Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Monday, September 27, 2010

Moh Jadi Seorang Yang Pemalu / Penyegan

Salam aidilfitri kpd semua yg sedang membaca entri ni. Ni hao ma? Masih lagi sihat? Moga-moga sihat walafiat hendaknya. Ha,ni dh masuk hari keberapa bulan Syawal? Cuba check diari anda, dh berapa open house anda serbu. Teman ni satu habuk pun x pergi open house lg. Mgkin rumah2 tu x terbuka utk teman kot (nada sedih). Ecece, ngada2 plak kan nak touching2. Hehe, sekadar merapu je. Tapi kan, agak2 sahabat2 semua la kan, dlm kesibukan menghadiri open house, puasa 6 kita agak2nya mcm mn ek? Dh complete ke? Pe barang bro, puasa 30 hari ley perform, puasa 6 yg seciput tu xley nk perform. Malu ar bro. Bukan malu dgn awek, bukan malu dgn member, tapi malu dgn Pencipta (aduhhh, tetibe teman rasa macam terkena batang hidung sendiri). Mengata dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih (peribahasa khas utk diri teman sendiri). Teman pun x perform lg puasa 6. Doa-doa la semoga Allah beri kekuatan utk teman perform puasa 6, dan juga doa-doakan la juga agar sahabat2 pun diberikan kekuatan utk perform puasa 6 gak. Amin !!!


Eh eh eh, cop, nie ape ke hal nyer yob, tajuk entri “Moh jadi seorang yang pemalu / penyegan”, tapi udah merapu ntah apa2. Hehe. Budak Baru Belajar ni x belajar2 lagi utk hilangkan kerapuannya kan. Hehe. Sori ar shbt2, teman ni suka merapu sblm msk main point. Bkn pe, merapu utk saling mengingatkan sesame kita. Teman xnk ar jd salah seorg drpd golongan yg berada dlm kerugian (rujuk Surah Al-Asr), yg tidak berpesan2 kpd kebenaran dan kesabaran. Begitu gak shbt2 semua. (tetibe je jd mcm ustaz an.hehe)

“Tak perlu ucapkan sepatah kata”
“Kerna lantang terbaca dari muka”
“Kau dan aku sudah tiada”
“Keserasian di jiwa”
“Mungkin magisnya sudah hilang”

Ha, siapa tahu tu bait2 lagu siapa? Siapa nak jawab sila angkat kaki.
Eh, bukan Ahmad Jais yg nyanyi la.
Justin Timberlake? Aikk, loyar buruk nmpk. :-p Buang tebiat apa Justin Timberlake nyanyi lagu ni. Beliau pun mcm la tau nyanyi lagu Melayu.
Mirwana? Ish3, salah lagi. Kalo Mirwana yg nyanyi, mmg mantap la. Maklum la, Mirwana kalo bab2 suara harmoni ni mmg teman susupek la (suspek=respek)
Teeeeet, masa dah tamat. Jawapannya ialah Shahir AF8. Kenal x? La, x kenal. Cmne teman ley kenal tapi shbt2 x kenal? (kantoi la plak yg teman ni dgr lagu Shahir. Hehe). Beliau ni org senegeri dgn teman, sebaya dgn teman, sejantina dgn teman (tetibe plak merapu terlebih2, walaupun mcm xde kaitan je statement teman nie. :-D)
Ok2. Kembali ke jalan yg benar. Agak2 kenapa tetibe je, xde angin, xde ribut, teman story pasal beliau? Bukan sebab teman ada bau-bau bacang dgn dia (walaupun senegeri dgn dia). Ada la sbbnya. Nak tau, bersambung ke next entry. (Hehe, gurau jer)
Kadang2 teman fikir gak, kenapa la awek2 kt luar tergile2 kt dia. Nak kata hensem, hensem la gak. Tapi teman pun hensem gak (wah, terperasan di situ. Gitu taw. Hehe,xde la, gurau jer).
Bila teman fikir punya fikir punya fikir (brp bnyk fikir daa), teman dapati ada beberapa x-factor yg myebabkan dia diminati. X lain x bukan ialah sbb sifat2 dia (ecece, bangga ar tu Shahir kna puji. Tapi Shahir x bc pun blog nie. Fan2 dia yg bc jer yg ttbe kembang kempis semacam.hehe). Dan salah satu sifatnya adalah pemalu/penyegan.
Buat pembaca2 perempuan, antara lelaki pemalu dgn lelaki x pemalu (mksdnya jenis slumber  badak jer nk kenal2 dgn perempuan ajnabi la), yg mn pilihan anda? Ha, sila jwb dgn meninggalkan komen di bawah. (hehe, gedik je nk suruh org tngglkan komen an). Dengan penuh yakinnya teman akan ckp most of you will prefer the shy man. Seorg lelaki pemalu / penyegan nmpk ala2 gentleman gitu, ala2 lelaki melayu terakhir. Gitu taw. Ye la, nk sembang dgn perempuan pun cover2 gitu. Bkn cover macho tp cover drpd ckp dlm style yg nmpk mcm agak kasar (kasar mksdnya bkn sampai tahap mencarut).
Teman sempat singgah di http://www.saifulbahri.net/index.php/Syarah-Hadith/Hadith-4020-Sifat-Malu.html  dan baca sedikit penjelasan tentang malu nie. Ada satu hadith yg teman sertakan di sini yg berkisar ttg sifat malu.
 Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah Ibn 'Amru al-Badrie r.a. beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda : Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah : Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(HR al-Imam al-Bukhari)







