Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Tuesday, November 23, 2010

Untuk Muslimat :-)

Assalamu'alaikum. Sedang teman surf2 internet, teman terjumpa gmbr2 nie. Jadi teman rasa ramai muslimat2 kt luar sana yg masih xtau. Maka teman sengaja publish khas dlm entri ni utk bgtau kpd yg xtau dan nak ingatkan kpd yg dh terlupa. Semoga kita bisa menjadi insan yg lebih baik di sisi Allah. Insya-Allah :-)


Jadi gmbr di atas menunjukkan ciri-ciri pakaian yg menutup aurat bagi seorg muslimat. Ate moh kita tengok kesalahan-kesalahan yg muslimat lakukan dalam keadaan sedar atau xsedar, moga2 shbt2 muslimat dapat mengislahkan diri.


24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.









Haa, sudah jelas kesalahan-kesalahan tersebut? Jadi buat shbt2 muslimat semua, mari bersama2 kita mengislahkan diri kita, ubahlah penampilan anda selaras dgn apa yg Islam anjurkan. xpe, pelan2 kayuh. xperlu ubah secara drastik, perlahan2. Ingat, pelan-pelan kayuh.



2 gambar di atas ini menunjukkan pemakaian tudung yg tidak menepati syariat. Kenapa? Sebab bentuk payudara jelas. Jadi sebagai seorang lelaki yg normal, maka pasti mata akan tertumpu di bahagian itu. Biasa dah fenomena mcm ni, mgkn ramai yg xtau. Jadi teman nak bgtau yg cara pemakaian tudung ni salah, still masuk kategori tidak menutup aurat dgn sempurna. Jadi pada pendapat teman, x perlu diselempangkan tudung tu, lepaskan je, x rugi pun. Biarlah bentuk payudara anda hanya diketahui oleh yang halal baginya (contohnya suami). So, ayuh mulakan detik ini sebagai saat utk anda berubah. You can do it, chaiyok2 :-)
(maaf kalau teman straight to the point, xde lapik2. Bukan apa, nk bgtau jelas2, nk bg paham. Kalau berkias2, nanti takut x phm je)

Gambar atas ni plak berkaitan pakai tudung tp bertocang. Yang ni pun masuk kategori tak sempurna menutup aurat kerana masih tidak menutupi bahagian dada secara sempurna. Muslimat wajib menutup bahagian dada (rujuk ayat Al-Quran pada awal2 entri ini) 

Haa, ni gmbr berkaitan sanggul wanita. :-)


Renung2kan dan selamat beramal :-)

p/s : sekiranya ada kesalahan atau kesilapan dlm entri ini, sila2 lah menegur teman secara berhikmah. Maklum la, teman kan Budak Baru Belajar :-)

Monday, November 15, 2010

Dipegang Kita Sakit, Dilepaskan Ia Padam


Assalamu’alaikum. Ha, jwb salam, jgn x jawab. Biasa la, nak mula entri, kena bagi salam. Kita kan org Islam, kalo bkn kita yg praktikkan ajaran Islam, saper lg. (aikk, belum apa2 dh hentam org nie.ish3). Hehe, sekadar ingatan bersama. Agak lama juga jari jemari teman ni tak berkolaborasi dgn pemikiran teman utk menaip sesuatu di blog ini. Ni 1st entri bulan November nie. Ntah la, mungkin kerana exam atau mungkin kerana kesibukan menjalani aktiviti harian (padahal malas, nak cover konon.hehe)

