Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Saturday, August 4, 2012

Bulan Puasa ke Bulan Ramadhan?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Apa khabar semua pembaca yg setia? (kalau setia la, hehehe)
Haha, agak lama la tidak menulis sesuatu (bukan "agak", tapi memang lama)
Biasa la, dulu masa mula2 start berblogging, bukan main.
Nak sebarkan mesej baik la, apa la, tengok2...
Hehe, terbengkalai jer blog ni...
Maafkan saya..Hihihi
Semoga saya dpt istiqamah dlm hal2 kebaikan..
Begitu juga tuan-tuan dan puan-puan semua. Amin.. :-)



Sedar tidak sedar, waktu entri ini ditulis, kita sudah pun memasuki 0.5 drpd bulan Ramadhan.

Ramadhan???

Yup, bulan Ramadhan?

"Owhhhh, bulan puasa...."

"Memang bulan puasa, tapi bulan Ramadhan"

"Erk, bulan puasa tu bulan Ramadhan la..."

"Betul tu. Tapi bulan Ramadhan tidak semestinyer bulan puasa"

"Erk, hang dok mencarut apa ni????"
(sambil membuat nada percakapan ala-ala Mat Lutfa)

"Dengaq ni, kami nak habaq kat hang.."
(sambil turut sama membuat lagak Mat Lutfa

"Haihh, rapat punya perli. Sat lagi org dok berbuka makan kurma, hang plak berbuka makan penampaq. Mau??"

"Hihihi. X mau, x mau. Saja ja pekena hang. Ha, dengaq ni kami nak explain the further"

.....................
Tapi anda x dengar la apa yg saya nak bgtau. Sebab saya menulis, anda membaca. Bukannya saya bercakap, anda mendengar. Right??? ;-)

Dulu masa kecik2 dulu, saya kadang2 ada la bertanya kat diri sendiri. 

"Eh, bulan puasa ni xyah sembahyang ke?"

Ye la, masa tu kecik lagi kan, x baligh lg, xtau apa. Solat pun terkial2. Lagi2 masuk bulan puasa. Tengah2 penat. dok lembik je, solat pun ntah ke mana. Sebab tu sampai dok timbul persoalan tu. (Eh, awat aku cakap loghat utara? Ni Mat Lutfa punya penangan la ni. Hahaha)

Bagi org2 yg dikategorikan sbg dewasa, diorg mmg tau dah pasal ni. (Erk, tau ke? U all confirm tau ke? :-p )
Mksd saya, bulan puasa ni, bkn bermksd kita kena puasa je smpi mengabaikan ibadat2 lain.
So mmg xda problem la dgn org2 dewasa ni. (harap2 begitulah, haha)

Tapi dgn budak2 yg xbrp nak besar ni. Mksdnyer bdk2 kecik la.
Kdg2 diorg dok pikiaq yg bln puasa ni mmg bulan puasa sungguh.
Mksdyer cukup je sekadar puasa.
Bangun sahur, pastu tdo blk, then lembik waktu siang, buka fb (maju woo bdk skrg, kecik2 dh main fb), pi beli mercun, tgk tv smbl tggu waktu berbuka, then dengaq azan mgrb, balun makanan kaw2, then kalo rajin pi solat terawih (maklum la, sunat je), then bermulalah aktiviti yg plg dinantikan iaitu memecahkan hening mlm dgn bunyian mercun. Betui x? Huk al, xmau ngaku plak. Haha.
Hehe. Jgn marah kalo salah. Saya dok habaq lagu ni bukan apa, sebab saya pun lebih kurg mcm ni ms kecik2 dulu. :-p
Nak wat cmna. Kta sendiri dok habaq.

"Abg Long, sat lagi, bila tiba bln Ramadhan, abg Long kena puasa tau. Xleh mkn, xleh minum, xleh k***k hidung, xleh k****k telinga sepanjang waktu siang, tau?"

Biasa la dialog ni, tmbh2 lagi bila kita dok habaq kat bdk2 yg baru nak bertatih utk blaja puasa (haha, ayat "bertatih" tu, xleh blah)
So, xleh nak salahkan diorg gak bila diorg just tau bulan puasa ni sekadar benda2 tu jer.

Agak2 la, ada x yg dok pesan kat bdk2 kecik2 lagu ni..

"Abg Long, sat lagi, bila tiba bln Ramadhan, abg Long kena puasa tau. Xleh mkn, xleh minum, xleh k***k hidung, xleh k****k telinga sepanjang waktu siang, Bkn tu je. Abg Long kna jaga mata, jaga telinga, kurgkan tdo, bykkan baca Quran dan zikir. Waktu mlm pula kna g solat terawih. Walaupun tu solat sunat, tapi bln Ramadhan je ada solat terawih, rugi kalo x pi. Pastu, kalo abg Long rajin lg, kalo nk Allah syg kt abg Long, abg Long solat sunat la sblm mkn waktu sahur tu, mcm solat tahajud ke, solat taubat ke, tau?"