Pokok Perbincangan Hadith
Malu merupakan akhlak para nabi Allah dan malaikat (warisan para nabi)
Makna suruhan dalam hadith :
-suruhan sebagai tahdid (kecaman)-dibayangkan balasan dunia @ akhirat
-suruhan terhadap perkara yag harus - pilihan (buat/tak buat)
-suruhan sebagai pilihan - sifat malu sebagai bentengnya (dalam perkara maksiat)
Malu terbahagi kepada dua iaitu :
yang boleh diusahakan - mengenal Allah-merasai muraqabah Allah
yang tak boleh diusahakan - fitrah yg diberikan allah kpd sesiapa yg dikehendaki (kebaikan)
Malu yg dicela ialah malu yg tidak menepati syarak iaitu malu bertanya ttg agama / beribadat dalam keadaan jahil

Shbt2 yg mulia, malu merupakan salah satu sifat utama seorg mukmin krn ia adalah sebahagian drpd iman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. Ia menjadi perisai drpd melakukan perkara jahat.

Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dgn sifat malu la kita mampu membendung nafsu dan mendorongnya ke arah kemuliaan.

Malu sejati ialah malu yg didorong oleh perasaan iman kpd Allah.
Malu melakukan kebaikan adalah malu yg tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kpd allah atau malu bertanya yg tidak diketahui.






Actually, ada lagi hadith ttg sifat malu nie. Tapi utk entri nie teman bagi yg ni la ek. Jadi apa pendapat shbt2 ttg sifat malu? Pada pendapat teman yg xbrp byk ilmu agama nie, teman rasa malu adalah sifat yg wajib kita miliki. Kalo x,xknlah nabi yg kita syg dan kita rindu akan bersabda rope tu.idak gitu yob / yong... Sampaikan malu tu ley dianggap sebahagian drpd iman (kalo x silap la, kalo silap tlg betulkan). Malu tu merupakan perisai bg kita drpd melakukan kemaksiatan. Seorg perempuan yg pemalu xkan sesuka-suki jer bergurau senda dgn lelaki yg bukan mahramnya. (mksdnya gurau senda yg sampaikan gelak berdekah-dekah). Seorg perempuan yg pemalu xkan sesuka-suki jer menunjukkan auratnya pada lelaki bkn mahramnya. (Perlu diingat bahawa aurat bukanlah sekadar menutup kulit, tetapi menyembunyikan bentuk tubuh badan. Bertudung tetapi tidak menutup keseluruhan dada sehingga menampakkan bentuk buah dada adalah jatuh dalam kategori tidak menutup aurat). 

