Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Tuesday, November 29, 2011

Pejuang Agama

Assalamu’alaikum pembuka bicara,
Buat pembaca yg tiada tara,
Terima kasih yang tidak terhingga,
Atas kunjungan yang tidak terhingga

Hehehe, amacam? Hebat tak pantun 4 kerat tu? Agak-agak boleh lawan Dato A. Samad Said tak? Takpun boleh lawan Dato Nicol David tak? (haha,apa kes, macam ada kaitan plak sukan squash dengan pantun). Sesekali berangan takpa kan? Haha, maaf la, sindrom keperasanan agak hyper pada kali ini.

Ok2. Kembali ke jalan yang lurus (erk,mksdnya straight to the point ;-p )

Untuk kesekian kalinya, lagu di blog bertukar lagi. To be honest, teman baru je tahu kewujudan lagu ni. Biasa la, terlalu sibuk study la katakan (sambil buat muka nerd). Haha.

Lagu ni berjudul “Pejuang Agama”, nyanyian barisan Imam Muda musim kedua. Jadi moh le kita semua baca lirik lagu Pejuang Agama ni.

..................................................................................................................................................................

Setiap manusia pasti punya 
Pemikiran yang saling berbeza
Tapi janganlah cuba untuk memaksa
Yang lain jika tidak sekata

Usah taksub tafsiran sendiri
Pandanglah dari sudut yang lain
Mungkin ada benarnya kata mereka
Andainya berfikiran terbuka

Renungkanlah bersama

Habibi janganlah membenci
Hentikan dari saling menyakiti
Habibi hanya jikalau bersatu

Umahmu akan lebih maju

Temanku bersalamlah selalu
Hormati mereka disekelilingmu

Temanku marilah kita bersama

Menjadi pejuang agama

Tak perlu meninggikan suara 
Untuk meluah apa dirasa
Kerana lantang itu bukannya bermakna
Katamu menjadi lebih benar

Renungkanlah bersama
....................................................................................................................................................................

Setiap drpd anda punya tafsiran sendiri ttg msj lirik lagu ni. Jadi biarlah teman berkongsi tafsiran teman.
Pada hemat teman la, (“hemat”?wah,ayat buku tu.Haha) lagu ni menekankan tentang kepentingan penyatuan ummah. Lagu ini juga menceritakan tentang wujudnya perbezaan dalam pendapat dan gaya dalam masyarakat. Sebagai ummat terbaik, kita disuruh supaya menghormati semua dan jgn memaksa org lain mengikut cara kita (selagi mana cara yg diamalkan tidak menyalahi syariat). Dan ditekankan betapa kemajuan hanya bisa dikecapi apabila ummat bersatu. Dan akhirnya, lagu ini mengajak kita semua menjadi pejuang agama.

Pejuang agama?

Apa benda tu?

Adakah ianya merujuk kpd rakyat Palestin yg berhabis-habisan memperjudikan nyawa menentang kekejaman Yahudi?

Atau merujuk kpd para ‘ulama dan para ustaz-ustazah semata-mata?

Jika itu tafsiran kita, maka kita salah.


Tahukah anda apakah tumbuhan di atas ini?

Ia adalah sejenis pokok.

Yup, pokok.

Tanya sama pokok...
Apa sebab goyang...
Jawab angin yang goncang

Eh eh,cop cop, bukan lagu “Pokok” nyanyian Hazama & Kumpulan Jumpa Pakcik Hussain (Meet Uncle Hussain) tu. Sebut pasal pokok je udah ke situ pulok mike semua nie.

Actually, pokok ni dinamakan pokok pulpa.

Yup, pokok pulpa. Ha, terkebil-kebil biji mata tu kenapa? Haha, mungkin kerana jarang dengar kot nama pokok ni. sama juga mcm teman.

Tahukah anda apakah kegunaan pokok pulpa ni?


Pokok pulpa ni digunakan utk membuat kertas.

Kemudian, kertas ini pula akan digunakan utk pelbagai tujuan.

