Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Friday, September 30, 2011

Sabarlah Wahai Hati....

Dengan nama Allah yg menciptakan dirimu dan diriku


Ana sgt yakin yg ramai di kalangan antum yg tau ttg kewujudan cerita di atas. Mungkin ada yg pernah membaca novel, mungkin juga ada yg hanya sekadar menonton dalam bentuk filem atau drama, dan mungkin juga ada yg sudah membaca novelnya beserta menonton filem dan dramanya.
Di bawah ini pula Ketika Cinta Bertasbih versi novel.


Kemungkinan ada di antara antum yg dah hampir lupa cerita ini. Maklumlah, ini bukan cerita baru, dah lama cerita ni keluar. Cuma bagi diri ana yg terlalu susah nak tgk tv (kecuali bola+berita dan tertengok tv,in case too bored), ana baru shj selesai mengkhatamkan cerita ini.
Alhamdulillah, praise to Allah, akhirnya Allah izinkan juga utk diri ana ini selesai mengabiskan cerita ini. To be honest, ana bukanlah jenis yg membaca novel. Sgt susah nak baca novel, because for me it need commitment. Novel pertama ana baca adalah novel Ayat-ayat Cinta karangan Habiburrahman El Shirazy. Itu pun macam mana seorg shbt ana (dengan izin Allah) berjaya membuatkan ana membaca novel itu sehingga habis. Then after that, i feel excited to read other novel by Habiburrahman El Shirazy. At that time, Ketika Cinta Bertasbih 1 (novel version) just released. So, ana terus beli. Baru baca sedikit, dah mls. Then malas. Itu la, nak baca novek memerlukan komitmen. That why i'. grateful to Allah because at least He permit me to know the whole story about Ketika Cinta Bertasbih by watch the movie version.
  
Ok. Ana tutup cerita pasal ana. Nanti meluat la antum baca entri pasal ana plak. Hehe. Nanti kalau asyik bercerita tentang manusia, bila plak kita nak bercerita tentang agama , kan??? ;-)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sengaja ana letak gambar ini. Jadi bila ana letak gambar seperti ini, maka ana pasti antum semua sudah punya idea tentang apa yg ana nk bicarakan kali ini.

J.O.D.O.H

Topik ini bukanlah satu topik yg mudah utk dikupas. Apatah lagi kalau hendak dikupas oleh org seperti ana yg serba kekurangan ilmu.
Tapi sebaik shj ana berjaya mengkhatamkan cerita Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, maka ana nekad utk menulis tentang isu ini.

Mudah utk mengatakan sesuatu tentang jodoh tetapi sukar utk diyakinkan di dalam hati
Hati mana yg tidak resah melihat rakan-rakan sekeliling sudah punya pasangan.
Tidur malamnya didahului dgn ucapan/msj "gud nite" dari insan tercinta
Pagi indahnya dimulai dgn ucapan/msj "gud morning" dari insan tersayang
Apabila menjelang peperiksaan maka ucapan "gud luck" dr tersayang acap kali kedengaran
Apabila dilanda kesusahan maka ada yg setia mendengar luahan kekecewaan
Apabila dikurniakan kesenangan ada yg akan berkongsi kegembiraan sekali
Dan waktu sambutan hari jadi pasti si dia menghadiahkan sesuatu yg membuatkan hati terlonjak kegembiraan
Sebagai manusia biasa tipulah kalau kita katakan kita tidak pernah berasa jeles dgn yg lain-lain
Walau di mulut menuturkan "aku tidak memerlukan teman wanita/lelaki"
Namun jauh di sudut hati pada suatu ketika pasti akan ada rasa kepingin hal-hal itu
Kepingin mendengar ucapan-ucapan syg dan rindu dari seorg kekasih
Kepingin seseorg yg sentiasa mengambil berat akan diri
Kepingin mengucapkan rasa cinta kpd seseorg yg dicintai


.....................................................................

Pada entri kali ini, ana ingin mengajak diri ana dan antum semua, marilah kita sama-sama menghisab diri kita
Marilah kita sama-sama menenangkan hati kita yg selalu dibisikkan oleh syaitan akan hal-hal haram seperti itu
Ana tertarik ttg satu post dlm iluvislam.com.

