Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Saturday, August 28, 2010

Kekeliruan Dalam Menjalani Ibadat Puasa

Ustaz Irwan, 14 Ramadhan 1431 H / 23 Ogos 2010 M, Surau Al-Furqan, Fasa 2, Puncak Alam

Salam. Wah, terlalu lama teman postpone utk post entri. Nie adalah antara intipati drpd tazkirah yg teman dgr ms 14 Ramadhan 1431 H / 23 Ogos 2010 M. Nk fikir ayat bunga2, asyik buntu jer. Last2 teman post je la apa yg terdaya. Semoga ada manfaat. Insya-Allah :-)



4 air yang keluar daripada kemaluan lelaki :
1.       Air kencing
2.       Air mazi – air yg keluar apabila lelaki itu terangsang
3.       Air mani
4.       Air wadi – air yg keluar apabila lelaki itu tertidur dalam keadaan penat yg teramat

Ada pun air kencing, air mazi dan air wadi yg keluar drpd kemaluan lelaki sama ada secara sebgaja atau tidak sengaja adalah tidak membatalkan puasa.
Bagi kes air mani, sekiranya keluar secara tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa. Tetapi sekiranya air mani keluar secara sengaja, maka ulama’ mengkategorikan kepada 2 hukum iaitu membatalkan puasa dan tidak membatalkan puasa. Ini bergantung kepada bagaimana ianya dikeluarkan. Di sini teman berikan beberapa keadaan di mana keluarnya air mani secara sengaja tetapi tidak membatalkan puasa :
        I.            Seseorang lelaki itu berasa gatal di bahagian kemaluan. Dengan itu dia menggaru kemaluannya. Perbuatan menggaru kemaluan itu menyebabkan terkeluarnya air mani. Maka dalam keadaan ini, puasanya tidak terbatal. Ini kerana walau pun dia sengaja mengeluarkan air maninya, tetapi dia tidak berniat untuk mengeluarkannya.
      II.            Seseorang suami itu berpelukan dgn isterinya di siang hari dan keluar air maninya, maka tidak batal puasanya dengan syarat air maninya keluar sebelum kemalauannya “menegak”.
Ini sahaja contoh2 yg dpt teman berikan. Selebihnya saudara saudari boleh rujuk kepada ustaz/ustazah yg lebih arif.



10 perkara yg keluar drpd kemaluan perempuan :
1.       Air kencing
2.       Air mazi
3.       Air mani
4.       Air wadi
5.       Nifas
6.       Wiladah
7.       Istiadhah
8.       Keputihan
9.       Darah adat – darah biasa yg keluar drpd kemaluan perempuan yg bukan disebabkan haid, nifas atau mana2 darah di atas, dan biasanya disebabkan sesuatu perkara spt kemalangan dan kecelakaan.
(p/s : sebenarnya teman kurang pasti tentang 10 perkara yg disebut di atas isitu sama ada 9 atau 10. Sekiranya saudara-saudari ada ilmu, teman minta jasa baik utk bgtau dgn meninggalkan komen di bwh. Syukran J)
Ada pun antara sepuluh perkara yg disebutkan di atas, yg membatalkan puasa adalah keluarnya darah haid, wiladah dan nifas.



Tapi kadang-kadang ada yg bertanya, adakan perbuatan mengorek hidung dan telinga itu termasuk dalam perkara-perkara yg membatalkan puasa?

Penjelasannya adalah seperti berikut. Untuk perbuatan mengorek hidung, selagi mana ianya tidak meliputi tulang keras, maka ia tidak membatalkan puasa (mksdnya bhgn yg lembut shj). Manakala bg perbuatan mengorek telinga pula, penjelasannya adalah seperti berikut. Ianya tidak membatalkan puasa sekiranya bhgn telinga yg terlibat adalah bhgn yg terzahir/terlihat oleh org lain. Namun atas dasar berjaga-jaga, maka para ulama’ menyetujui utk mengatakan perbuatan mengorek hidung dan telinga adalah membatalkan puasa.
Ada pula si isteri yang mengemukakan soalan tentang kifarah iaitu puasa denda selama 2 bulan disebabkan berlakunya jimak / persetubuhan antara suami dan isteri di siang hari bulan Ramadhan. Maka di sini teman ingin menegaskan bahawa hokum kifarah adalah terhadap suami semata-mata dan tidak berkaitan lgsg dgn isteri. Ini berdasarkan konsep siapa yg “memasukkan” yg dikenakan kifarah, bukan yg “dimasukkan”.
Wallahu'alam

p/s : kalo ada apa-apa yg salah, sila-sila lah menegur. teguran anda sgt2 dihargai. maklumlah, teman kan Budak Baru Belajar :-)

No comments:

Post a Comment