Teman ; Sahabat ; Kawan
3 perkataan yg membawa erti yg sama. Lain ejaan tetapi sama ertinya. Lain abjad tetapi sama definisinya. Lain sebutan tetapi sama maknanya.
Siapa yg di dunia ini yg tidak punya teman. Siapa di alam ini yg tidak punya sahabat. Siapa di hayat ini yg tidak punya kawan.
Hatta haiwan juga punya kawan mereka sendiri. Burung-burung yg terbang sambil berkicauan punya teman bermain. Semut-semut yg melata juga punya sahabat bekerja. Kucing-kucing yg berkeliaran juga punya kawan sepermainan.
Bahkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga punya sahabat baginda yg tersendiri. Sahabat-sahabat baginda punyai tahap kecintaan kepada baginda melebihi tahap kecintaan terhadap diri mereka sendiri. Itulah nilai persahabatan yg ada pada diri sahabat-sahabat baginda. Kecintaan itu bukan terhadap baginda semata-mata, bahkan kecintaan itu juga terhadap sesama mereka sendiri. Itulah contoh persahabatan yg benar-benar dituntut syariat.
Secara tiba-tiba, diri ini merindui setiap nama yg pernah singgah dlm hidup ini sebagai teman. Teman-temanku semasa perkelanaan di sekolah menengah, semasa di zaman matrikulasi di Gopeng, semasa zaman diploma di Terengganu, semasa zaman persinggahan selama satu sem di UM dan kini teman-teman seperjuangan di Puncak Alam. Setiap dari anda amat diri ini rindui. Terutama teman-teman yg banyak mengenalkan diri ini dengan Allah, yg mengenalkan diri ini dgn Rasulullah, yg mengenalkan diri ini dgn erti perjuangan sebenar seorang muslim, yg memberikan diri ini peluang utk merasai serba sedikit kehidupan seorang dai’e (walaupun tidaklah benar-benar merasainya). Diri ini sangat merindui saat-saat kita berebut-rebut untuk melaungkan azan di surau, diri ini merindui saat-saat kita berbuka puasa bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita menjalankan ghast bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita beriktikaf di masjid bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita pergi ke daurah bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita berusrah di tepi masjid Ladang, diri ini merindui saat-saat kita menjalankan projek Balai Islam 2nd bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita sama-sama bekerja dan menolong antara satu sama lain tanpa berkira. Dan byk lagi momen-momen yg diri ini rindui. Tapi yg paling penting diri ini sangat-sangat merindui setiap daripada nama yg pernah bergelar sahabat dlm hidup ini.
Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk.
Kepada teman-temanku, maafkan diri ini andai tak bisa menjadi sahabat seumpama wangi-wangian. Maafkan diri ini andai sekadar menjadi sahabat seumpama tukang besi. Kadang-kadang lidah ini hanya mampu memuji tatkala sahabat-sahabat melakukan kebaikan, tetapi lidah ini kelu untuk menegur tatkala sahabat-sahabat tersilap melakukan kekhilafan. Itulah kelemahan dan ketidaksempurnaan yg wujud dalam diri ini.
Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkan oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.
Maafkan diri ini andai kata kehadiran diri ini sekadar membuatkan sahabat-sahabat semakin jauh daripada Allah. Maafkan diri ini andai diri ini tidak mampu menjadikan sahabat-sahabat semakin bagus amal dan semakin dekat dgn Allah.
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.
Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?”
Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”.
Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?”
“Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT.”
Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
Maafkan diri ini andai diri ini tidak mampu betul-betul mencintai sahabat-sahabat kerana Allah SWT. Mungkin kerana nipisnya iman, mungkin kerana kurangnya amal dan mungkin kerana banyaknya titik hitam di hati ini yg menyebabkan diri ini tidak bisa mewujudkan kecintaan kepada sahabat-sahabat yg benar-benar ikhlas kerana Allah SWT.
“MAAFKAN DIRI INI DI ATAS SEGALA YG TIDAK PATUT DIRI INI LAKUKAN ATAS NAMA SEORANG SAHABAT”
Semoga selepas ini kita semua akan mampu bersahabat dgn ikhlas krn Allah. Marilah kita sama-sama memuji sesama kita tatkala kita melakukan kebaikan (tapi jgn smpi berlebihan hingga menimbulkan rasa riak dan takbur), dan yg plg pntg marilah kita selepas ini sama-sama saling menegur secara berhikmah apabila ada sahabat-sahabat kita yg melakukan kesalahan dan kesilapan. Insya-Allah, semoga kita dicatatkan sebagai salah satu daripada 7 golongan yg mendapat naungan drpd Allah SWT di hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Golongan yg dimaksudkan itu adalah :
“Dua orang yg saling mengasihi kerana Allah dan keduannya berkumpul dan berpisah kerana Allah SWT”
Ikhlas drpd,





Rindu sungguh sahabatku yang seorang ini. semoga setiap bait-bait katamu diberi ganjaran yang baik daripada Allah SWT.
ReplyDeletedoakan kesejahteraan sahabatmu ini :-)
ReplyDelete