" Alkisah, Ibu: Muhd Reza, belikan mummy ikan siakap 3 kilo kat pasar sat. Reza: Ok mummy. Kalau ikan siakap takde? Ibu: Ala belilah apa yang ada. Reza: OK. Arakian, bertolaklah Muhd Reza pergi ke pekan ingin membeli ikan yang telah dipesan. Sampai disana, Muhd Reza pergilah mengusya apa yang patut. 1. Setelah mengusya, dia melihat ada banyak ikan siakap yang dijual. Dia pun belila 3kg seperti yang dipesan. Itulah takdir dia dapat beli ikan siakap, dan itulah jodohnya sebab dapat beli ikan siakap. 2. Penat dia usya, tapi tak jumpa ikan siakap. Semua dah habis diborong tokey kedai makan. Dah takdir dia tak dapat beli siakap aritu. Dah takde jodoh nak buat camna. 3. Dia usya ikan siakap, tapi takde. Tiba-tiba dia ternampak ikan jenahak. Dia pun beli la ikan itu 3kg. Dah takdir dia tak dapat beli siakap. Tapi dia beli ikan jenahak. Itulah jodoh dia. Takdir dia beli ikan jenahak, bukannya ikan siakap, ataupun ikan cencaru, ikan betung, ikan layaran, ikan jerung dsb. Itu konsep jodoh dan takdir. Jodoh kena cari, bukan tunggu. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Cari jodoh bukan macam cari baju kat Mega Sale ya. Nak pergi test kat fitting room kasi pakai dulu. Nampak lawa/sesuai beli, tak sesuai buang. Itu bukan cari jodoh, itu cari gaduh. haha "


Ana berkesempatan melawat http://webblog.myjodoh.net/2007/07/16/panduan-memilih-jodoh-daripada-rasulullah/ . Di bawah ini sedikit sedutan dari laman web tersebut.

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]

[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim, #2661.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf hassan.
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1005. Bertaraf hassan.
 Terdapat beberapa perkara yg telah ditetapkan Allah semasa roh ditiupkan ke dalam jasad. Ketentuan ini tidak akan berubah. Salah satunya adalah jodoh. Jodoh manusia itu telah ditetapkan sebelum manusia itu dilahirkan lagi. Antum tahu apa maksudnya? Maksudnya, seandainya kita ada jodoh, maka ingatlah sesungguhnya jodoh itu telah ada dh, cuma Allah tidak tunjukkan lagi. Allah sembunyikan dulu, walau jodoh itu kadang-kadang ada depan mata kita, tapi Allah tutup mata hati kita seketika daripada mengenalinya. 
Kenapa?
Allah sebenarnya mahu menguji kita. Allah mahu menguji kesabaran kita. Sejauh mana kita bersabar menunggu jodoh kita "dinampakkan" oleh Allah. Sejauh mana kita mempercayai Allah dalam urusan jodoh. 
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(Surah An-Nur ayat 26) 


Jika kita tanya pada sesiapa pun, maka pasti mereka akan cakap yg mereka mahukan jodoh yg baik. Tapi persoalannya bagaimana kebaikan hendak dicipta kalau dimulai dgn kemaksiatan?
Sukar mewujudkan yg halal dgn memulakan dgn yg haram.
Maka buat hati-hati yg merasa kesunyian dari perhatian seorg kekasih, maka bersabarlah
Percayalah dgn janji Allah.
Jodohmu Insya-Allah sudah ada, cuma belum masa lagi Allah mahu tunjukkan siapakah gerangannya
Kenapa?
Kerana sesungguhnya Allah hendak mengujimu
Sama ada engkau akan bersabar semasa Allah menyembunyikan jodohmu
Sama ada engkau akan melindungi dirimu dari menyerahkan cintamu pada yg tidak halal
Dan sama ada engkau menjaga cintamu utk diserahkan semata-mata kepada jodohmu
Ingatlah!
Apabila engkau menjaga cintamu, Insya-Allah Allah akan menjaga cinta jodohmu
Biarlah cintamu dan cinta jodohmu sesuatu yg istimewa, sesuatu yg dimiliki oleh berdua shj

