Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Tuesday, November 8, 2011

Di Sebalik Titisan Air Zam-zam

With the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful





Entri ini ditulis pada tarikh 8 November 2011 M bersamaan dgn 12 Zulhijjah 1432 H

Hari ini merupakan hari ketiga umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha.

Sejujurnya, di Malaysia khususnya, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha tidak semeriah sambutan Hari Raya Aidilfitri. Walau kita semua ketahui Hari Raya Aidiladha lebih besar maknanya drpd Hari Raya Aidilfitri. Tetapi entah di mana silapnya kemeriahan itu tidak berapa dirasai. Mungkin kerana persekitaran kita yg sudah terbiasa dgn keadaan sebegitu rupa. Mungkin kerana Hari Raya Aidilfitri akan didahului dgn puasa wajib sebulan di bukan Ramadan, jadi kita lebih berasa teruja dgn kedatangan 1 Syawal. Mungkin juga kerana sebelum menyambut kedatangan 1 Syawal kita berpeluang "berpesta ibadat" di bulan Ramadhan (kalau berpesta ibadat la).

Tapi walau apa pun alasannya, sewajarnya kita menyambut Aidiladha lebih meriah berbanding Aidilfitri.

Sekurang-kurangnya biarlah kemeriahannya hampir sama.

Apabila difikir-fikirkan, maka timbul suatu penaakulan mengapa keadaan ini berlaku. Mungkin kebanyakan kita tidak mengetahui kisah di sebalik sambutan Aidiladha ini. Kalau mengetahui pun, sekadar sedikit shj dan tidak dihayati. Maka izinkan diri yg serba jahil ini berkongsi serba sedikit tentang kisah di sebalik Aidiladha yg acap kali kita raikan setiap tahun.



Tahukah anda apakah binaan di atas ini?
Ini merupakan telaga air zam-zam, telaga yg di dalamnya terkandung air zam-zam yg merupakan air terbaik di dunia ini.
Acap kali air zam-zam menjadi dambaan kita terhadap sesiapa shj yg mengunjungi kota suci umat Islam itu.
Kita sedia maklum akan khasiat di sebalik air zam-zam. Tapi tahukah kalian ada sesuatu yg lebih besar di sebalik titisan air zam-zam itu?
Saat Nabi Ismail yg masih bayi menangis dek kehausan dan kepanasan di padang pasir di Mekkah yg ketika itu kosong bak padang jarak padang terkukur.
Saat kaki kecil Nabi Ismail menghentak-hentak permukaan padang pasir sambil menangis.
Maka dgn izin Allah terpancarlah pancutan air di tempat hentakan kaki Nabi Ismail itu. Dan sampai sekarang satu dunia masih mengecapi kelazatan dan kenikmatan air yg terpancut itu (air zam-zam)
Maka jika kita fikirkan dgn logik akal, sgt tidak logik hentakan bayi kecil bisa memancutkan air di tgh-tgh padang pasir yg panas.
Ada riwayat mengatakan malaikat yg mengcungkil padang pasir utk mengeluarkan air
Ada juga riwayat mengatakan malaikat menggunakan sayapnya utk mengorek padang pasir yg kering kontang utk keluarkan air mata air.
Sejauh mn kebenaran riwayat-riwayat ini, wallahu'alam.
Tapi di kesempatan ini, 3B ingin mengajak kita menghayati maksud di sebalik kisah yg terjadi pada keluarga Nabi ibrahim ini.
Cuba anda bygkan saat itu Mekah adalah padang pasir yg kering kontang, tiada hidupan di situ.
Lalu Allah memerintahkan Nabi Ibrahim agar meninggalkan isteri baginda, Siti Hajar dan anakanda baginda, Nabi Ismail di situ. Maka apa reaksi Nabi Ibrahim?
Baginda tidak membantah, tidak langsung bertanya akan logiknya. Tetapi terus shj menuruti perintah Allah itu.
Kalau kita la, tiba-tiba Allah menyuruh kita meninggalkan orang tersyg kita di suatu hutan, apa reaksi kita?
Paling kurang kita akan bertanya akan hikmah dan logiknya. Tetapi Nabi Ibrahim tidak memerlukan logik akal dsbnya. Cukuplah asalkan ianya perintah Allah, akan dituruti tanpa soal siasat.
Saat ketika Nabi Ibrahim tiba di Mekah bersama Siti Hajar dan Nabi Ismail, maka Nabi Ibrahim berpaling utk pergi. Maka berlarilah Siti Hajar mendapatkan Nabi Ibrahim yg berpaling lalu bertanya,

