Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Tuesday, November 23, 2010

Untuk Muslimat :-)

Assalamu'alaikum. Sedang teman surf2 internet, teman terjumpa gmbr2 nie. Jadi teman rasa ramai muslimat2 kt luar sana yg masih xtau. Maka teman sengaja publish khas dlm entri ni utk bgtau kpd yg xtau dan nak ingatkan kpd yg dh terlupa. Semoga kita bisa menjadi insan yg lebih baik di sisi Allah. Insya-Allah :-)


Jadi gmbr di atas menunjukkan ciri-ciri pakaian yg menutup aurat bagi seorg muslimat. Ate moh kita tengok kesalahan-kesalahan yg muslimat lakukan dalam keadaan sedar atau xsedar, moga2 shbt2 muslimat dapat mengislahkan diri.


24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.









Haa, sudah jelas kesalahan-kesalahan tersebut? Jadi buat shbt2 muslimat semua, mari bersama2 kita mengislahkan diri kita, ubahlah penampilan anda selaras dgn apa yg Islam anjurkan. xpe, pelan2 kayuh. xperlu ubah secara drastik, perlahan2. Ingat, pelan-pelan kayuh.



2 gambar di atas ini menunjukkan pemakaian tudung yg tidak menepati syariat. Kenapa? Sebab bentuk payudara jelas. Jadi sebagai seorang lelaki yg normal, maka pasti mata akan tertumpu di bahagian itu. Biasa dah fenomena mcm ni, mgkn ramai yg xtau. Jadi teman nak bgtau yg cara pemakaian tudung ni salah, still masuk kategori tidak menutup aurat dgn sempurna. Jadi pada pendapat teman, x perlu diselempangkan tudung tu, lepaskan je, x rugi pun. Biarlah bentuk payudara anda hanya diketahui oleh yang halal baginya (contohnya suami). So, ayuh mulakan detik ini sebagai saat utk anda berubah. You can do it, chaiyok2 :-)
(maaf kalau teman straight to the point, xde lapik2. Bukan apa, nk bgtau jelas2, nk bg paham. Kalau berkias2, nanti takut x phm je)

Gambar atas ni plak berkaitan pakai tudung tp bertocang. Yang ni pun masuk kategori tak sempurna menutup aurat kerana masih tidak menutupi bahagian dada secara sempurna. Muslimat wajib menutup bahagian dada (rujuk ayat Al-Quran pada awal2 entri ini) 

Haa, ni gmbr berkaitan sanggul wanita. :-)


Renung2kan dan selamat beramal :-)

p/s : sekiranya ada kesalahan atau kesilapan dlm entri ini, sila2 lah menegur teman secara berhikmah. Maklum la, teman kan Budak Baru Belajar :-)

No comments:

Post a Comment