Confirm dan sgt shahih yg bdk tu akan terkebil2 mata smbl dok tnya blk :


"Hang dok gebang padia nie? xphm"


Haha. Chill. Maybe btol dan maybe x btol kot apa yg sy cuba habaq nie. Tapi ni la pemerhatian yg sy perhatikan (ayat bdk xpndai BM, haha)


Bkn apa. Kdg2 ada sesetengah drpd kita yg secara x sedar, menjalankan ibadat puasa ni sekadar adat.
Adat????
What???
ADAT??




..Ada ramai yang berpuasa tetapi puasanya itu hanya menyebabkannya mendapatkan lapar dan dahaga sahaja."

(Riwayat an-Nasaa'i dan Ibnu Maajah)





Yup. Just as "adat".
What is mean? (Oh My English, tunggang terbalik punya english, haha)

Lagu ni. Most of us ada fb kan. Ms awai2 nk ramadhan, tu dia, berpuluh2 org dok update status ke, gambaq ka, share ke, apa2 yg berkaitan ramadhan. dok habaq ramadhan bln ibadat, ada nuzul quran dan sbginya. bahkan ramai yg share cara2 nk khatam quran dlm sebulan. bgs!!! i like.
Tapi, setelah setengah ramadhan berlalu, adakah ramadhan yg dh kita lalui sekadar adat atau ibadat??

Apakah betul2 kita "berpesta" ibadat?
Membaca quran x kira masa dan tempat?
Berdoa sehabis kuat sewaktu hampir waktu berbuka?
Bersengkang mata menahan nafsu tidur di mlm hari utk sujud merendahkan diri di hadapan Allah?
Kemudian bersengkang mata mengelakkan tidur selepas sahur utk menyahut seruan solat subuh jemaah di msjd atau surau?

or..

Adakah kita membaca quran nak x nk je?
Membuka fb lalu menatap marka2 comei?
Lalu terpacak di hadapan tv saluran Astro Ria menatap kelibat Randy Pangalila dan Mikha Tambayong smbl menunggu azan berkumandang?
Then terus memulakan acara memenuhkan perut waktu berbuka.
Bila pukul 4 lebih, bgn sahur, after that tidur dan bgn blk solat subuh dlm kul 6.30am?





Eh, detail plak. Mcm aktiviti harian sndiri je (kantoi, dush! dush!)

Kalau kita ni buat mcm yg mula2 tu, maka Insya-Allah kita cuba menjadikan Ramadhan ni pesta ibadat..
Tapi syg..
Kalau kita dok buat mcm yg kedua tu, seolah2 kita menjalani ramadhan ni sama je, tiada beza dgn bulan2 lain. Bezanya ialah kita tidak mkn dan minum pd waktu siang. LOL, sgt rugi.

Bercakap pasal terawih plak, bl mai bln ramadhan, akan ada yg dok gaduh (ada kot.haha) pasal nk buat 20 rakaat atau 8 rakaat.
LOL. No need to argue la.
Kalau rajin, buat 20 rakaat. Kalau rasa nk buat 8 rakaat je, go on. Dua2 x salah. Jgn bertikam lidah smpi memecahkan perpaduan semata pasal bnda2 sunat nie.
Yg salahnyer org yg x mau pi solat terawih tu (xperli sape2 ek. umum ni,haha)
Kdg2 ada org mai habaq,

"Terawih ni sunat je, xpe kalau x gi"

Ye la, pas berbuka nk pi shopping. Haha.
Memang, terawih mmg sunat, x wajib. buat Insya-Allah dpt pahala, xbuat x berdosa.
Tapi terawih ni ada mlm ramadhan je, mlm2 bln lain xde. Rugi x buat.
Lgpun kita x sure next ramadhan kita masih bernafas ke x..
Satu lg, kalo kita x buat terawih, kita x rasa ke, mcm xde beza je bln ramadhan ni dgn bln lain.
Sbb salah satu keistimewaan bln ramadhan ni berbanding bln2 lain ialah solat terawih (buka silibus Pendidikan Islam sekolah menengah, hehe)

Jadi, tujuan penulisan sy yg xde gaya bhs puitis adaah utk mengingatkan sy dan hgpa semua, mai kita sama2 muhasabah blk. Adakah seama ini kita menyambut bulan ramadhan atau kita menyambut bln puasa semata2.
Rugi kalau kita x speed ibadat. Xpa, buat sikit, janji istiqamah. Yg wajib dimantapkan, yg sunat diperbanyakkan.
Kita masih punya masa lg utk speed ibadat kita.