"Adakah engkau akan meninggalkan kami berdua di sini?"

Maka baginda diam tidak menjawab. Ketika baginda mulai berjalan kembali, maka bertanyalah Siti Hajar soalan yg sama. Baginda berhenti dan masih diam membisu seribu bahasa. Maka tatkala baginda ingin memulai perjalanan kembali, bertanyalah Siti Hajar,

"Adakah ini perintah Allah?"

Maka jawab baginda,

"Ya"

Maka berkatalah Siti Hajar,

"Kalau ini perintah Allah, maka aku yakin bahawa Allah tidak akan mempersia-siakannya"

(p/s : ni lebih kurang ceritanya. Mungkin tidak sama semuanya, tmbh2 bab dialog itu. Tapi ambillah pengajaran dan mesejnya)

Nampak tak? Betapa yakinnya Siti Hajar pada setiap perintah Allah. Cuba bayangkan. dihantar di tempat yg tiada org atau hidupan lain, tapi dek krn yakinnya pada perintah Allah, maka tiada kegusaran di hati Siti Hajar.

Dalam peristiwa korban, bagaimana Allah memerintahkan agar Nabi Ibrahim menyembelih anakanda tercinta, Nabi Ismail melalui mimpi. Adakah Nabi Ibrahim bertanyakan Allah tentang logiknya?
TIDAK!
Adakah Nabi Ibrahim meminta Allah menangguhkannya?
TIDAK!
Nabi Ibrahim menuruti perintah Allah itu.
Lalu dikhabarkan kpd Nabi Ismail tentang perintah Allah yg diterima baginda melalui mimpi itu.
Maka apakah reaksi Nabi Ismail?
Adakah Nabi Ismail merayu agar tidak disembelih?
TIDAK!
Adakah Nabi Ismail meminta Nabi Ibrahim berdoa kat Allah agar perintah itu tidak dilaksanakan?
TIDAK!
Apa reaksi Nabi Ismail?
Nabi Ismail berpesan kepada Nabi Ibrahim, seandainya itu perintah Allah, maka laksanakanlah..
Dan tatkala pisau hampir menyembelih leher Nabi Ismail, maka Allah menukarkan Nabi Ismail dgn seekor qibas. Maka luluslah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam ujian yg Allah beri ini.

100. Ya Rabbku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. (QS. 37:100)
101. Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar 1284. (QS. 37:101)
102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. (QS. 37:102)
103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). (QS. 37:103)
104. Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, (QS. 37:104)
105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu 1285″, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. (QS. 37:105)
106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. (QS. 37:106)
107. Dan Kami tebus anak itu dengan dengan seekor sembelihan yang besar 1286. (QS. 37:107)
108. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (QS. 37:108)
109. (yaitu)”Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim”, (QS. 37:109)


(Surah Ash Shaaffaat : ayat 100-108)

Kita bagaimana?
Cuba kalian bygkan..
Kalau Allah memerintahkan kita menyembelih org yg kita syg
Apa reaksi kita?
Contohnya Allah memerintahkan kita menyembelih ibu tersayang
Mampukah kita menjadi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail?
Menyembelih ibu yg melahirkan kita
Yang menyusui kita
Menjaga kita saat kita sakit
Sentiasa mengambil berat
Tapi tiba-tiba Allah memerintahkan kita menyembelih ibu itu
Mampukah kita kalau benar-benar itu perintah Allah?
Tepuk dada tanya iman
Dan kalau pun kita sanggup, mampukah kita melaksanakan perintah itu tanpa soal- siasat?



