Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Friday, December 30, 2011

MUSIBAH

Assalamu'alaikum



Musibah...
Apa itu musibah?
Musibah adalah sesuatu yg tidak kena yg terjadi pada hati,akal dan jasad.
Bila ditaip di wikipedia.com tentang "musibah", definisi yg keluar adalah "suatu bencana merupakan impak suatu bahaya semula jadi atau buatan manusia yang memberikan kesan negatif kepada masyarakat atau alam semula jadi"
Whatever la kan...
Musibah datang dlm 3 peringkat iaitu :
1. Ujian / Dugaan
2. Peringatan
3. Bala

Bagaimana kita hendak menentukan musibah yg kita hadapi tergolong dlm peringkat mana?

UJIAN / DUGAAN

Apabila musibah menimpa orang yang mempunyai iman, ilmu, ibadah dan akhlak.
Maka Allah turunkan musibah sbg ujian utk menguji sejauh mana tahap ketaqwaan kita terhadap-Nya.

“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut: 2)

PERINGATAN

Apabila musibah menimpa orang yang kurang/lemah iman, ilmu, ibadah dan akhlak.
Maka Allah turunkan musibah utk memberi peringatan supaya kembali berpaksikan agama-Nya.

BALA

Apabila musibah menimpa orang yang tidak ada padanya iman, ilmu, ibadah dan akhlak.
Maka Allah turunkan musibah sebagai balasan atas maksiat dan kejahatan yg dilakukan.

Jadi, sebagai seorang Islam, maka saya yakin dgn izin Allah yg bahawasanya musibah yg melanda sama ada tergolong dalam peringkat ujian atau pun peringatan. 

Tetapi persoalannya, apakah peringkat bg musibah yg melanda umat Islam hari ni di Malaysia dan di seantero dunia???





Jadi, agak-agak pembaca semua la kan, adakah segala kriteria yg junjungan besar Nabi Muhammad SAW bgtau sudah dipenuhi yg memungkinkan kita mengklasifikasikan musibah yg melanda umat Islam pada hari ni adalah bala dr Allah????

Fikir-fikirkan.

Tepuk dada, tanya iman!!!

Semoga musibah yg kita alami adalah ujian atau peringatan drpd Allah. Jgnlah ia adalah bala drpd Allah. 
Bersama-sama tingkatkan iman. Iman hanya dapat ditingkatkan dgn cara memperbykkan amal ibadat. Dan amal ibadat takkan dapat ditingkatkan selagi kita tidak menjaga ibadat2 wajib khususnya solat waktu.
So, marilah menjaga solat 5 waktu kita. ;-)


درڤد ابو هريره رضي الله عنه، نبي صلى الله عليه وسلم برسبدا: "سسوڠݢوهڽ عمالن ڤرتام سساورڠ همبا يڠ دحساب ڤد هاري قيامة اياله صلاةڽ."
- رواية ابو داود دان الترمذي -

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya." 
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )



p/s : ni sebenarnya adalah sedikit intipati drpd kuliah subuh yg sy berpeluang ikuti. Sbb tu penulisan agak skema sket. Hehe. Kalau salah sila betulkan. Maklum la, sy kan Budak Baru Belajar ;-)

No comments:

Post a Comment