Rasulullah menaiki mimbar (untuk berkhutbah), menginjak anak tangga pertama beliau mengucapkan "aamin", begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Seusai solat para sahabat bertanya, mengapa Rasulullah mengucapkan 'aamin? Lalu beliau menjawab, malaikat Jibril datang dan berkata:" Celaka dan merugilah seseorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucapkan selawat atasmu", lalu aku mengucapkan aamin. Kemudian malaikat berkata lagi, "celaka dan merugilah orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi (peluang itu) tidak membawanya masuk syurga", lalu aku mengucapkan aamin. Kemudian katanya lagi, "celaka dan merugilah orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya", lalu aku mengucapkan aamin. Hadits itu diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Akhir kalam, selamat meneruskan perjuangan beribadat di bulan puasa ini. Semoga ia akan menjadi titik tolak utk kita bertransformasi menjadi muslim yg lebih baik di sisi Allah SWT :-)

WALLAHU'ALAM





p/s : saya Budak Baru Belajar, kalau salah sila tegur dgn berhikmah :-)





Sunday, May 20, 2012

I Miss That Circle

With the name of Allah,



No new entry...
No new writing..
Seem like I'm too busy.
But, the truth is I'm out of idea to write something benefit to be shared..

Suddenly, I come to this blog,
Just to leave a simple message,

I MISS THAT CIRCLE!!!!

Circle?

What circle?

It is not a normal circle.
It's call Circle of Happy (Bulatan Gembira)

Yup.
I was introduced to this circle since form 4.
My super super senior (at that time, he study at IIUM) came to the school with his friend.
Have chat with me and my friend
Together we form halaqah around us
Then he open the Quran and the translater
We have a really simple chatting, but full of message 
Oh my Allah, I really miss that moment

I can't forget
During fasting month
All of us run toward Taiping Lake
Can you imagine. Running during fasting???
But that's not a problem.
Because deep inside our heart, we can feel Allah love
Then our senior tell translate from Quran
That realy cool
What a beautiful ukhwah
That really sweet, when your ukwah is based on Allah and Prophet

I hope, someday, somewhere, one day I can be again as a part of the circle
And hoping I will not exclude again from that circle



Amin!!! 

Friday, March 2, 2012

Cara Memandang Pelaku Maksiat



Artikel ini berkaitan ulasan mengenai satu video oleh Al-Habib Ali Al-Jufri. Sika klik di SINI untuk view video tersebut.

By Nighthood 

on 25 February 2012

Bismillahirrahmanirrahim. Ada sebab besar kenapa aku pilih tajuk atau judul entry kali ini seperti di atas. Ini kerana, di samping connection internet yang tidak mencukupi menyebabkan research yang lebih mendalam terbantut dan hanya dapat mendengar ceramah ini sekali harung je (mungkin ada ayat atau pemahaman yang salah, minta maaf), mungkin kali ini aku ingin lebih mengutamakan atau mengutarakan cara berfikir je kot. Aku cuba mencabar diri aku untuk menulis something ilmiah dengan cepat dan tepat semampuku. Baca sampai habis untuk menilai hasilnya sama – sama heh. 

Ketulenan Hujah dan Dalil

Pertama sekali, aku nak mengingatkan, aku bukan ustaz atau pakar dalam bidang apa – apa pun, jadi jangan anggap entry aku adalah hujah. Anggap je sebagai pembuka minda atau wacana baru. Sejujurnya, aku tidak mengenali Ustaz Al Habib Ali al Jufri ni lagi, (kalau betul dia ustaz ok), jadi anggap aku sebagai orang awam biasa, aku tidak tahu menahu keseriusan, ketelitian dan ketepatan ustaz ini dalam memilih dalil dan hujah daripada Al Quran dan hadis terutamanya. Ditambah juga, ustaz dan penge’post’ video ini di youtube tidak membantu mengatakan sumber rujukan, jadi susah nak cek kata – kata dia. Boleh dijadikan saranan atau masukan untuk next ceramah mungkin. Relax laa, bukan semua orang perfect kan. Cuma, berusahalah untuk menjadi yang lebih baik.

Kenapa aku selalu menekankan bab kepada ketulenan dalam memilih dalil dan hujah, lebih – lebih lagi mengenai agama kesayangan kita, selain telah tertulis dalam entry “Teguran Suci untuk Sahabatku 1”di  http://sangpelajar.wordpress.com/2012/01/09/teguran-suci-untuk-sahabatku-i/  dulu, kerana memang berbeza la bahan buatan ciptaan Allah S.W.T dengan ciptaan manusia. Untuk pemahaman yang lebih jitu dan tepat mengenai apa yang aku nak sampaikan pada topik ini, disarankan untuk membaca buku The Bible, The Quran and Science karya Dr Maurice Buccaille. Daripada buku tersebut, terdapat sangat banyak contoh ayat – ayat Al quran yang hanya dapat dibuktikan dengan modern knowledge, sedangkan tulisan ayat Al Quran ditulis lebih 1400 tahun yang dulu. Sebagai contoh;

The Implantation of the Egg.
-          Surah 75, verse 37 – 38: “Was (man) not a small quantity of sperm which has been poured out? After that he was something which clings; then God fashioned him in due proportion.” 