Mengapa dicari yg haram sedangkan yg hala sudah ada? Mengapa mahu menikmati kebahagiaan dlm kemurkaan Allah sedangkan Allah sudah sediakan kebahagiaan yg diberkati (selepas akad nikah)?
Wallahu'alam. Semoga kita sama-sama dapat menjaga diri daripada terjebak dg cinta yg tidak halal.


p/s : sy budak baru belajar, kalau salah tegur-tegurkan lah :-)

Tuesday, September 20, 2011

Menjejaki Sunnah Yang Kian Dilupakan : Celak

Assalamu'alaikum
Apa khabar antum wa antunna semua?
Ada sihat tubuh badan?
Alhamdulillah, syukur nikmat.
Tapi kesihatan yg elok jika tidak "dikepilkan" dgn amal ibadat juga tidak berguna
Sebab nanti semasa bertemu Sang Pencipta kita akan ditanya tentang pelbagai nikmat yg Allah kurniakan, utk apa kita gunakan nikmat itu?
Termasuklah nikmat kesihatan. Kelak akan ditanya utk apa kesihatan kita digunakan
Adakah ianya mendekatkan kita dgn Dia?
Atau ianya sekadar melalaikan kita drpd meningati-Nya?
Jadi, marilah bersama-sama kita berusaha mengekploitasi nikmat kesihatan yg Allah bagi utk memperbanyakkan amal ibadat kita sama ada ibadat khusus mahu pun ibadat umum
Erm, sebelum ana terus melabuhkan tirai-tirai coretan (ayat nak sedap,tapi mcm x kena je,haha), ana nak bagi antum wa antunna semua tgk gmbr di bawah ni. Sila beliakkan mata anda untuk lihat ek.


Anda tahu apakah objek di atas ini?
Ha,ini bukanlah sejenis haiwan mamalia ke...
Bukan juga sejenis penemuan baru dalam dunia sains..
Kalo ikut omputih, "makhluk" di atas digelar eyeliner. Dalam bhs melayu digelar celak
Biasanya kaum hawa suka pakai eyeliner ini.
Bila kaum hawa oakai je, lalu dpn kaum adam, pergh, mcm nk terkeluar biji mata kaum adam melihatnya
Sometime terfikir di benak hati yg tulus murni ni (haha,perasan jap :-p ), apakah pandangan syariat tentang celak ini.
Maka dgn muka bersemangat ala-ala hero filem hindustan maka ana pun bertanya kpd pakcik ana (mr google)

Setelah jari jemari yg comel ini menaip di google, maka beberapa link dapat ana sertakan di sini (ayat ni mcm tunggang terbalik je.haha)

link 1 : http://kangaswad.wordpress.com/2009/06/05/hukum-memakai-celak-bagi-laki-laki/

link 2 : http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2008/12/celak-mata-baginda-rasulullah-saw.html
 
link 3 : http://muslimstory.wordpress.com/2009/02/10/memakai-celak-bagi-ikhwanbolehkah/
 
Dalam 3 link di atas, ana nak highlightkan beberapa sedutan hadith tentang celak.

Dari Jabir bin Abdullah, bahwa Nabi bersabda:

 عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ عِنْدَ النَّوْمِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ

“Hendaknya kalian (bercelak) memakai itsmid ketika tidur, karena dia bia mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut.” (HR. Ibnu Majah, 10/318/3487. Ibnu Abi Syaibah, Al Mushannaf, 5/430. Ini lafazh dari Ibnu Majah)

Status hadith :
Menurut Syaikh Al Albani: hadits ini shahih sesuai syarat Bukhari. (Silsilah Ash Shahihah, 2/223/724)

Dari Ibnu Abbas, bahwa Nabi bersabda:

وَإِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ

“Sebaik-baiknya celak kalian adalah istmid, dia bisa mencerahkan pandangan dan menumbuhkan rambut.” (HR. Abu Daud, 10/378/3380. An Nasa’i, 15/351/5024. Ibnu Majah, 10/319/3488. Ahmad, 5/141/2109. Ibnu Hibban, 22/380/5514)

