Artikel ini berkaitan ulasan mengenai satu video oleh Al-Habib Ali Al-Jufri. Sika klik di SINI untuk view video tersebut.
By Nighthood
on 25 February 2012
Bismillahirrahmanirrahim. Ada sebab besar kenapa aku pilih tajuk atau judul entry kali ini seperti di atas. Ini kerana, di samping connection internet yang tidak mencukupi menyebabkan research yang lebih mendalam terbantut dan hanya dapat mendengar ceramah ini sekali harung je (mungkin ada ayat atau pemahaman yang salah, minta maaf), mungkin kali ini aku ingin lebih mengutamakan atau mengutarakan cara berfikir je kot. Aku cuba mencabar diri aku untuk menulis something ilmiah dengan cepat dan tepat semampuku. Baca sampai habis untuk menilai hasilnya sama – sama heh.
Ketulenan Hujah dan Dalil
Pertama sekali, aku nak mengingatkan, aku bukan ustaz atau pakar dalam bidang apa – apa pun, jadi jangan anggap entry aku adalah hujah. Anggap je sebagai pembuka minda atau wacana baru. Sejujurnya, aku tidak mengenali Ustaz Al Habib Ali al Jufri ni lagi, (kalau betul dia ustaz ok), jadi anggap aku sebagai orang awam biasa, aku tidak tahu menahu keseriusan, ketelitian dan ketepatan ustaz ini dalam memilih dalil dan hujah daripada Al Quran dan hadis terutamanya. Ditambah juga, ustaz dan penge’post’ video ini di youtube tidak membantu mengatakan sumber rujukan, jadi susah nak cek kata – kata dia. Boleh dijadikan saranan atau masukan untuk next ceramah mungkin. Relax laa, bukan semua orang perfect kan. Cuma, berusahalah untuk menjadi yang lebih baik.
Kenapa aku selalu menekankan bab kepada ketulenan dalam memilih dalil dan hujah, lebih – lebih lagi mengenai agama kesayangan kita, selain telah tertulis dalam entry “Teguran Suci untuk Sahabatku 1”di http://sangpelajar.wordpress.com/2012/01/09/teguran-suci-untuk-sahabatku-i/ dulu, kerana memang berbeza la bahan buatan ciptaan Allah S.W.T dengan ciptaan manusia. Untuk pemahaman yang lebih jitu dan tepat mengenai apa yang aku nak sampaikan pada topik ini, disarankan untuk membaca buku The Bible, The Quran and Science karya Dr Maurice Buccaille. Daripada buku tersebut, terdapat sangat banyak contoh ayat – ayat Al quran yang hanya dapat dibuktikan dengan modern knowledge, sedangkan tulisan ayat Al Quran ditulis lebih 1400 tahun yang dulu. Sebagai contoh;
The Implantation of the Egg.
- Surah 75, verse 37 – 38: “Was (man) not a small quantity of sperm which has been poured out? After that he was something which clings; then God fashioned him in due proportion.”
Kata – kata Doctor Maurice Buccaille terhadap ayat ini:
“From the discovery of modern times, we know that in order to draw nourishment, there is a veritable elongation of the egg. These formations make the egg literally cling to the uterus.”1
Bayangkan sahabat – sahabat, satu ayat dari Al Quran ini saja memerlukan lebih atau hampir lebih seribu tahun untuk di ‘confirm’kan. Memang patut Allah mencabar sesiapa yang meragui ayat – ayat Allah untuk membuat sendiri seperti Al Quran untuk menandinginya seperti dalam surah al – Israa: 88
“Say: if all human beings and Jinn were to come together to bring the equivalent of this Quran, they could not do so, even if they all were to help each other.”
Jadi kesimpulannya untuk topik ini, jelas kan lah sesuatu fakta tu daripada mana. Sebab kalau datang daripada Al Quran dan hadis yang sahih, memang tidak dapat ditolak dan dipertikaikan. *Kalau pandangan manusia, siapa pun dia, boleh ditolak, diterima dan di kritik (apatah lagi pandangan atau feedback aku ni heh).
*Maksudnya manusia tidak maksum.
Jangan Pandang Pelaku Maksiat dengan Pandangan Kehinaan
Kedua, sekali lagi nak kata ni entry sekilas pandang eh, ustaz/penceramah ada menceritakan bahawa (lebih kurang!!), jangan sangka seorang abid (ahli ibadah) lebih baik daripada seorang pelaku maksiat atau orang lain juga. Yang menentukan syurga atau neraka untuk someone memang tergantung kepada keseluruhan amalan individu tersebut, bukan hanya dengan certain perbuatan sahaja.