Kata – kata Doctor Maurice Buccaille terhadap ayat ini:
“From the discovery of modern times, we know that in order to draw nourishment, there is a veritable elongation of the egg. These formations make the egg literally cling to the uterus.”1

Bayangkan sahabat – sahabat, satu ayat dari Al Quran ini saja memerlukan lebih atau hampir lebih seribu tahun untuk di ‘confirm’kan. Memang patut Allah mencabar sesiapa yang meragui ayat – ayat Allah untuk membuat sendiri seperti Al Quran untuk menandinginya seperti dalam surah al – Israa: 88
“Say: if all human beings and Jinn were to come together to bring the equivalent of this Quran, they could not do so, even if they all were to help each other.”
Jadi kesimpulannya untuk topik ini, jelas kan lah sesuatu fakta tu daripada mana. Sebab kalau datang daripada Al Quran dan hadis yang sahih, memang tidak dapat ditolak dan dipertikaikan. *Kalau pandangan manusia, siapa pun dia, boleh ditolak, diterima dan di kritik (apatah lagi pandangan atau feedback aku ni heh).

*Maksudnya manusia tidak maksum.

Jangan Pandang Pelaku Maksiat dengan Pandangan Kehinaan

Kedua, sekali lagi nak kata ni entry sekilas pandang eh, ustaz/penceramah ada menceritakan bahawa (lebih kurang!!), jangan sangka seorang abid (ahli ibadah) lebih baik daripada seorang pelaku maksiat atau orang lain juga. Yang menentukan syurga atau neraka untuk someone memang tergantung kepada keseluruhan amalan individu tersebut, bukan hanya dengan certain perbuatan sahaja. 

“Those whose good deeds will weigh heavier (on the scale), will live a pleasant life, but those whose good deeds will be lighter (on the scale), will have hawiyah as their dwelling. (surah Al Qariah: 6-9).
 Sama laa kalau ada orang tidak pakai tudung datang bertanya, “Adakah aku masuk neraka kerana tidak pakai tudung?” Kita katakan, ke syurga atau ke neraka bukan kerja kita untuk tentukan, itu kan hak mutlak Allah SWT, hanya Allah yang boleh tentukan (keseluruhan amal akan ditimbang). Namun, jika pertanyaannya adalah, “adakah tidak memakai tudung adalah jalan untuk ke neraka?” kita boleh jawab ya. Sebab memang dah jelas lagi bersuluh ayat menerangkan hal itu. 

Untuk hadis yang sahih yang dapat aku carikan yang mungkin membawa maksud yang sama iaitu pelaku maksiat jangan dipandang hina atau teruk sangatlah bahasa mudahnya, adalah seperti riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: “Allah telah menghinanya”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu”. Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.2

Dalam riwayat yang lain, “Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).” 3

Terjadi perbincangan mengapa orang yang minum arak (salah satu dosa besar) boleh pula mencintai Allah dan Rasul nya. Ini kerana setiap orang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Mungkin saja pelaku dosa tahu larangan sesuatu perbuatan, tapi dia tak dapat tahan sangat giannya, namun pada masa yang sama dalam gaya hidup yang lain si pelaku maksiat tadi boleh je ikut Islam dalam kegiatan sehari - hari. Jadi sebagai kesimpulan, penentu syurga atau neraka si pelaku maksiat itu tadi tergantung kepada keseluruhan berat amalnya. Kalau dosanya diampunkan Allah dan berat timbangan amalnya, tidak mustahil di sisi Allah dia lagi baik daripada seorang abid. Mungkin – mungkin saja seorang abid beribadat tidak ikhlas, riak, suka kafir mengkafirkan (tanpa sebelumnya ditegakkan hujah) dan sebagainya.

Take note juga favourite quote aku ni, “Kita bertanggungjawab untuk membela Islam, tapi kita harus membela Islam dengan disiplin”. Belajar daripada hadis tadi, hukuman si peminum arak itu tadi hanya dipukul atau disebat di khalayak ramai, seorang je nak tambah dengan berkata something untuk menghinanya atau mencercanya atau melaknatnya, Rasulullah SAW dah tegur. Cukup tinggi disiplin yang diajar Nabi dulu. Memang harus diaplikasikan oleh kita semua dalam kehidupan sehari – hari, lebih – lebih lagi dekat - dekat pilihan raya ni. Jangan membudayakan cercaan dan merendah – rendahkan orang dalam masyarakat kita. Pilihlah perkataan atau ungkapan yang molek dalam menegur atau memberi nasihat.