Haa, shbt tau x gmbr apa kt atas nie? Ni bukan gmbr hikmat “abugik” yg Son Goku buat dlm komik Dragon Ball, bukan juga arang yg digunakan utk buat bbq (bbq??? sedap gak tu). Tapi ini adalah bara api. Bara api??? Apa ke halnya Budak Baru Belajar tetiba je mention tentang bara api ni? Nak jadi pembekal bara api ke?? Hehe, tu tidak sama sekali. Mana teman nak cari bara api utk dijualnya yob & yong semua. Ada la teman nak cerita, ate mike semua ni haram nak sabo langsung, cuba2 la bw bersabo sikit. Hehe. Ni teman nak cerita. Cuba shbt bygkan (bygkan sambil menutup mata.hehe), tgh elok punya jalan2 kat mana, tiba2 dtg sorg mamat ni kt shbt, then dia pun dgn selamba badaknya menyuruh shbt ni memegang bara api. Haa, apa yg shbt rasa? Teman 200% yakin yg sahabat akan rasa kepanasan yg melampau, atau mungkin rasa kelecuran (betul ke penggunaan ni??) yg melampau, dan pasti rasa nak penampar sbyk 360 kali kat mamat yg suka-suka hati jer suruh pegang bara api tu. Betul kan? Kan? Kan?
Merujuk kepada www.pekida.org/hadis40/hadis22.htm, ada sepotong hadis yg ada perkataan “bara api” dlm tu. Mafhum hadis itu adalah seperti di bwh :
Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah saw. Bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
Hadis Riwayat Tirmizi
Maksud hadis ini merujuk kepada zaman yg sgt mencabar sehingga sesiapa yg hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yg sgt hebat. Macam memegang bara api la. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini disebabkan suasana di selilingnya tidak membantu utk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yg ada di sekelilingnya mendorong utk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yg dpt meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Ini juga bermaksud org Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Teringat kat seorg sahabat teman. Sembang punya sembang, tiba2 dia ckp, dia mcm xbrp senang la dgn sesetengah org nie. Suruh org buat baik tp diri sendiri xbrp role model islamik. Cthnya post benda2 nasihat islamik kt fb tp yg post tu xbrapa la islamik sgt. Juga dgn org2 yg tulis blog2 islamik ala2 nasihat nie. Yg tulis blog tu pun xbrp islamik tp bkn men lg tulis entri islamik (sbnrnya teman agak panas bl dgr mcm ni)
Teman punya pendapat yg tersendiri dlm membincangkan isu ini (wawa, dh mcm program bual bicara plak.hehe). Setahu teman la, seseorg yg xbrp mendalam ilmu agama nie, persoalan ikhlas, niat atau segala perkara berkaitan hati ni, itu semua urusan Allah. Manusia tidak diberikan keupayaan utk menilai keikhlasan hati atau niat seseorg. Jadi agak pelik dan x masuk akal bila seseorg itu melakukan kebaikan, maka org sekeliling sewenang2 menyatakan yg org tersebut x ikhlas la, poyo la, nk tunjuk baik la. Nak je teman g kt org yg mengata tu dan ckp, “Ko ni Tuhan ke, ley plak tahu niat manusia”.
Ada sebuah cerita. Cerita ni terjadi dlm suatu peperangan (xingat perang apa. Kalo ada antara shbt2 yg tahu cerita ni, tlg explain kan dgn detail kt bwh ek). Dlm perang tersebut, Khalid Al-Walid telah bertempur dgn seorg tentera musyrik. Bertempur punya tempur, akhirnya pedang tentera musyrik itu terlepas dari genggamannya. Dan ketika itu pedang Khalid Al-Walid sudah berada di leher tentera musyrik itu. Maka saat itu tentera musyrik itu mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi Khalid Al-Walid tidak terus