Begitu juga sama dgn lelaki. Sebagai contohnya, seorang lelaki pemalu apabila hendak berbicara dgn seorg perempuan bukan mahramnya tidak akan terus menerus pandan muka perempuan tersebut kerana wujudnya perasaan malu dlm dirinya dan juga wujud kerisauan dlm hatinya yg dia mugkin terpesona dgn kecantikan perempuan tersebut andainya dia berterusan berbicara dgn perempuan tersebut dgn melihat wajahnya.  Seseorg umat Muhammad yg pemalu dgn Allah xkan sesuka- suki je berbuat maksiat / mungkar kerana dlm dirinya wujud perasaan malu dgn Allah. Ye la, Allah dh bg mcm2 nikmat, malu la dia nk gunakan nikmat itu utk sesuatu perkara yg mendatangkan kemurkaan Allah.
Jadi teman nak tanya kat sahabat2 yg mulia, jelas tak betapa berharganya sifat pemalu ni kpd umat Islam. Kalo kita tidak memiliki sifat pemalu ini, dah tentu pelbagai maksiat kita akan lakukan. Dan kpd muslimat2 yg teman kasihi, buang la mind setting anda yg menganggap lelaki yg pemalu ni x cool la, x gentleman la, kekampungan la. Sesungguhnya ketahuilah di sebalik sifat malu dia tu, tersirat keimanan kpd Pencipta yang menebal. Begitu juga kpd muslimin. Jgnlah ada mind setting yg menganggap seseorg perempuan itu moden dan up-to-date (konon2nya) bila dia x malu2 berhias utk lelaki yg bkn mahramnya. J
Ish, byk gak yg teman merapu pada entri kali ni. Maaf la, teman nie kdg2 bila merapu nie, py sket nk berhenti. Hehe. Kena byk belajar lagi nampaknya.
p/s : mcm biasa la. Kalo shbt2 kesan sebarang hal dlm entri ni yg shbt2 rs info / input nya salah, maka jgn malu jgn segan tegur2 la teman secara berhikmah. Maklumla, teman nie kan Budak Baru Belajar J




8 comments:

  1. Buat pembaca2 perempuan, antara lelaki pemalu dgn lelaki x pemalu? pemalu la yob..
    buat pembaca2 lelaki, antara perempuan pemalu dgn perempuan x pemalu??yg mana 1..heheh

    ReplyDelete
  2. wawawa, sudah mengemukakan pendapat cik iNsan nie. bagus2, cari lah lelaki pemalu, pemalu dlm hal2 yg sepatutnya ttp x malu utk menegakkan hukum dan syariat Allah. dan ketahuilah sesungguhnya tidak ada satu org yg lebih pemalu drpd junjungan yg kita semua sayangi iaitu Nabi Muhammad SAW.
    jom sama2 belajar menjadi muslimin/muslimat yg pemalu utk melakukan maksiat. :-)

    ReplyDelete
  3. haha sekali skala pe salah nyer...:B
    ya 100x stju dgn pnyataan diatas, tdk ada satu org yg lbih pemalu dr Nabi Muhammad, jd sama2 la kte mjadi ummat terbaik..insyaAllah..kerna malu e2 separuh dr iman...wallahualamm..:)

    ReplyDelete
  4. ecece, suka-suki jer nk setuju2 dgn prnyataan teman. :-p
    hehe, gurau jer.btol3 (bc dgn nada upin dan ipin)
    semuanya btol blaka :-)

    ReplyDelete
  5. sapa farehah zakaria? kalo miss pasolagitido kenal la.haha.suka-suki jer nk like,byr ar.penat tau mengarang ayat.hehe.
    gurau jer.sama2 ar kita malu supaya ia mnjadi perisai diri drpd maksiat. tapi awas, jgn smpi kia memalukan diri sendiri di hdpn Allah krn kita tidak malu melakukan maksiat di dunia. (ha,ttbe je jd mcm ustaz plak.haha)
    Wallahu'alam :-)

    ReplyDelete
  6. Nabiha mahfuzah like this..gitu taww

    ReplyDelete
  7. gitu taww...pinjam ayat keramat tu utk entri di atas.semoga x kena byr komisen.hehe.semoga kita dpt jd insan yg pemalu seperti mksd dlm entri di atas.Amin!!!!

    ReplyDelete