Pintu Taubat dan Rahmat sentiasa Terbuka

Selain itu, ustaz/penceramah juga mengatakan mengenai kita tidak tahu bagaimana keadaan seseorang pada waktu dia hampir mati, mungkin sempat bertaubat dan dimaafkan oleh Allah SWT akan dosa – dosa dia. Yang itu, seperti kita semua tahu, pintu taubat dan diberikan rahmat memang sentiasa terbuka. Seperti pada surah al Zumar ayat 53:
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
 Mungkin yang aku boleh tambah juga di sini adalah dosa yang tidak akan diampun oleh Allah SWT antaranya adalah dosa orang yang melakukan syirik dan kepada Firaun dengan bukti – bukti seperti berikut;

“God does not forgive the sin of considering others equal to him, but he may choose to forgive other sins. Whoever believes in other gods besides Him has indulged in a great sin.” (surah 4:48)
 “God said: ‘What? Now! Thou has rebelled and cause depravity: This day We save thee in thy body so that thou mayest be a sign for those who come after thee.’ But verily, many among mankind are heedless of Our signs.” (Surah 10: 91:92)  

Apabila sampai ke topik keadaan seseorang sewaktu dia hampir mati, aku teringat satu cerita time di Indonesia dulu. Salah seorang pengebom di tempat public, sewaktu dilaksanakan hukuman mati, dikatakan ada kilat sabung – menyabung walau pada waktu siang yang terang, dan sejurus kematiannya, terdapat bau harum dari mayat itu yang tidak pernah dibau oleh orang ramai tercium. Pendekkan cerita, penulis cerita ni menggambarkan macam nak kata si pelaku bom dekat tempat public itu mati syahid laa.
Aku katakan, Islam terbina atas dalil dan hujah, bukan atas perkara – perkara pelik yang seseorang boleh lakukan atau yang terjadi. Biarla, kilat sampai langit terbelah pun, bau harum sampai satu dunia terbau pun, tetap tidak dapat mengjustifikasikan atau membolehkan someone bom dimana – mana sesuka hati (walaupun di pub atau tempat maksiat).  Larangan atau disiplin Islam sudah jelas dalam peperangan, iaitu hanya pada orang yang memerangi orang islam saja,  seperti;

“Perangilah orang – orang yang memerangi kamu di jalan Allah dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampau batas.”- surah Al Baqarah: 190 

Ibn Daqiq al – Id r.h. (wafat 702 H) berkata:

            “Hukum asal, membunuh tidak dibenarkan. Ia hanya dibolehkan demi mengelak bahaya. Sesiapa yang kebiasaannya tidak berperang (menentang  tentera islam) dan tidak berkemampuan untuk berperang , maka dia (dianggap) tidak mendatangkan mudarat seperti mereka yang berperang. Jadi hukumnya kembali kepada asal, iaitu mereka itu tidak boleh dibunuh.”4
Namun, itu semua tidak menolak kemungkinan pengebom itu tadi sempat bertaubat dan meminta ampun daripada Allah SWT. Jadi kembali kepada kaedah di atas tadi, jika ditanyakan adakah pengebom ini masuk neraka? Kita jawab syurga atau neraka bukan kerja kita untuk tentukan..

Seputar mengenai Jantung bukan Hati

Seterusnya, Alhamdulillah, hampir – hampir nak post entry, terjumpa kesahihan hadis terakhir yang diutarakan ustaz atau penceramah ini iaitu “Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
Mungkin untuk menarik minat, aku nak cerita sikit pasal hati.

Ini petikan dari artikel ‘Jantung bukan Hati’ karya dr Asri Zainul Abidin, Katanya: 

“Pernah seorang pakar jantung bertanya saya tentang sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”. Dia bertanya saya mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.”
“Saya jawab: Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.”
“Cumanya, orang Melayu menterjemahkan ‘you are in my heart’ sebagai ‘awak dalam hatiku’ padahal hati dalam bahasa Inggeris ‘liver’ bukan ‘heart’. Namun ‘heart attack’ tetap sebagai serangan jantung, tidak pula serangan hati.”
“Begitu ‘heart disease’ sebagai penyakit jantung. Mungkin kerana ia berkaitan sakit, jika salah terjemah buruk padahnya. Jangan sampai doktor yang sepatutnya membedah jantung dibedahnya hati. Orang boleh derma hati dan terus hidup, namun tidak mungkin boleh derma jantung dan terus hidup.”5
Sebagai doctor, mungkin nak tambah terhadap ayat ini adalah, yang derma hati dan terus hidup itu jika hanya sebahagian hati sajalah. Kalau semua hati itu diangkat dan didermakan pun fatal juga akibatnya.