Status Hadith :
Imam Ibnu Hibban memasukkannya dalam kitab shahihnya. Imam At Trmidzi mengatakan: hasan shahih. (Imam Abu Thayyib Syamsul Haq Al ‘Azhim, ‘Aunul Ma’bud, 9/85)


 Jadi menurut pemahaman ana, diulang,pemahaman ana, bkn lah pemahaman seorg ustaz atau pun tok guru, apa yg ana phm, sememangnya nabi memakai celak yg diperbuat drpd itsmid. Bila nabi pakai, ini bermaksud itu merupakan sunnah. Kan ke apa yg nabi buat boleh ditafsirkan sbg sunnah. Jadi marilah wahai sahabat2 muslimin kita bersama-sama mempraktikkan sunnah nabi ini yg semakin lama semakin dilupakan. Tetapi harus diingat, nabi memakai celak bila hendak tidur, bknnya bila nk g kuliah atau nak g keje. So kita pakai la bl nk tidur, sama seoerti nabi, sbb kita pakai celak sbb nk tiru nabi, bukan sebab nk tunjuk2 kt org. kan?? :-)

Cop!
Kalau kita perasan, ramai muslimat memakai celak.
Kalau muslimin sunnah memakai celak ketika hendak tidur.
Muslimat pula bagaimana???
Jadi kepada kaum muslimat yg sedang membaca entri ini, ana sertakan beberapa link yg menerangkan tentang pemakaian celak bagi muslimat.

http://muis.ismaweb.net/2010/05/hukum-wanita-pakai-celak-di-luar-rumah/
 
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5446.0
 
 
 
 dan di sini ana nak copy paste kan something berkaitan pemakaian celak bagi muslimat.
 
...................................................................................................................................................................

Firman Allah dalam Surah Annur ayat 31:-
31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
Dalam membincangkan maksudnya “ Kecuali yang zahir daripadanya” Imam Al_qurtubi dalam tafsirnya berkata:
“Allah s.w.t memerintahkan kaum wanita supaya tidak memperlihatkan (menzahirkan) perhiasan mereka kepada kaum lelaki kecuali yang dikecualikan oleh ayat tersebut sebagai langkah mengelak fitnah. Dalam membicarakan maksud perhiasan zahir, Para ulama’ mempunyai beberapa pandangan antaranya:-
1) Ibn Mas’ud – Perhiasan zahir ialah pakaian
2) Said Bin Jubair, Ata’ dan Al-Auzaie – Muka, Dua Tapak Tangan dan Pakaian.
3) Ibn Abbas, Qatadah dan Musawwar Bin Mukhrimah – Celak Mata, gelang tangan, inai hingga setengah hasta, anting-anting dan cincin. (Petikan Fatwa Semasa: Dr Yusof Qardawi – Jilid 1)
Adakah harus memakai celak mata?
Harus berdasarkan hadith-hadith berikut:-
1) Dikeluarkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas r.a, katanya:” Adalah di sisi Nabi s.a.w bekas celak, Baginda s.a.w bercelak daripadanya 3 kali bagi setiap mata”
2) Daripada Ibnu Abbas juga katanya:-
Sabda Nabi s.a.w: ” Sebaik-baik celak mata bagi kamu ialah yang berwarna hitam, ia mengelokkan pandangan dan menumbuhkan rambut (bulu kening)”.
3) Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya. Daripada Abu Hurairah r.a, Katanya:
Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Barangsiapa yang bercelak mata hendaklah ia melakukannya dengan bilangan yang ganjil. Sesiapa yang bercelak dia telah melakukan kebaikan (dapat pahala) dan sesiapa yang tidak bercelak tiada kepayahan (dosa) baginya”.
Dapat difahami dari hadith-hadith di atas Harus menggunakan celak mata baik kaum lelaki dan wanita.
Petikan dari kitab:
المفصل فى أحكام المراة والبيت المسلم في الشريعة الاسلامية. Karangan Dr Abd Karim Zaidan Jilid 3 (2607).
Ringkasnya:-
Harus bagi wanita muslimah memakai celak mata ketika keluar rumah kerana ia termasuk dalam perhiasan zahir yang diharuskan penggunaannya. Bahkan di sana terdapat hadith-hadith yang mengharuskan kaum lelaki dan wanita memakai celak mata ketika melakukan ibadat ihram kecuali celak mata berwarna sahaja dimakruhkan ketika ihram.
والله أعلم بالصواب
Disediakan oleh:
Ustaz Shaharuzzaman Bistamam
Pensyarah Akademi Ikatan Muslimin (AIM) Ipoh
Ahli Panel MUIS
.....................................................................................................................................................................