Astahgfirullahal'azim!
Betapa jauhnya tahap yakin kita terhadap perintah Allah.
Betapa nipisnya keyakinan kita terhadap hukum Allah.
3B mengajak kita sama-sama menghisab sejauh mana tahap yakin kita kpd perintah Allah, dan sejauh mana kita menuruti perintah Allah tanpa perlu kaji logik di sebalik perintah itu

Dalam hal aurat contohnya
Berapa ramai saudaraku yg lelaki yg meyakini betapa aurat lelaki itu dari pusat hingga ke lutut?
Berapa ramai yg tidak mengendahkannya lalu mengenakan seluar pendek yg menampakkan lutut (aurat)?
Adakah tidak yakin dgn perintah Allah?
Atau adakah memerlukan penjelasan yg logik barulah perintah itu hendak dilaksanakan?

Bagi saudaraku yg perempuan
Betapa aurat itu seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tgn
Rambut juga aurat
Tetapi berapa ramai yg tidak mengenakan tudung lalu membiarkan rambut mereka dilihat oleh yg bukan mahram?
Atau pun sekadar di luar bertudung tetapi di facebook meletakkan gmbr tidak bertudung?
Apakah mereka tidak yakin dgn perintah Allah utk melindungi aurat mereka termasuk menutup rambut dgn memakai tudung?
Atau adakah mereka juga memerlukan penjelasan logik barulah hendak dilaksanakn perintah itu?

Alangkah malunya kita dgn tahap keyakinan kita dgn perintah Allah.
Sedangkan seorang hamba Allah yg taat akan menuruti perintah Allah tanpa perlu tahu pun logik atau hikmah di sebalik perintah itu.
Kerana seorang hamba Allah yg taat sentiasa yakin bahawa setiap perintah yg Allah turunkan pasti ada kebaikan dan pasti keburukan menimpa jika ia tidak dilaksanakan

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan begitu juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan para malaikatNya dan kitab-kitabNya dan para rasulNya. (Mereka berkata); "Kami tidak membezakan antara seorang rasul dengan yang lain dari kalangan para rasulNya". Mereka berkata lagi; “Kami dengar dan kami taat, (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa); "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (engkar).” 


(Al-Baqarah: 285-286)


Akhir kata, 3B ingin mengajak diri 3B sendiri, bersama-sama sahabat-sahabat semua, marilah kita perbanyakkan istighfar dan menghisab diri, sejauh mana keyakina kita terhadap perintah Allah selama in. Dan marilah kita bersama-sama mengislahkan diri dan menjadi hamba Allah yg sentiasa menuruti perintah Allah tanpa banyak soal.


"Kami Dengar dan Kami Taat"


Yang berkongsi pendapat,






p/s : saya Budak Baru Belajar, kalau salah tolong egur-tegurkan. Sekadar perkongsian dari seseorang yg jahil ttg hal-hal agama :-)

4 comments:

  1. salam aidiladha,
    sekadar untuk berkongsi,alhamdulillah di kelantan, sambutan aidiladha memang meriah. alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghayati erti pengorbanan walaupun secebis cuma. insya'allah, niat untuk ibadat korban borkobar-kobar, buat mase nie, x de rezki lagi nak buat. xde kemampuan, sbb x keje lagi.doakan niat tuk melakukan ibadat ini istiqamah, insya'allah.amin.

    ReplyDelete
  2. miss A

    Insya-Allah. Sama-sama panjatkan doa :-)

    ReplyDelete
  3. :)
    peringatan yg baik..
    terima kasih..
    semoga saya sendiri sentiasa ada keinginan untuk terus menimba ilmu bermanfaat.
    doakan saya ! >.<

    da lama tak minum ayaqq zam-zam :(

    ReplyDelete
  4. terima kasih kena dibalas dgn sama-sama.
    so sama-sama.

    xdpt minum ayaqq zam-zam,kita minum susu kambing.berkhasiat dan diamalkan oleh nabi tercinta :-)

    ReplyDelete