Penutup

Begitu sajalah, tidak mahu terlalu meleret – leret, dah jauh tersasar daripada topik asal sebenarnya. Sori dan terima kasih. Sila dicek lagi satu – persatu eh. 

Meminjam kata – kata Imam syafiee:
“Apabila sesuatu hadis itu sahih, itulah mazhabku. Jika sesuatu hadith tidak sahih, campakkanlah pendapatku ke dinding.”6

 Sekian. Mudah – mudahan bermanfaat.

Sumber Rujukan
1.      Maurice Buccaille, The Bible, The Quran and Science, Malaysia edition 2006, ms: 204
2.      Jangan Bantu Syaitan Merosakkan Saudaramu, diambil dari  http://drmaza.com/home/?p=685, 22 Februari 2012.
3.      Minum Arak tapi Cinta Nabi, diambil dari
4.      Ibn Daqiq al – Id, Ihkam al – ahkam, jil: 4, ms:184
5.      Jantung bukan Hati, diambil dari http://drmaza.com/home/?p=1084.
6.      Al – Zahabi, Siyar A’lam al – Nubala, jil:10, ms:35



~~ DR A.I. ~~    

Thursday, February 16, 2012

Tribute to Kursus Pembangunan Modal Insan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Sudah lama tidak menukilkan sesuatu dalam blog ini
Walaupun hakikatnya sering kali niat untuk menulis itu timbul
Dan acap kali perancangan untuk menulis itu timbul
Namun apakan daya. Kita merancang, Dia pun merancang. Maka perancangan-Nya lah sebaik-baik rancangan

"Dan mereka (orang Yahudi) membuat tipu daya, tetapi Allah juga mengadakan tipu daya, dan Allah adalah sepandai-pandai (Pembalas) tipu daya"
(Surah Ali 'Imran : ayat 54)

Sedutan ayat Al-Quran tersebut juga memberitahu kita betapa rapi kita merancang, betapa hebat kita merangka program, semuanya tidak akan terjadi tanpa izin Allah, kerana Dia sudah pun punya perancnagan tersendiri.

Membaca penulisan seseorang adalah mudah berbanding menulis penulisan itu.
Menulis bukanlah suatu pekerjaan yang mudah.
Apatah lagi menulis sesuatu yang bisa mendatangkan manfaat kepada manusia.
Dan harus diingat, bukan semua penulisan bermanfaat itu mendatangkan minat kepada pembaca untuk membacanya.
Menulis adalah suatu perkara, menjadikan ia penulisan yang menarik minat pembaca pula adalah suatu hal yang lain.
Ia umpama dakwah. Menyampaikan dakwah adalah senang, tetapi yang susahnya menyampaikan dakwah tersebut dalam cara yang dapat diterima umat manusia. Di sinilah pentingnya seni hikmah. 
Penulisan bermanfaat yang menarik minat umat manusia memerlukan seorang penulis yang mempunyai bakat menulis dan ditambah pula dengan jiwa seorang seniman.
Jiwa seniman itu tidak wujud pada setiap jasad yang bergerak, walaupun terkadang jasad itu berlatar belakangkan serba-serbi aspek kesenian.
Seperti mana dialog antara seorang lelaki dengan Syamsul dalam novel Dalam Mihrab Cinta :

"Melahirkan orang pintar matematik itu mudah. Setiap sekolah mampu melahirkannya. Tetapi melahirkan seorang seniman besar yang karyanya menjadi ubat hati dan fikiran umat manusia, tidak boleh dicetak begitu saja melalui sekolah. Orang yang belajar di sekolah seni belum tentu mampu menjadi seniman besar."
 Habiburrahman El Shirazy. (2011). Dalam Mihrab Cinta. m/s 12

Terlalu banyak yang hendak diterjemahkan pada penulisan kali ini.
Tempoh percutian yang sudah hampir mencecah sebulan ini memberikan begitu banyak titik-titik bermakna dalam lembaran hidup.
Bak kata bidalan, Berpijak Di Bumi Yang Nyata, maka biarlah penulisan kali ini sekadar berkisar mengenai pengalaman mengikuti Kursus Pembangunan Modal Insan yang diadakan di Pusat Latihan MARDI, Serdang.


Tanggal 30 Januari 2012 menjadi saksi kaki ini menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Pusat Latihan MARDI. Teringat saat mendapat perkhabaran mengenai tawaran pinjaman ini menerusi email. Pada awalnya tawaran ini ditolak mentah-mentah. Masakan tidak, dengan berbaki 1 semester sahaja, maka tiada sebab yang munasabah untuk menerima pinjaman. Namun Alhamdulillah, Dia mengilhamkan sesuatu. Ada hikmahnya Dia bagi pinjaman ini saat pengajian sudah memasuki semester akhir. Mungkin Dia hendak membantu hambaNya ini untuk membebaskan diri dari belenggu hutang PTPTN. Maka atas sebab itu, tawaran pinjaman itu diterima dengan niat untuk melangsaikan hutang terdahulu yang wujud pada zaman diploma. Walau bagaimana pun, langkah tersebut seakan-akan terhenti seketika tatkala mata ini terpaku pada isi kandungan surat tersebut :

......................................................................................................................................................................


Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah terpilih untuk menerima tajaan pinjaman pendidikan  ####### #### ######. Sehubungan dengan itu, saudara/saudari dikehendaki untuk menghadiri program di atas seperti butir-butir berikut ;

Tarikh              :           30 Januari – 03 Februari 2012 (Isnin – Jumaat)

Tempat            :           Pusat Perkhidmatan Teknikal
                                   Ibu Pejabat MARDI
                                   Persiaran MARDI-UPM
                                   43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan

Pendaftaran     :           Dewan MOKARA (Masa : 10.00 pg – 12.30 ptg)

Kehadiran saudara/saudari adalah DIWAJIBKAN sebagai pra syarat untuk menerima tajaan ###. Komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya dipohon daripada saudara/saudari memandangkan  kos menguruskan latihan ini adalah tinggi. Tawaran ### akan terbatal sekiranya saudara/saudari tidak menghadiri program seperti di atas.

....................................................................................................................................................................

 Maka setelah beberapa pertimbangan sewajarnya dilakukan, disebabkan kehadiran ke kursus ini diwajibkan sebagai pra syarat untuk menerima pinjaman tersebut, maka dengan paksa rela saya pun mengambil keputusan untuk menghadiri kursus ini.
Pertama kali mendaftar di Dewan MOKARA, maka perkara pertama yang saya lakukan adalah memeriksa nama para peserta yang terlibat. Bukan apa, sekadar mahu memastikan purata umur para peserta yang mengadiri kursus ini. Alhamdulillah, saya bukanlah yang paling berumur. Peserta yang paling berusia adaah setahun tua daripada saya. 
Mendaftar di bilik penginapan yang disediakan bagaikan suatu pengalaman baru. Ia sama sekali berbeza dengan tanggapan awal. Saya sangkakan ia seperti kursus-kursus biasa, iaitu menampilkan penginapan ala-ala hostel sekolah berasrama penuh. Ternyata anggapan itu meleset sama sekali. Duduk di bilik yang memuatkan dua katil untuk dua orang, dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen dan bilik air pula dilengkapi dengan sistem pemanas air. Lagaknya tidak tumpah seakan-akan penginapan hotel.
Setelah meneliti tentatif program, ternyata ianya bukanlah sekadar kursus untuk memperkenalkan pihak penaja, tapi ianya merupakan sebuah kursus motivasi. Mungkin pada siswa seperti saya yang cuma tinggal 1 semester lagi untuk menamatkan pengajian, dan semester itu pula penuh dengan latihan klinikal, ia mungkin tidak berapa realistik. Namun mungkin ilmu yang ditimba boleh digunakan untuk kegunaan hari-hari mendatang.
Konsultan yang menguruskan kumpulan saya sepanjang kursus ini adalah Focus & Training Consultancy. Secara jujurnya, saya sangat tidak berminat untuk mengikuti kursus-kursus sebegini pada usia sebegini. Tapi untuk menjadikan ia suatu yang menyeronokkan, maka saya perlu menjadi seorang yang happy go lucky. Dalam mengharungi kursus ini, ada suatu perkara yang membuatkan saya terpikat dan jatuh cinta dengan kursus ini. Ini berkenaan pendekatan yang digunakan oleh pihak konsultan untuk memotivasikan kami. Mereka menggunakan pendekatan agama dan kerohanian. Kami diwajibkan solat berjemaah setiap waktu, ditambah pula dengan sesi tazkirah yang dikendalikan oleh ustaz, dan yang paling menarik perhatian adalah aktiviti qiyamullail yang dijalankan. Bahkan ketua jurulatih pernah menyatakan betapa setiap kursus motivasi perlu ada qiyamullail.



Benar kata sejarah. Orang Islam hanya akan berjaya apabila dia mengambil agama dalam setiap kehidupannya. Berbeza dengan orang bukan Islam. Betapa orang bukan Islam mencapai kejayaan tatkala mereka memisahkan agama mereka dari bersangkut paut dengan aspek. Ini dibuktikan menerusi kebangkitan Eropah pada zamam Renaisance yang tercetus tatkala para saintis memisahkan diri daripada pihak gereja. Sebaliknya bagi umat Islam. Kejayaan bagi umat Islam hanya akan muncu tatkala mereka menggenggam utuh agama dan memasukkan agama dalam setiap aspek kehidupan.
Antara salah satu yang diajar oleh jurulatih adalah membetulkan azam. Beliau menyuruh kami mengubahsuai azam dan cita-cita kami. Beliau menyuruh kami menjadikan matlamat untuk menjadi seorang yang beriman terlebih dahulu, kemudia barulah berusaha menjadi seperti profesion idaman.
Contohnya, kalau seseorang itu bercita-cita hendak menjadi seorang doktor, maka azamnya ialah seperti :