menamatkan riwayat tentera musrik itu. Kejadian ini telah dilaporkan kpd Nabi Muhammad saw. Maka baginda telah memanggil Khalid menghadap. Baginda bertanya benarkah Khalid telah membunuh seorg hamba Allah yg telah mengucap dua kalimah syahadah. Maka Khalid menjawab bw org itu mengucap krn takutkan pedangnya. Maka Rasulullah mengulangi soalan itu dgn nada yg lebih tinggi. Dan Khalid tetap dgn jawapannya. Dan Rasulullah terus bertanya soalan yg sama dgn nada yg lebih tinggi. Bila terjadi begitu maka tahulah Khalid Al-Walid bhw beliau telah salah. Maka bersabda Rasulullah yg mafhumnya’ sekiranya engkau boleh, maka belahlah dada org itu dan lihat hatinya sama ada dia ikhlas atau tidak. So apa pengajaran drpd kisah peperangan ini? Cuba shbt2 lihat, Rasulullah sendiri melarang shbt2 baginda utk menafsirkan seseorg itu ikhlas atau tidak dalam perbuatan dia. Padahal dlm kes tersebut, bagi kita yg iman x setebal shbt2 nabi, confim kita akan ckp tentera musyrik itu x ikhlas. Tapi nabi mrh Khalid Al-Walid. Knp? Sbb nabi nak ajar kita sbg umatnya, jgn senang2 nk jatukan niat seseorg itu ikhlas atau x.
Berbalik pada zaman kini. Contohnya seorg shbt kita post something berunsurkan nasihat kt facebook contohya, walaupun kita tahu yg dia tux de la islamik sgt, pada pendapat teman, xperlu kita condemn dia. Nak ckp dia x ikhlas ke, post sbb nk attract attention org la. Atau nk menunjuk2 kononnya dia alim. Xperlu semua itu. Siapa kita nak tentukan niat seseorg itu ikhlas atau x. Kita manisia biasa. Shbt2 nabi pun x wat gitu. Tu shbt2 nabi, yg solat jemaa x tggl, pergaulan dijaga, berkorban jiwa dan raga utk Islam. Kita? Wallahu’alam. Drpd kita sibuk2 condemn org yg post baik2 kt fb, baik kita condemn org yg post bnda2 mengarut dan mencarut kt fb. Drpd kita condemn org yg bg nasohat atau buat benda baik, baik kita condemn org yg bercakap bnda2 mengarut atau suka buat benda2 jahat. Nak dengki org buat baik boleh, tapi dgn cara kita buat bnda baik mcm tu juga, bkn dgn mencondemn atau ckp bnda2 yg mengutuk dia.
Teman juga biasa mendengar org sewenang2nya melabelkan seseorg itu hipokrit la, munafik la. Seingat teman, pada zaman Rasulullah, Allah telah bgtau nama2 org munafik kt baginda. Tapi walaupun ada shbt yg bertanya, tapi baginda merahsiakan. Knp? Sbb pada pndpt teman baginda nak ajar kita sebagai umatnya supaya jgn sewenang2nya mencop seseorg sebagai munafik ke, hipokrit ke. Sbb munafik tu bhn bakaran di neraka, lagi bwh dr org musyrik. Xde org yg nak jd bahan bakaran di neraka. So please sbt2 yg teman sayangi, watch your mouth, jgn sewenang2nya melabelkan seseorg munafik atau hipokrit. Sbb bukan apa, takut disebabkan dh emosi sgt, kita labelkan seseorg itu munafik atau hipokrit. Bkn apa, takut2 kita plak yg mempunyai ciri2 munafik. X ke naya? Na’uzubillah.
Jadi, teman ingin mengajak shbt2 semua, mari berlapang dada, buanglah sifat dengki dlm diri, dan apabila org sekeliling kita berbuat sesuatu kebajikan, maka bersangka baik la. Jgn sesekali kita melabelkan dia x ikhlas, jgn sesekali kita memperlecehkan usaha dia. Kalo pun ada dlm hati kita perasaan utk memperlecehkan dia, jgn dizahirkan menerusi perkataan atau perbuatan. Semoga kita semua diampuni Allah. Insya-Allah
p/s : macam biasa. Kot kot ada maklumat yg teman bagi ni salah ke, sesat ke, sila2 la menegur teman secara berhemah. Maklum la, teman kan Budak Baru Belajar :-)