Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Tuesday, September 7, 2010

"Siapa nak tempah batu nisan untuk diri sendiri?"





Assalamu'alaikum sahabat-sahabat yg teman rindui dan sayangi. Apa khabar? Masih lagi bersemangat utk berpuasa? Insya-Allah semua boleh selesaikan puasa ek. Apa-apa pun, syukran jazilan kerana anda yg saya sayangi dan rindui masih sudi melapangkan beberapa persen drpd masa yg Allah bagi kt anda utk membaca apa yg saya mengarut kt blog nie. Tapi knp ada cebisan cili kt bibir tu ek? haa, kantoi. Haha. Takpa2, tu maybe sahur tadi punya kot. Anda kan umat Muhammad yang kuat, yg cintakan ibadah puasa, mana mungkin senang2 jer ponteng. Chaiyok2!! Hehe.




Erm, selalu kalo g bazar ramadhan, apa yg anda beli? (mestilah juadah berbuka, xkan la gi bazar bawa blk mercedes mata belalang kot.hehe). Murtabak le, ayam percik la, ayam Uncle Bob la (promote tu. Uncle Bob, sila byr komisen.hehe), laksa penang dan sebagainya. Tapi agak2 pernah ke gi bazar tiba2 dgr org dok jerit :

"Mai beli mai beli. Batu nisan, murah2. Mai beli mai beli, beli utk diri sendiri"

mak aihh, mahunya terkeluar usus kalo dengar gitu kan. Buang tebiat plak. xpasal2 minah2 yg pakai seksi-meksi kt c2 terus pakai jubah, menangis dan insaf. (kalo btol2 trjadi,bgs.hehe)

mesti anda pelik dan agak terkesima (btol ke penggunaannya? :-) ). ye la, tetibe je teman menulis tentang batu nisan. Guna nickname pun Pembekal Batu Nisan.
Kalo boleh, teman nk jd pembekal batu nisan yg dh tertulis kt batu nisan tu tarikh skali. Bkn pe, sng kalo tau tarikh, terus buat persiapan. Tp Allah x bgtau tarikhnya, knp? Fikir la sndiri, asyik nk teman bgtau jer. Ish3.hehe.

Teman nk tanya nie, anda takut mati x?
Kalo tetiba anda tau esok anda akan mati, apa reaksi anda?
Menangis?
Takut?
jadi sahabat tikar sejadah dan biji tasbih?
Atau menghabiskan sisa-sisa masa yg tggl dgn enjoy?

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Al-Munaafiquun: 11)

Kalo sahabat2 nk tau, sahabat-sahabat nabi jenis yg cintakan kematian terutama bila hendak pergi berperang,
Aikk, mcm mana rope gayenye itu..
Meningati mati itu menambahkan taqwa dan amal kita.
Aikk, ni pun agak pelik. Cmno tu, cubo Encik Pembekal Batu Nisan explain sket.

Teman nk tnya. Kenapa kita takut dgn kematian ek? Padahal kematian adalah sesuatu yg pasti yg merupakan qada' dan qadar yg telah Allah tetapkan sejak azali dan tidak boleh diubah masanya.

Teman bagi perumpamaan. Katakan kita ada exam esok, Pastu kita mmg dh study giler2, apa perasaan kita utk menghadapi hari esok? Mybe ada sedikit nervous. Tapi kita x berasa takut. Knp? sebab kita dh bersedia.
Lain ceritanya kalo kita x bersedia. Maka kita akan merasa cuak yg teramat sgt smpi nk terkeluar usus (hehe,main2 je).

Begitu juga dgn kematian. Kita berasa takut kerana kita sendiri tahu yg kita tak bersedia utk menghadapinya. Persediaan yg dimaksudkan adalah mengenai amal ibadat, bukannya wasiat atau pembahagian harta pusaka. Kalo kita rasa kita dh bersedia, maka pada teman kita tidak akan berasa takut malah akan bergembira kerana saat2 Allah nk balas amal ibadat kita kian menghampiri.

Jadi, sebelum teman menghabiskan coretan ini, teman ingin mengajak diri teman sendiri dan sahabat2 semua agar sama2 kita muhasabah dan hisab diri kita tentang sejauh mana kita bersedia utk menghadapi kematian. Adakah kita hendak menunggu dah abes degree/diploma, dh khwn, dh puas enjoy, dah tua bangka baru nak terhegeh2 cari tikar sejadah, terhegeh2 nk baca quran. Takkan nk tunggu saat di mana kaki dh mula kebas, mata dh kian rabun baru la nk terkial2 cari jalan ke masjid/surau. Masa tu nk jalan pun dh tak larat. Yg muslimat, xkan nk tunggu uban dh bermaharajalela baru nk pakai tudung atau baru nk longgar2kan pakaian dan labuhkan tudung kot. Bukan apa. takut kita menunggu kedatangan saat itu, tapi Allah menjemput kita terlebih dahulu. Nanti tergagap2 nk jawab depan Allah. Sape susah? Ha, bukan mereka dan keluarga mereka. Ekau jwb la sndiri. Sendiri "berlagak" dgn Allah masa hidup.



Ok2. Sudah byk teman merapu. Teman pun mahu mati sementara (tidur). Waktu ni dh hmpir kul 2 pagi. Nanti x trbgn sahur plak.
Ok2, renung2kan dan selamat beramal.

p/s : kalo ada salah, sila betulkan. Maklum la, teman kan Budak Baru Belajar :-)

4 comments:

  1. alhamdulillah....bgus2...sgt berguna kerapuan anda dlm menc0nteng post kali ni...tq...

    tp kan,lawak r!!geli usus2 ni...=p

    ReplyDelete
  2. sy cuma merapu shj. Nk jual batu nisan, ramai xnk beli. Semua xnk fikir pasal mati, fikir nk enjoy je. So trpksa ar merapu. :-)

    Jadi, jaga la amal anda supaya depan Allah nanti tak terkeluar usus utk menjawab soalan2 Dia. :-)

    apa yg pntg, belajarlah anda sebelum anda menjadi kurang ajar :-)

    ReplyDelete
  3. bgos2..byk kn lg entri y mgingatkan kmatian..i like..hehe..
    tp klu ade crite azab kubo,nerake n nikmat syurge ok gak..tp xya ltak pic takot2 r..haha

    ReplyDelete
  4. akhi muaz, syukran jazilan. Insya-Allah ada rezeki ada la. ye la, berdasarkan ilmu yg x seberapa nie, kna byk belajar lg sblm nk ajar org lain. Budak baru belajar la katakan. :-)

    ReplyDelete