Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Wednesday, July 20, 2011

Young Leader (Imam Muda)



BISMILLAH


With The Name of Allah


Wawawah, gaya macam nak tulis entri dalan bahasa Inggeris. Tetapi memandangkan tahap bahasa Inggeris ana yang “sangat tinggi”, maka hasrat suci murni itu dibatalkan. Nanti takut ramai plak terbeliak mata sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal dek kerana tidak bisa memahami maksud ayat ana ;-)
Ha, sebelum tu ana nak minta kebenaran untuk menggedik menggunakan kata ganti diri “ana” ek. (hehe,gedik ker??? :-p ). Ok, back to normal. Have you heard about the phrase below?


“Imam Muda, program yg memecah tradisi”


To be honest, actually jari-jemari ana begitu laju menekan keyboard di laptop untuk mengulas sesuatu tentang program Imam Muda ini sebaik sahaja Imam Muda Hassan dinobatkan sebagai Imam Muda musim kedua. But as usual, manusia merancang, Allah jua merancang. Dan perancangan Allah jua lah sebaik-baik perancangan. Tangguh punya tangguh, akhirnya ana memaksa neutron di otak ana untuk berkolaborasi dengan jari-jemari ana yang halus ini (unsur-unsur perasan yg terlebih2 :-p ) untuk menyiapkan juga entri yang dah lama tersimpan di desktop laptop ini.

Kalau ditanya pada majoriti rakyat Malaysia, ana sangat yakin+konfiden bahawa kebanyakan mereka akan menganggukkan kepala tanda setuju sambil membuat gaya seolah-olah seorang pemikir masa depan negara tanda mengakui akan kewujudan program bercorak Islamik ini. Sepengetahuan ana yang serba dhaif serta lemah ini, Imam Muda merupakan sebuah program yangg dirangka untuk memilih beberapa orang pemuda Muslim utk ditarbiah dan diberikan ilmu sebanyak mungkin utk menjadikan mereka sebagai seorang ‘imam’ di kalangan masyarakat. Program ini dijadikan sebagai sebuah program realiti yg disiarkan melalui saluran Astro Oasis. Rakyat Malaysia berpeluang menonton perkembangan dan aktiviti para peserta yg disiarkan melalui saluran Astro Oasis ini. Alhamdulillah, at least takda la Astro asyik buat program-program yang lagha je (hehe,jgn mrh orang-orang Astro ;-) )



Secara jujurnya, bila bersembang dengan sahabat-sahabat mengenai program-program realiti yang ada di Malaysia, ternyata program realiti Imam Muda acap kali menduduki ranking nombor satu sebagai program realiti yg bermanfaat dan sihat utk seorang Muslim @ Muslimah. Dan secara jujurnya, walaupun lidah ana menuturkan kata tanda setuju dan menyokong kewujudan program ini, to be honest, sekali je ana tengok program ini. Tu pun secara tidak sengaja, dan kebetulan tu malam kemuncak, final di mana Imam Muda Hassan dinobatkan sebagai Imam Muda musim kedua. Paling ana suka, bila sesi di mana seorang tokoh agama membacakan membacakan potongan hadith untuk diulas oleh kedua-dua Imam Muda. Subhanallah, marvellous, amazing, bagaimana Allah memberikan kelebihan kepada mereka untuk berhujah dengan petah bagi mengulas hadith tersebut. Dan setiap kata-kata mereka dikaitkan dengan ayat Quran atau pun hadith, or at least ayat para ‘alim ‘ulama. Tiba-tiba terasa malu dengan diri sendiri. Rasa terpukul. Astaghfirullah, lidah ini tidak mampu lagi berhujah seperti itu. Bagaimana nak jawab bila diajukan persoalan terutama bila soalan itu datangnya daripada non-muslim. Dan bagaimana diri ini nak berdepan dengan Allah kelak apabila ditanya oleh Allah tentang sejauh mana diri ini melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini. :’(


“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman,”Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
(Surah Al-Baqarah : ayat 30)



Berbalik kepada program Imam Muda. Tatkala mulut mula berbicara tentang program ini, maka tidak semena-mena neutron-neutron di otak ini menghantar impuls mengingatkan tentang beberapa sedutan hadith mengenai waktu muda. Hadith-hadith yang memberi kita peringatan tentang betapa pentingnya kita supaya tidak menyia-nyiakan waktu muda kita.


Rasulullah  saw bersabda dalam hadits Abdullah bin Mas’ud  ra, “Tidak akan beranjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Rabbnya sampai dia ditanya tentang 5 (perkara) : Tentang umurnya dimana dia habiskan, tentang masa mudanya dimana dia usangkan, tentang hartanya dari mana dia mendapatkannya dan kemana dia keluarkan dan tentang apa yang telah dia amalkan dari ilmunya”.
(HR. At-Tirmizi)


Hadith di atas jelas menunjukkan bahawa masa muda merupakah salah satu nikmat terbesar yang akan diminta akan pertanggungjawaban di hadapan Allah. Itu sekaligus menunjukkan bahawa Islam sangat memperhatikan usia muda dan para pemuda.


“relaks la bro, muda lagi. Enjoy la dulu, nanti bertaubat la”


Errr, “nanti bertaubat” ???

Persoalannya, adakah penantian itu benar-benar terjadi???

Adakah kita ada surat warranty dari Allah yang kita akan dijemput-Nya di waktu tua, bukan waktu muda???


masa muda ni kiranya masa paling berharga la bagi seseorang manusia
masa ni tahap kehenseman seseorang lelaki di tahap maksimum
tahap cun perempuan pun di tahap klimaks
masa di mana lelaki akan mula memanjangkan leher bila terlihat awek cun, lalu cuba mengorat menggunakan aset kehensemannya (kalo hensem la.haha)
masa ni juga si gadis akan mula berhias utk menampakkan betapa cunnya mereka bagi membuatkan kalbu pemuda berdebar bila terpandang keayuan mereka (ingat para muslimah, simpanlah kecantikan dan keayuan anda utk bakal suami anda nanti, bukan utk tatapan pemuda yg tidak halal bagimu lagi, make urself expensive ;-) )
masa ni semua benda nak try
kalo try benda baik, alhamdulillah
tapi problemnya bila try benda tak elok
so cari la ilmu agama banyak-banyak
pergi la kuliah agama di mana sahaja ia diadakan
bila dah ada ilmu, baru la leh amal
xda la kita beramal sekadar ta'lid (ikut-ikutan) semata-mata
sebab tidak semestinya apa yg biasa masyarakat buat itu perkara yg betul
dan tidak semestinya apa yg jarang dilakukan itu adalah perkara yg salah
sebab akhir zaman ni org pelik sampai nk terkeluar biji mata melihat kita bila lelaki keluar ke supermarket pakai serban mahupun lebai
tapi biasa je bila nmpk org laki pakai seluar pendek yg menampakkan aurat berjalan-jalan di supermarket



so, as a conclusion, don't waste ur young age
bukan apa
takut nanti tergagap-gagap kita nak jawab depan Allah bila Allah tanya kita gunakan masa muda kita untuk apa ;-)

p/s : as usual, sila tegur ana jika ana bg ajaran sesat pada entri kali ini. thank for your reading. Maklum la, ana kan Budak Baru Belajar ;-)

No comments:

Post a Comment