Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Apa kabo yob dan yong semua? Ada baik? Semoga sihat badan dan sihat iman hendaknya. Ha, Syawal dah berlalu, Zulkaedah dah menjengah. Mcm mana, tarbiah Ramadhan selama sebulan? Adakah ianya dpt diintepretasikan dalam bulan Syawal dan bulan2 seterusnya? Ha, sama2 lah kita berusaha.
Al-kisahnya, pada suatu hari, Ahmad Albab dan Ahmad Albi berjalan-jalan di sekitar Puncak Alam. Hasrat di hati nurani mereka ingin menghadiri rumah terbuka sahabat mereka. Jalan punya jalan, disebabkan kepenatan yang mengancam nurani, maka mereka bermusyawarah untuk menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL. Maka, decision telah dibuat, mereka pun tunggu la di bahu jalan dgn muka penuh semangat. Dalam mereka menunggu tu, tiba-tiba Ahmad Albab pun terasa agak kehausan yg tidak berapa melampau. Maka berkata la beliau kepada Ahmad Albi, “Bro, gua nak gi Petronas jap, nak beli 100 plus. Lu nak kirim apa-apa x?”. “Lu kirim salam je la kat akak cashier tu. Cakap kt dia, jejaka paling hensem kat Puncak Alam kirim salam,” kata Ahmad Albi dgn muka yg menunjukkan ciri-ciri perasan yang melampau-lampau. Maka berjalanlah Ahmad Albab menyusuri bahu jalan menuju ke Petronas. Sedang baik punya jalan, tiba-tiba beliau ditolak ke tepi oleh seseorang. Maka terkejut beruk la beliau. Apabila beliau menoleh, maka ternampak kelibat Ahmad Albi. “Pe ni bro, kau jalan ke tengah sgt. Nasib baik gua tolak lu, kalau tak, tak pasal-pasal gua kena tempah batu nisan lu ,” kata Ahmad Albi dgn muka konon-kononnya seorg penyelamat dunia. Fullstop.
Ha, agak-agak anda semua la, apa yg teman nak story pasal story yg dh teman story di atas? (brapa byk story daa)
Teman bukan nak story pasal nama Ahmad Albab dan Ahmad Albi tu. Tu teman saja je letak gitu. Nak bagi mike semua pening. Pening x? Kalo x pening, buat-buat la pening ek. Hehe. Apa yg teman nak sentuh di sini adalah mengenai apa yg dilafazkan oleh Ahmad Albi tu
“Nasib baik gua tolak lu, kalau tak, tak pasal-pasal gua kena tempah batu nisan lu”
Ha, ungkapan seperti nie sbnrnya bukan beliau saja yg ungkapkan. Tak terkecuali anda semua. Walaupun kadang-kadang kita ungkapkan dalam nada bergurau. Betul tak? Ha jgn ngelat, jgn x ngaku. Karang teman bagi seliang, baru mike semua tau. (phm x apa itu ‘seliang’? kalo x phm, sila buka kamus loghat Perak ek. Hehe)
Sblm teman bgtau apa yg teman nk sampaikan, teman nak story lagi satu cerita dulu kat anda semua. Baru-baru nie pada tarikh 10.10.2010 Masihi, teman ada terima sms seperti ini :
“Today is 10-10-10, wish you 10 wishes :
1. LOVE J
2. SMILE J
3. HEALTHY J
4. WEALTHY J
5. SUCCESSFUL J
6. BEAUTY J
7. LUCKY J
8. DREAMLY J
9. LOVELY J
10. HAPPILY J
“Please forward this sms to 10 people. In 10 minutes after reading this sms, you will get these wishes! Please hurry up.”.
Ni namanya mesej berantai. Mmg selalunya kita akan dapat msj sebegini. Bila dapat, maka tanpa segan silu kita pun terus meng”forwadkan” msj ni kt shbt2 kita. Apa yg teman nak sentuh mengenai mesej-mesej sebegini, selalunya kat penghujung mesej ni akan ada pernyataan yang menyatakan yang kita perlu forward ke beberapa orang dalam masa2 tertentu. Bila forward, kebaikan dan keuntungan akan datang kepada kita. Sekiranya kita buat bodoh dan tak forward, maka silap haribulan kita akan dapat keburukan. Dalam mesej nie saya nak highlight kan pernyataan terakhir :
“Please forward this sms to 10 people. In 10 minutes after reading this sms, you will get these wishes! Please hurry up.”.
Jadi apa yang teman nak bgtau kat anda semua nie? Asyik bercerita je drpd tadi. Nak masuk pertandingan story telling ke Budak Baru Belajar nie. Hehe. Sori sahabat2, mgkn masa teman kecik2 dulu tak sempat nak tunjukkan bakat bercerita yg terpendam (ecece, terpendam la sangat. Poyo je. Hehe.)
Sahabat-sahabat tau tak apa itu khurafat? Merujuk kepada http://baheis.islam.gov.my, pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif tersebut, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka-reka dan bersifat karut dan dusta. Di antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah :
a). Mudah mempercayai benda-benda tahyul
b). Kecetekan ilmu agama
c). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda
a). Mudah mempercayai benda-benda tahyul
b). Kecetekan ilmu agama
c). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda
Sebagai umat Islam, maka kita wajib menolak seratus peratus perkara-perkara khurafat ini. Kita wajib mendalami ilmu agama untuk menolak unsur-unsur khurafat yang sesat.
Ada satu mafhum hadis nabi S.A.W yang bermaksud :
" Aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan sunnahku"
" Aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan sunnahku"
Jadi, sahabat-sahabat dapat lihat bahawa sbnrnya kehidupan kita byk dipengaruhi unsur-unsur khurafat. Jadi teman nak nasihatkan diri teman dan sahabat2, sama2 la kita berusaha membuang unsur-unsur khurafat daripada hidup kita. Tanamkan dalam hati, hanya Allah sahaja yg berkuasa terhadap sesuatu, makhluk tidak ada kuasa. Sekian, renung2kan dan selamat beramal.
p/s : mcm biasa, kot-kot ada kesalahan dlm entri ni, silalah tegur teman secara berhikmah. Maklumlah, teman ni Budak Baru belajar J



hohohoho....sy pening!usus sy pun pning skali....kui3...
ReplyDeletetime kasih atas ilmu yang komesher kan pada kali ini...heee....farehah zakaria like dis!
like like juga, apa yg baik amalkan la.yg x baik, sila ajar budak baru belajar nie.hehe
ReplyDeleteorait2..same2 di ajar n mengaajar...hohohoho~
ReplyDeletehaah skrg ni bnyk mesej berantai...kasi rantai je org tu..haha
ReplyDeletemiss pasola : :-)
ReplyDeleteMohd Hanif : agak bagus cdgn tu. tapi lagi bagus kita rantai unsur2 khurafat tu, baru la bahagia dunia akhirat.... :-)
ReplyDeletebtl2,,sy salu gak dpt msg berantai nih,,sib bek wt bodo,,wt xtau jerk..hehehe..anyway,,thanks..=)
ReplyDeleteen pinkroserossa,eh silap, cik pinkroserossa, bgs2 krn mgabaikan mesej2 sebegitu.sometime niat baik, tapi cara myb x brp betul.apa2 pun, jom kita sama2 belajar :-)
ReplyDelete