Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Wednesday, December 28, 2011

"Errkk, hot jugak la"

Bismillah
....................................................................................................................................................................

"Shhhhhhh"

"Per bro?"

"Cuba usha cikaro tu. Giler hot beb."

"Cikaro mana bro?"

"Ala, yg sanggul baik punya tinggi tu. Tudung belit-belit, ala-ala Hunny Tajima tu."

"Owh, yg tu ker. Ermmmm......."

"Amacam taste gua? Hot x?"

"Errkk, hot jugak la"

"See, my taste is always perfect & marvellous. Well, see my leg la. Haha"

"Errr, ko serius jenis sangkut dgn cikaro hot mcm tu ke?"

"Pergh, apa punya soalan la ko ni. Budak darjah 1 pun leh jawab kot. Of coz la beb. Cun giler beb. Stok hot mama tu!! Mmg buta la mata lelaki yg tolak hot mama mcm tu "

"Owh, that's ur taste. Now I know"

"Yg ko ni, dari td dok tanya aku macam-macam mengalahkan wartawan akhbar Harian Betro je Ko tak teringin ke stok hot mama mcm tu? "

"Erm, aku x minat la bro. I mean, tak berani la. Hot sgt la, semua mata tertumpu kat dia bila dia lalu."

"LOL, tu la stylo. That mean u have a gorgeous gilrfriend. Hot babe

"Erm, sebab hot la aku tak nak. Bukan apa, dah hot sgt, nanti possibility nak masuk tempat hot tinggi."

"Tempat hot? What do u mean? "

"Mana lagi tempat yg lg hot kalau bukan neraka"

GLUPPP!!!!!!

....................................................................................................................................................................

Cikaro?

Awek?

Marka?

dan macam-macam lagi panggilan.

Tapi hakikatnya merujuk kepada makhluk ciptaan Allah bergelar

PEREMPUAN!!!

Lelaki mana tidak perlukan seorang perempuan sebagai peneman

Begitu juga dengan perempuan. Perempuan mana tidak perlukan seorang lelaki sebagai pembimbing

Tapi sejauh manakah kita meletakkan garis panduan dalam memilih teman hidup???

Adakah kita meletakkan wanita sesetia Saidatina Khadijah sebagai calon permaisuri kita yg sah?



(gambar sekadar hiasan semata-mata)

Atau..

Adakah kita meletakkan wanita seseksi Paris Hilton sebagai teman sehingga akhirat?


(tak boleh letak gmbr awek seksi. Nanti tersembul mata anda melihatnya. Haha)


"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam hadith ni, Rasulullah SAW sendiri menyuruh kita memilih perempuan yg beragama sebagai isteri.


Kenapa bukan kerana kecantikan???


Bro, cuba usha awek-awek sekeliling. Berlambak yang cun, hot dsbnya. Contohnya kita suka seorang perempuan just sebab dia cantik. Then bila kita jumpa perempuan lain yg lebih cantik, maka secara automatik kita akan "ter"suka kat perempuan. Come on la bro, gua pun lelaki. Gua pun sama je dgn lelaki-lelaki yg lain. Tgh lepak2, tiba-tiba lalu awek cun depan mata, memang susah nak tutup mata la kan. Paling koman pun, usha sekali then berpaling dan beristighfar (kalau beristighfar la, dan xtau pandangan pertama tu berapa lam,haha). So kan susah kalau kita suka seorang perempuan kerana kecantikan dia semata-mata. Lagi satu, mempunyai isteri yang cantik pun payah. For sure akan ada lelaki lain yg usha, walaupun sudah bergelar isteri org, Sekiranya isteri kita jenis yg solehah, xde hal. Tapi takut-takut tidak berapa, yang tu payah.



Kenapa bukan kerana harta?

Yg ni xkn xleh agak kot.
Ye la, kalau kita pilih seseorang perempuan berdasarkan harta, maka akan tiba suatu masa hartanya akan habis. Dan percayalah, saat itu secara automatik perasaan suka kita akan pudar, tambahan lagi apabila kita dah jumpa perempuan lain yg lebih berharta. Lagipun, kan ke tanggungjawab menanggung keluarga di atas bahu suami. Jadi sepatutnya suami la yg mesti ada kedudukan kewangan yg stabil berbanding isteri.

Keturunan pula bagaimana?

Kalau la pilihan kita berdasarkan keturunan semata-mata dengan harapan akan lahir zuriat kita dgn dikenang sebagai drpd keturunan mulia, maka khuatir sekiranya Allah mentakdirkan berlakunya keaiban pada keturunan itu, maka secara tidak langsung maka keaiban tersebut akan terpalit sekali dgn kita. Maka secara tidak langsung ia akan memungkinkan perasaan suka dan cinta kita kpd pasangan semakin pudar.

Jadi, apakah kriteria yg anda pilih?
Kerana kecantikannya ke?
Kerana hartanya ke?
Kerana keturunannya ke?

atau...

Kerana AGAMANYA???

Teringat satu kisah yg berlaku di zaman salah seorang khalifah Ar-Rashidin (lupa khalifah yg mana satu)
Al-kisahnya pada suatu hari datanglah seorang bapa menemui khalifah. Lalu mengadulah bapa tersebut kpd khalifah tersebut bahawa anaknya telah derhaka kpdnya. Maka khalifa tersebut pun memanggil anak berkenaan utk mendapatkan penjelasan selanjutnya. Maka dtglah anak tersebut menghadap khalifah. Maka anak tesebut mengatakan dia tidak derhaka, bahkan bapanya la yg telah menderhakainya. Maka terkejutlah khalifah tersebut mendengarkan kata-kata anak itu, bagaimana wujud bapa derhaka kpd anak. Maka berkatalah anak tersebut, bapanya itu telah derhaka kpdnya lantaran memilih untuknya ibu yg tidak elok amalan agamanya (tidak ingat apa pekerjaan ibu itu, mcm pelacur je, tp x ingat. Wallahu'alam)

Maka fikir-fikirkanlah.
Jangan biarkan anak-anak anda nanti mengadu kepada Allah..
tentang kezaliman kita dek memilih utk mereka ibu/bapa yg tidak baik pengamalan agamanya.

Dan memang setiap kali lalunya perempuan cantik dan hot di hadapan kita, dan ketika itu terdetik di hati utk memiliki perempuan tersebut, tanyalah pada diri. Adakah kita inginkan anak-anak kita mempunyai ibu seperti itu? Yakinkah kita yg perempuan yg hot+cantik+menggoda dpt menjadi ibu yg mithali kpd anak-anak kita nanti yg mampu bersama-sama kita membimbing anak-anak kita menjadi anak-anak yg soleh dan solehah?


Renung-renungkanlah bersama. Tepuk dada, tanyalah iman :-)

Yang benar,


p/s : kalau salah sila tegur ek. Maklum la, saya kan Budak Baru Belajar :-)

4 comments:

  1. cara2 untuk mencari calon suami plak lagu mana? wat entri pasl cara mencari calon suami yg baek..nnt saya nak baca dan kaji :) huhu

    ReplyDelete
  2. lebih kurang sama la. Tapi saya tulis seolah-olah cara memilih osteri sbb sy kan lelaki. ;-)

    ReplyDelete
  3. Heryani Shariff :

    Ayat tak lengkap. Sepatutnya
    "terbaik jika dapat diamalkan"
    Insya-Allah semoga sama-sama kita dikurniakan kekuatan untuk mengamalkannya ;-)

    ReplyDelete