To be honest, ana tidak berapa berani nak utarakan pendapat mengenai pemakaian celak bagi muslimat. Bagi muslimin, mmg sunnah memakai celak ketika hendak tidur, terutama celak dari itsmid. Bagi muslimat, bacalah yg dh copy paste. Tapi pada pendapat peribadi ana yg serba jahil ini, ana rasa, pemakaian celak bg perempuan adalah harus pada asalnya. Tapi kalau la pemakaian celak di luar rumah itu mendatangkan fitnah, membuatkan perhatian lelaki tertumpu kepada pemakaian pemakaianya, better xyh pakai. Nak pakai pun, jgn lebih2, pakai sekadarnya shj, yg tidak tebal dan tidak menarik perhatian lelaki. Tapi kalo susah2 sgt, better xyah kot, sbb takut mengundang tabarruj, dan maybe mengundang perhatian lelaki terutama lelaki yg dalam hatinya ada penyakit. 
 
Seriously, ana meminta pembaca semua yg tahu berkaitan celak ini, silalah bgtau, sbb pengetahuan ana tentang pemakaian celak bagi muslimat sangat sangat terhad.

Yang menaip keyboard laptop,


Saya Budak Baru Belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan
;-)

Monday, September 12, 2011

Qailulah Yang Tersirat

Bismillah
Tetiba rasa nak tulis pasal qailullah
Nak buat ayat sendiri, mcm x reti
So buka la iluvislam.com, then copy paste sini
Selamat beramal


''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

link asal :  http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2005
dihantar oleh : pencari_ketenangan
editor : almusafirq8
 
 
 
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.
(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)



Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.
(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Yg mengcopy paste,


Monday, September 5, 2011

Istimewanya Menjadi Seorang Muslimah



Hebatnya perubahan yang ada saat ini di kalangan wanita di dunia telah menghilangkan norma-norma yang seharusnya di jaga oleh seorang wanita. Dan sering kali kita lihat di kalangan wanita feminis saat ini yang sering mengutarakan bahwa susahnyaa... menjadi seorang wanita muslimah, dengan banyaknya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan agama dan sesuai dengan norma-norma didalam kehidupan seperti dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.

. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "EMANSIPASI DAN MEMERDEKAKAN WANITA ". --> apakah ini benar ?



Tapi...Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

Benda yang mahal harganya akan selalu dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Itulah perbandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapaknya?
Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu / wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak?

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruhmakhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan surga menantinya?

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita, yaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Artinya, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu : sembahyang 5 waktu puasa di bulan Ramadhan taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan kepada serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.



Masya ALLAH !
Demikian sayangnya ALLAH pada wanita .... kan ?
Ingat firman Nya, bahwa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut / tunduk kepada cara-cara / peraturan buatan mereka.

Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Ia yang Maha Tahu akan manusia, sehingga segala hukumnya/peraturannya, adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan/hukum Buatan manusia.

Yang Sama-sama Mahu Belajar,


p/s : salah silap minta ditegur kerana saya pun biasa-biasa sahaja, masih byk yg perlu belajar ;-)

Saturday, September 3, 2011

Seuntai Luahan


Pernahkah kita berasa sedih dengan diri sendiri???
Apabila mengenangkan amal ibadat

Pernahkah benar-benar diri kita ini merindui Allah???

Seberapa kerapkah air mata kita ini bergenang benar-benar kerana Allah, bukan kerana hal perempuan, bukan kerana hal ibu bapa, bukan kerana hal akademik atau apa-apa sahaja yang berkaitan duniawi???

Kenapa terlalu susah untuk hati kita ini merasai cinta kepada Allah???

