila try benda tak elok
so cari la ilmu agama banyak-banyak
pergi la kuliah agama di mana sahaja ia diadakan
bila dah ada ilmu, baru la leh amal
xda la kita beramal sekadar ta'lid (ikut-ikutan) semata-mata
sebab tidak semestinya apa yg biasa masyarakat buat itu perkara yg betul
dan tidak semestinya apa yg jarang dilakukan itu adalah perkara yg salah
sebab akhir zaman ni org pelik sampai nk terkeluar biji mata melihat kita bila lelaki keluar ke supermarket pakai serban mahupun lebai
tapi biasa je bila nmpk org laki pakai seluar pendek yg menampakkan aurat berjalan-jalan di supermarket



so, as a conclusion, don't waste ur young age
bukan apa
takut nanti tergagap-gagap kita nak jawab depan Allah bila Allah tanya kita gunakan masa muda kita untuk apa ;-)

p/s : as usual, sila tegur ana jika ana bg ajaran sesat pada entri kali ini. thank for your reading. Maklum la, ana kan Budak Baru Belajar ;-)

Tuesday, June 28, 2011

Teman ; Sahabat ; Kawan

Teman ; Sahabat ; Kawan



3 perkataan yg membawa erti yg sama. Lain ejaan tetapi sama ertinya. Lain abjad tetapi sama definisinya. Lain sebutan tetapi sama maknanya.

Siapa yg di dunia ini yg tidak punya teman. Siapa di alam ini yg tidak punya sahabat. Siapa di hayat ini yg tidak punya  kawan.

Hatta haiwan juga punya kawan mereka sendiri. Burung-burung yg terbang sambil berkicauan punya teman bermain. Semut-semut yg melata juga punya sahabat bekerja. Kucing-kucing yg berkeliaran juga punya kawan sepermainan.

Bahkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga punya sahabat baginda yg tersendiri. Sahabat-sahabat baginda punyai tahap kecintaan kepada baginda melebihi tahap kecintaan terhadap diri mereka sendiri. Itulah nilai persahabatan yg ada pada diri sahabat-sahabat baginda. Kecintaan itu bukan terhadap baginda semata-mata, bahkan kecintaan itu juga terhadap sesama mereka sendiri. Itulah contoh persahabatan yg benar-benar dituntut syariat.

Secara tiba-tiba, diri ini merindui setiap nama yg pernah singgah dlm hidup ini sebagai teman. Teman-temanku semasa perkelanaan di sekolah menengah, semasa di zaman matrikulasi di Gopeng, semasa zaman diploma di Terengganu, semasa zaman persinggahan selama satu sem di UM dan kini teman-teman seperjuangan di Puncak Alam. Setiap dari anda amat diri ini rindui. Terutama teman-teman yg banyak mengenalkan diri ini dengan Allah, yg mengenalkan diri ini dgn Rasulullah, yg mengenalkan diri ini dgn erti perjuangan sebenar seorang muslim, yg memberikan diri ini peluang utk merasai serba sedikit kehidupan seorang dai’e (walaupun tidaklah benar-benar merasainya). Diri ini sangat merindui saat-saat kita berebut-rebut untuk melaungkan azan di surau, diri ini merindui saat-saat kita berbuka puasa bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita  menjalankan ghast bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita beriktikaf di masjid bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita pergi ke daurah bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita berusrah di tepi masjid Ladang, diri ini merindui saat-saat kita menjalankan projek Balai Islam 2nd bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita sama-sama bekerja dan menolong antara satu sama lain tanpa berkira. Dan byk lagi momen-momen yg diri ini rindui. Tapi yg paling penting diri ini sangat-sangat merindui setiap daripada nama yg pernah bergelar sahabat dlm hidup ini.




Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk.

Kepada teman-temanku, maafkan diri ini andai tak bisa menjadi sahabat seumpama wangi-wangian. Maafkan diri ini andai sekadar menjadi sahabat seumpama tukang besi. Kadang-kadang lidah ini hanya mampu memuji tatkala sahabat-sahabat melakukan kebaikan, tetapi lidah ini kelu untuk menegur tatkala sahabat-sahabat tersilap melakukan kekhilafan. Itulah kelemahan dan ketidaksempurnaan yg wujud dalam diri ini.



Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkan oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.

Maafkan diri ini andai kata kehadiran diri ini sekadar membuatkan sahabat-sahabat semakin jauh daripada Allah. Maafkan diri ini andai diri ini tidak mampu menjadikan sahabat-sahabat semakin bagus amal dan semakin dekat dgn Allah.

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.
Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?”
Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”.
Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?”
“Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT.”
Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

Maafkan diri ini andai diri ini tidak mampu betul-betul mencintai sahabat-sahabat  kerana Allah SWT. Mungkin kerana nipisnya iman, mungkin kerana kurangnya amal dan mungkin kerana banyaknya titik hitam di hati ini yg menyebabkan diri ini tidak bisa mewujudkan kecintaan kepada sahabat-sahabat yg benar-benar ikhlas kerana Allah SWT.

“MAAFKAN DIRI INI DI ATAS SEGALA YG TIDAK PATUT DIRI INI LAKUKAN ATAS NAMA SEORANG SAHABAT”



Semoga selepas ini kita semua akan mampu bersahabat dgn ikhlas krn Allah. Marilah kita sama-sama memuji sesama kita tatkala kita melakukan kebaikan (tapi jgn smpi berlebihan hingga menimbulkan rasa riak dan takbur), dan yg plg pntg marilah kita selepas ini sama-sama saling menegur secara berhikmah apabila ada sahabat-sahabat kita yg melakukan kesalahan dan kesilapan. Insya-Allah, semoga kita dicatatkan sebagai salah satu daripada 7 golongan yg mendapat naungan drpd Allah SWT di hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Golongan yg dimaksudkan itu adalah :

“Dua orang yg saling mengasihi kerana Allah dan keduannya berkumpul dan berpisah kerana Allah SWT”


Ikhlas drpd,