“Those whose good deeds will weigh heavier (on the scale), will live a pleasant life, but those whose good deeds will be lighter (on the scale), will have hawiyah as their dwelling. (surah Al Qariah: 6-9).
Sama laa kalau ada orang tidak pakai tudung datang bertanya, “Adakah aku masuk neraka kerana tidak pakai tudung?” Kita katakan, ke syurga atau ke neraka bukan kerja kita untuk tentukan, itu kan hak mutlak Allah SWT, hanya Allah yang boleh tentukan (keseluruhan amal akan ditimbang). Namun, jika pertanyaannya adalah, “adakah tidak memakai tudung adalah jalan untuk ke neraka?” kita boleh jawab ya. Sebab memang dah jelas lagi bersuluh ayat menerangkan hal itu.
Untuk hadis yang sahih yang dapat aku carikan yang mungkin membawa maksud yang sama iaitu pelaku maksiat jangan dipandang hina atau teruk sangatlah bahasa mudahnya, adalah seperti riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: “Allah telah menghinanya”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu”. Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi.2
Dalam riwayat yang lain, “Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).” 3
Terjadi perbincangan mengapa orang yang minum arak (salah satu dosa besar) boleh pula mencintai Allah dan Rasul nya. Ini kerana setiap orang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Mungkin saja pelaku dosa tahu larangan sesuatu perbuatan, tapi dia tak dapat tahan sangat giannya, namun pada masa yang sama dalam gaya hidup yang lain si pelaku maksiat tadi boleh je ikut Islam dalam kegiatan sehari - hari. Jadi sebagai kesimpulan, penentu syurga atau neraka si pelaku maksiat itu tadi tergantung kepada keseluruhan berat amalnya. Kalau dosanya diampunkan Allah dan berat timbangan amalnya, tidak mustahil di sisi Allah dia lagi baik daripada seorang abid. Mungkin – mungkin saja seorang abid beribadat tidak ikhlas, riak, suka kafir mengkafirkan (tanpa sebelumnya ditegakkan hujah) dan sebagainya.
Take note juga favourite quote aku ni, “Kita bertanggungjawab untuk membela Islam, tapi kita harus membela Islam dengan disiplin”. Belajar daripada hadis tadi, hukuman si peminum arak itu tadi hanya dipukul atau disebat di khalayak ramai, seorang je nak tambah dengan berkata something untuk menghinanya atau mencercanya atau melaknatnya, Rasulullah SAW dah tegur. Cukup tinggi disiplin yang diajar Nabi dulu. Memang harus diaplikasikan oleh kita semua dalam kehidupan sehari – hari, lebih – lebih lagi dekat - dekat pilihan raya ni. Jangan membudayakan cercaan dan merendah – rendahkan orang dalam masyarakat kita. Pilihlah perkataan atau ungkapan yang molek dalam menegur atau memberi nasihat.
Pintu Taubat dan Rahmat sentiasa Terbuka
Selain itu, ustaz/penceramah juga mengatakan mengenai kita tidak tahu bagaimana keadaan seseorang pada waktu dia hampir mati, mungkin sempat bertaubat dan dimaafkan oleh Allah SWT akan dosa – dosa dia. Yang itu, seperti kita semua tahu, pintu taubat dan diberikan rahmat memang sentiasa terbuka. Seperti pada surah al Zumar ayat 53:
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Mungkin yang aku boleh tambah juga di sini adalah dosa yang tidak akan diampun oleh Allah SWT antaranya adalah dosa orang yang melakukan syirik dan kepada Firaun dengan bukti – bukti seperti berikut;
“God does not forgive the sin of considering others equal to him, but he may choose to forgive other sins. Whoever believes in other gods besides Him has indulged in a great sin.” (surah 4:48)
“God said: ‘What? Now! Thou has rebelled and cause depravity: This day We save thee in thy body so that thou mayest be a sign for those who come after thee.’ But verily, many among mankind are heedless of Our signs.” (Surah 10: 91:92)
Apabila sampai ke topik keadaan seseorang sewaktu dia hampir mati, aku teringat satu cerita time di Indonesia dulu. Salah seorang pengebom di tempat public, sewaktu dilaksanakan hukuman mati, dikatakan ada kilat sabung – menyabung walau pada waktu siang yang terang, dan sejurus kematiannya, terdapat bau harum dari mayat itu yang tidak pernah dibau oleh orang ramai tercium. Pendekkan cerita, penulis cerita ni menggambarkan macam nak kata si pelaku bom dekat tempat public itu mati syahid laa.
