Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Thursday, January 19, 2012

Kuasailah Cinta, Jangan Cinta Kuasai Kita

Cinta dan remaja memang tidak bisa dipisahkan. Cinta adalah lumrah bagi setiap manusia, tambahan lagi pada golongan muda yg saat ini perasaan cinta bergolak dan membuak-buak.
Bak kata Search dalam bait-bait lirik lagu Fantasia Bulan Madu
.............................................................................................................................................................

Andai dipisah,
Laut dan pantai,
Musnahlah ilham, 
Hilang pedoman
Andai dipisah, 
Cahaya dan bulan,
Gelap gelita,  
Musnah asmara

...............................................................................................................................................

Pergh!!! Jiwang beb!!!

Tangkap leleh beb!!!

Kalau surf mana-mana website ke apa ke, memang of coz topik berkaitan cinta ni menjadi antara topik yg mendapat rating tertinggi.
Tak kira la siapa pun reader tu. Pak lebai ke, ustazah ke, mat rock ke, selagi mana bergelar remaja, maka topik ni sentiasa berlegar dalam benak hati mereka.
Setiap remaja dan org2 muda akan terfikir (or maybe selalu fikir) tentang cinta.
Setuju tak? Kalau setuju, sila angkat tangan. Kalau tak setuju, sila buat-buat setuju. ;-)
Yang membezakan antara kita adalah bagaimana kita "tackle" perasaan itu.




Kalau dilayan dengan cara yg betul, maka Insya-Allah cinta tersebut akan dijaga dan diluahkan hanya pada yg halal semata-mata. Maka sekiranya cara ini berjaya kita aplikasikan, Insya-Allah kita akan mendapat cinta yg sgt nikmat,iaitu cinta pada yg halal semata-mata, cinta yang dipenuhi dgn berkat dan redha Allah SWT.  
Bayangkan, apabila Allah wujudkan perasaan cinta dan syg pada seseorang, lalu kita pendam kerana takut dibuai dgn sesuatu yg bisa melalaikan dan mungkin menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan, dan tiba2 Allah mentakdirkan insan yang kita memendam perasaa itu merupakan jodoh kita. Kemudian diluahkan pada masa yg sesuai, tatkala semuanya sudah bersedia, dan diluahkan kepada walinya dgn mksd utk memperisterikannya. Lalu berlakulah pernikahan. Maka menangislah syaitan apabila dua anak Adam disatukan melalui ikatan pernikahan yg sah, lantaran tertutupnya pintu utk menjerumuskan kedua anak Adam itu ke lembah maksiat. Lalu bayangkan dua insan yg sangat menjaga batas-batas pergaulan (tidak bercouple sebelum akad nikah), maka kini menjadi halal antara satu sama lain. Lalu berdatinglah mereka, berpegangan tangan, ke taman-taman bunga, berjalan-jalan, saling suap menyuap, saling bergayut disulami kata-kata cinta yg puitis. Alangkah bahagianya, bukan sahaja dikurniakan kebahagiaan dalam percintaan selepas pernikahan, bahkan ianya diredhai Allah. Kan seronok begitu. Nikmat!! Nikmat!!!  




Berbeza pula sekiranya perasaan cinta dilayan dengan cara yang tidak patut, maka hasilnya wujudlah istilah pasangan Romeo & Juliet yg romantik di mata manusia (di mata Allah, wallahu'alam). Pasangan yg akan menyebabkan masyarakat sekeliling menuturkan kata "so sweet" apabila kelibat mereka kelihatan. Saat saling berpegangan tangan di taman-taman bunga, saat itu syaitan bertepuk tangan, dan khuatir saat itu malaikat mengeji dan mencerca mereka. Apabila keduanya saling rindui merindui, cinta mencintai, saling bergayut menuturkan kata-kata indah yg puitis. Ada yg bisa bertahan lalu dilanjutkan sehingga ke gerbang pernikahan. Tetapi yakinkah bahawa keindahan yg dinikmati sebelum akad nikah akan terus dinikmati berterusan selepas menjadi halal antara satu sama lain? Dan andainya kebahagiaan itu bisa dinikmati, adakah ianya semanis kurma (bak kata Ustazah Bahyah, hehehe) ??? Khuatir jika semua kemanisan percintaan sudah dinikmati sebelum akad nikah, maka kemungkinan akan tawarlah cinta selepas pernikahan. Andai semua kata-kata manis, ayat-ayat cinta sudah diluahkan kepada pasangan sebelum akad nika, maka apa lagi yg tersisa utk diluahkan selepas pernikahan.
Itu bagi yg ditakdirkan bersatu menerusi ikatan pernikahan. Tetapi bagaimana pula andai terputus di yengah jalan? Dan lebih memburukkan keadaan jika kelibat di waktu percintaan saling tidak tumpah seperti sudah bergelar pasangan yg halal. Tidakkah kasihan pada bakal suami/isteri kita nanti apabila tangan kita sudah dipegang oleh yg tidak halal bagi kita, apabila kata-kata dan bicara puitis kita sudah pun didengar dan dihafal oleh org lain terdahulu? Lalu apa yg tinggal utk suami/isteri kita nanti? Lalu apa yg istimewanya kita pada suami/isteri kita nanti??? Na'uzubillah.





Bak kata Ustaz Azhar Idrus, tidak akan masuk neraka bagi pasangan lelaki dan perempuan yg bukan muhrim yg berdua-duaan jauh dari khalayak umum tetapi langsung tidak menyentuh satu sama lain, dlm erti kata tidak melakukan kemaksiatan. Tetapi jika Allah benarkan lelaki dan perempuan berkeadaan begitu, maka bertambah-tambah la maksiat yg berlaku. Lalu Allah melarang lelaki dan perempuan berdua-duaan, kerana Dia tahu serba-serbi tentang kita, Dia tahu kelemahan kita. Mungkin saat ini iman kita setebal tembok besar China, tapi kita tidak tahu mungkin esok iman kita senipis kulit bawang.


.................................................................................................................................................................


“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3006)

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)


sumber : http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/12/141-hukum-seorang-lelaki-dan-seorang.html
............................................................................................................




Sejujurnya, memang saya juga pernah terjerumus dalam hal itu. Tetapi itu perkara yg lepas. Kita tidak mampu mengubah perkara yg lepas, kita hanya mampu mengubah apa yg mendatang. Biarlah itu kali terakhir sy jatuh, dan semoga saya tidak akan jatuh lagi selepas ini. Jgn disesali perkara yg lepas hingga terlupa perkara yg mendatang.



”Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
(sumber : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=206)


Di kesempatan ini, saya ingin menyeru diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua, marilah kita berusaha utk menjaga kesucian cinta kita. Sekiranya kita sudah terjerumus atau pernah terjerumus, maka mari sama-sama kita muhasabah. Kita tidak mampu mengubah apa yg telah lepas, kita hanya mampu mengubah perkara mendatang. Maka mari sama-sama kita berusaha meningkatkan amal, semoga dgn cara ini Allah akan memberi kekuatan utk kita menjaga kesucian cinta kita agar kita bisa memberikan hak eklusif cinta kita semata-mata pada yg halal utk kita. Insya-Allah, Amin Ya Rabbal 'Alamin :-)  

Yang Benar,


p/s : Saya Budak Baru Belajar, tolonglah jgn segan silu menegur saya secara berhikmah jika terdapat apa-apa dalam entri di atas yg salah. Teguran anda sangat sangat sangat saya hargai. Jazakallah hu khairan khathira :-)

No comments:

Post a Comment