Kenapa terlalu susah untuk kita merasai Allah dalam hati kita???

Selalu diri mengeluh dek kesunyian. Sunyi daripada perhatian manusia, sunyi daripada perhatian seorang yang istimewa...
Tetapi sedar tak sedar diri kita ini sebenarnya sunyi daripada perhatian Allah

Bila masa kita sentiasa ringan melakukan hal-hal dosa, hal-hal lagha tanpa berasa walau secebis perasaan bersalah...

Bila masa kita terlalu berat untuk melakukan amal ibadat walaupun amal itu terlalu mudah dan senang untuk dilaksanakan...

Bila masa selalu sahaja kita disibukkan dengan hal-hal duniawi tatkala ingin melakukan amal ibadat...

Bila masa selalu sahaja amal ibadat kita tertangguh yang kadang kala dibatalkan dek urusan duniawi...

Saat itu kita kan sedar yang kita benar-benar sunyi daripada perhatian Allah... L

Saat itu kita kan terasa sedih kerana walau kesempatan banyak diberi kepada kita namun masih lagi tidak Berjaya melakukan amal ibadat... L

Siapa lah kita ini???

Berapa banyak amal ibadat kita yang memungkinkan Allah memandang kita sebagai hamba-Nya yang bersyukur???

Berapa banyak sunnah Rasulullah yang kita benar-benar istiqamah untuk memungkinkan untuk Rasulullah mengaku kita sebagai umat baginda???

Setiap hari kita melakukan kesalahan. Dan kita sering melakukan kesalahan yang sama, dan kita tahu yang kita salah tetapi masih lagi tidak timbul sinar keinsafan dalam diri...

Kenapa hati ini terlalu keras untuk menerima hidayah Mu ya Allah???   L

Kenapa jiwa ini terlalu beku untuk menerima cahaya Mu ya Allah???   L



Ya Allah,

Tolonglah diri ini,

Janganlah Kau terus menerus menyeksa diri ini dengan kesibukan dunia,

Janganlah terus menerus Kau biarkan hati ini terus melekat denagan duniawi yang fatamorgana ini,

Janganlah terus menerus Kau biarkan diri ini berenang bersama arus dunia yang kebanyakannya dipenuhi dengan perkara yang menjauhkan diri daripada-Mu,
Ya Allah,
Sesungguhnya urusan ajal maut itu dalam pengetahuan-Mu,
Maka janganlah Kau jemput diri ini tatkala diri ini terus bergelumang dengan dosa –dosa dan keseronokan duniawi,

Beritahulah diri ini bila masa diri ini terlupa dan terleka dengan duniawi,

Peringatkanlah diri ini bila dalam hati ini tidak dipenuhi dengan Mu,

Penuhilah hati ini dengan cahaya hidayahMu,

Kasihanilah diri ini yang tidak mampu hidup walau sedetik atau kadar masa yang lebih singkat dari itu melainkan dengan rahmat-Mu,

Janganlah Kau penuhi hati ini dengan riak, ‘ujub, takbur, bongkak...

Siapalah diri ini untuk meminta kepada Mu,

Siapalah diri ini untuk Kau dengar permintaan,

Tapi bantulah hamba-Mu ini,

Berikanlah sedikit rahmat-Mu ya Allah,

Janganlah terus menerus Kau biarkan hamba-Mu ini terumbang-ambing tanpa petunjukMu,

Apalah gunanya ilmuku andai Engkau membenciku,

Apalah gunanya kedudukanku andai Engkau tidak memandangku,

Dan apalah gunanya kewujudanku di dunia andai Engkau tidak mengakui sebagai hamba-Mu yang Engkau sayng,

Sayangilahku Ya Allah, Cintailahku Ya Allah, Redhakanlah Diriku Ya Allah,

Gunakanlah diriku dan seluruh kudratku untuk agama-Mu Ya Allah,

Walau hakikatnya Engkau tidak memerlukan sesiapa pun,

Engkau tidak memerlukan diri ini,

Tapi diri ini sangat-sangat memerlukan-Mu Ya Allah,

Kabulkanlah permintaan ini

AMEEN


Your Sincerely,