"Saya berazam untuk menjadi seorang yang BERIMAN yang pekerjaannya adalah seorang doktor"

Di sini, kita meletakkan matlamat menjadi seorang yang beriman terlebih dahulu mengatasi matlamat-matlamat yang lain. 
Iman dan amal merupakan perbezaan kejayaan antara seorang muslim dengan non-muslim. Lihat sahaja kejayaan Bill Gates pencipta Microsoft. Beliau diktiraf antara individu terkaya dan berjaya oleh satu dunia. Tapi kejayaan itu tidak langsung membawa makna pada dia di hadapan Allah. Seseorang yang menyekutukan Allah, tidak kiralah betapa berjayanya dia di dunia, betapa tingginya darjatnya di kalangan manusia di dunia, namun di akhirat tempatnya tetap di neraka. Berbeza pula dengan seorang yang miskin dari segi harta dan wang ringgit, tapi di hatinya kaya dengan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah, maka di sisi Allah dia dipandang mulia. 

Dari Imran bin Hussien dari nabi s.a.w., beliau telah bersabda; “Aku melihat ahli Syurga, sebahagian besar penghuninya adalah orang-orang miskin. Kemudian aku melihat neraka, kebanyakan penghuninya adalah perempuan.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 
 Hadith ini menerangkan betapa ramainya penduduk syurga yang dahulunya merupalakn golongan miskin di dunia. Dan kerana kemiskinan itu menyebabkan mereka selalu bersyukur dan kurangnya permusuhan. Berbeza pula dengan nikmat kekayaan. Ujian nikmat kejayaan lebih berat berbanding ujian kemiskinan kerana manusia itu mudak alpa apabila dikelilingi dengan nikmat kekayaan. Mereka mula lupa menginfakkan harta mereka, mula melalaikan amal ibadat dan terkadang terlampau mengejar kekayaan sehingga lupa mengejar kekayaan di akhirat.
Tetapi harus diingat, tidak semestinya kekayaan itu menjadikan pemiliknya lupakan Allah. Nama-nama seperti Abdul Rahman bin Auf menjadi bukti betapa kekayaan itu juga sebenarnya tidak menghalang seseorang daripada terus mematuhi perintah Allah. Ianya terjadi apabila kekayaan itu dicapai berasakan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah.
Jadi, marilah kita sama-sama menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, di samping berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dari setiap aspek kehidupan.

Berbalik kepada kursus tersebut. Ada suatu saat di mana kursus hendak ditutup. Para peserta melakukan bulatan besar. Di dalam bulatan besar tersebut, semua jurulatih membuat bulatan kecil, berpusing dalam keadan menghadap para peserta. Maka di situlah saya tersedar betapa kuatnya ukhwah yang tercipta, ukhwah yang dibina bersulamkan nilai-nilai ketaatan kepada Allah. Bukan mudah untuk air mata seorang lelaki mengalir. Dan pada masa itu jugalah sedaya upayanya saya menghalang ia daripada terjatuh, dengan cara tidak memandang para jurulatih. Namun akhirnya lautan air itu tidak mampu dibendung lagi tatkala memeluk ustaz tercinta. 
Allah hu Rabbi. Begitu indahnya ukhwah yang telah Engkau kurniakan ini. Walaupun dibina dalam tempoh yang sebentar, tapi nikmatnya sukat hendak dilupakan. Semoga setiap daripada sahabat-sahabat dan para jurulatih yang terlibat akan terus "dijaga" plehNya tatkala dicampakkan di medan perjuangan selepas ini.

   
 “Tujuh golongan manusia dilindungi Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya. Mereka ialah:
1.  Pemerintah yang adil
2.  Pemuda yang hidup dalam ketaatan kepada Allah
3.  Lelaki yang sentiasa ingat kepada masjid untuk beribadah kepada Allah
4.  Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah kerana cinta kepada Allah
5.  Lelaki yang menolak godaan seorang perempuan cantik dan berkedudukan tinggi dengan berkata: Aku takut kepada Allah
6.  Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas dan tidak menghebahkan sedekahnya itu, hinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya
7.  Lelaki yang sentiasa menyebut nama Allah (berzikir) secara bersunyi-sunyian lalu mengalirlah air matanya.”
(Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dll)

Semoga kita semua tergolong dalam golongan keempat, iaitu bertemu dan berpisah kerana cinta kepada Allah. Amin, Ya Rabbal 'Alamin!!



“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”
 

Yang benar,