Antaranya ialah kertas boleh digunakan utk menulis sesuatu menjadi seperti gmbr pertama di bawah ini :


Kertas yg digunakan utk ditulis ayat-ayat suci Al-Quran pastinya akan dihormati. "Darjatnya" di sisi manusia juga tinggi hinggakan hendak memegangnya pun perlu suci (berwudhuk)

Tapi, kertas juga boleh digunakan utk menulis sesuatu seperti gmbr kedua di bawah ini :


Kertas tandas (toilet paper). Diletakkan di tandas dan digunakan utk mengelap najis. Tentunya ia dianggap kotor dan akan terus dibuang serta-merta apabila selesai digunakan. Ke mike semua simpan kertas tandas yg udah tercemar dgn najis, lalu letak dlm handbag ke apa? Ish, buang tebiat tu namanya. Hehe.

Bayangkan
Asalnya sama. Berasal daripada pokok yg sama (pokok pulpa)
Tapi darjatnya dipandang mulia atau dipandang hina berdasarkan bagaimana ianya digunakan
Kertas yg sama digunakan utk menulis ayat-ayat suci Al-Quran, maka darjatnya dipandang tinggi. Nak pegang pun kena bersuci (berwudhuk)
Tapi kertas yg sama tapi digunakan sebagai kertas tandas, dipandang hina kerana terpalit dgn najis yg busuk yg bisa meloyakan sesiapa shj yg memandangnya
Agak-agak, dpt x apa yg teman cuba sampaikan di sini???

Manusia ni semuanya sama. Tidak kiralah siapa pun dia. Perdana Menteri ke, ulama' ke, penyanyi ke, perogol ke, semuanya asalnya sama.  Berasal drpd kejadian yg sama. Asal kejadian melalui
 persenyawaan ovum dan sperma di tiub fallopio
, kemudian menempel di serviks, dan bila sudah sampai masanya dikeluarkan ke dunia melalui vagina.
Lahirnya manusia tiada perbezaan. Lahirnya dilazimi dgn tangisan.
Namun bezanya manusia di sisi Allah ialah tahap ketaqwaan.
Bagaimana manusia itu sendiri menggunakan dirinya
Sama ada menjadi seorang yg mempromote agama Islam
atau
Menjadi seorg yg menyebabkan fitnah terhadap kesucian dan kemurnian agama Islam (Na'uzubillah)

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal)
(Surah Al-Hujurat 49:13)


Jadi, siapakah pejuang agama?
Setiap drpd kita adalah pejuang agama
Kita membawa nama Islam bersama kelakuan kita
Akhlak kita akan menjadi cermin kpd non-muslim ttg ajaran Islam
Maka marilah sama-sama kita perbaiki akhlak
Supaya dpt mempromote kesucian dan keharmonian Islam kpd non-muslim


Setiap drpd anda adalah pejuang agama
Bagi penulis, gunalah bakat menulis anda utk menulis sesuatu yg dpt menimbulkan keinsafan kpd manusia utk kembali kpd Allah
Bagi pelukis, lukislah sesuatu yg dpt mengajak manusia taat kpd perinta Allah
Bagi penulis blog, gunakanlah blog anda utk berkongsi bahan2 ilmiah yg dpt meningkatkan tahap ketaqwaa kpd Allah
Bagi penyanyi, gunalah bakat anda dgn mencipta lagu yg dpt membawa manusia kembali ke jln Allah
Bagi pelajar, gunalah pelajaran anda utk memikat hati non-muslim. Sekiranya anda mengamalkan prinsip-prinsip Islam sebenar, dan dgn izin Allah anda cemerlang dlm pelajaran, maka percayalah non-muslim sndiri akan mengaitkan dgn prinsip-prinsip Islam tersebut. Dakwah secara tidak langsung kan? :-)


Walau siapa pun kita..
Walau apa pun pekerjaan kita..
Walau apa pun kemahiran kita...
Maka setiap drpd kita berpotensi utk mnjadi pejuang agama


Teringat tagline Akhil Hayy di akhir rancangan Cubaan yg disiarkan di Astro Oasis


"JANGAN TUNGGU BILA NAK JADI USTAZ, TAPI BILA KITA NAK START"


Sekian :-)


p/s : kalau ada salah, silalah tegur dan komen. Maklum la, teman kan Budak Baru Belajar :-)

No comments:

Post a Comment