Aku katakan, Islam terbina atas dalil dan hujah, bukan atas perkara – perkara pelik yang seseorang boleh lakukan atau yang terjadi. Biarla, kilat sampai langit terbelah pun, bau harum sampai satu dunia terbau pun, tetap tidak dapat mengjustifikasikan atau membolehkan someone bom dimana – mana sesuka hati (walaupun di pub atau tempat maksiat). Larangan atau disiplin Islam sudah jelas dalam peperangan, iaitu hanya pada orang yang memerangi orang islam saja, seperti;
“Perangilah orang – orang yang memerangi kamu di jalan Allah dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampau batas.”- surah Al Baqarah: 190
Ibn Daqiq al – Id r.h. (wafat 702 H) berkata:
“Hukum asal, membunuh tidak dibenarkan. Ia hanya dibolehkan demi mengelak bahaya. Sesiapa yang kebiasaannya tidak berperang (menentang tentera islam) dan tidak berkemampuan untuk berperang , maka dia (dianggap) tidak mendatangkan mudarat seperti mereka yang berperang. Jadi hukumnya kembali kepada asal, iaitu mereka itu tidak boleh dibunuh.”4
Namun, itu semua tidak menolak kemungkinan pengebom itu tadi sempat bertaubat dan meminta ampun daripada Allah SWT. Jadi kembali kepada kaedah di atas tadi, jika ditanyakan adakah pengebom ini masuk neraka? Kita jawab syurga atau neraka bukan kerja kita untuk tentukan..
Seputar mengenai Jantung bukan Hati
Seterusnya, Alhamdulillah, hampir – hampir nak post entry, terjumpa kesahihan hadis terakhir yang diutarakan ustaz atau penceramah ini iaitu “Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
Mungkin untuk menarik minat, aku nak cerita sikit pasal hati.
Ini petikan dari artikel ‘Jantung bukan Hati’ karya dr Asri Zainul Abidin, Katanya:
“Pernah seorang pakar jantung bertanya saya tentang sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”. Dia bertanya saya mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.”
“Saya jawab: Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.”
“Cumanya, orang Melayu menterjemahkan ‘you are in my heart’ sebagai ‘awak dalam hatiku’ padahal hati dalam bahasa Inggeris ‘liver’ bukan ‘heart’. Namun ‘heart attack’ tetap sebagai serangan jantung, tidak pula serangan hati.”
“Begitu ‘heart disease’ sebagai penyakit jantung. Mungkin kerana ia berkaitan sakit, jika salah terjemah buruk padahnya. Jangan sampai doktor yang sepatutnya membedah jantung dibedahnya hati. Orang boleh derma hati dan terus hidup, namun tidak mungkin boleh derma jantung dan terus hidup.”5
Sebagai doctor, mungkin nak tambah terhadap ayat ini adalah, yang derma hati dan terus hidup itu jika hanya sebahagian hati sajalah. Kalau semua hati itu diangkat dan didermakan pun fatal juga akibatnya.
Penutup
Begitu sajalah, tidak mahu terlalu meleret – leret, dah jauh tersasar daripada topik asal sebenarnya. Sori dan terima kasih. Sila dicek lagi satu – persatu eh.
Meminjam kata – kata Imam syafiee:
“Apabila sesuatu hadis itu sahih, itulah mazhabku. Jika sesuatu hadith tidak sahih, campakkanlah pendapatku ke dinding.”6
Sekian. Mudah – mudahan bermanfaat.
Sumber Rujukan
1. Maurice Buccaille, The Bible, The Quran and Science, Malaysia edition 2006, ms: 204
2. Jangan Bantu Syaitan Merosakkan Saudaramu, diambil dari http://drmaza.com/home/?p=685, 22 Februari 2012.
3. Minum Arak tapi Cinta Nabi, diambil dari
4. Ibn Daqiq al – Id, Ihkam al – ahkam, jil: 4, ms:184
6. Al – Zahabi, Siyar A’lam al – Nubala, jil:10, ms:35
~~ DR A.I. ~~



No comments:
Post a Comment