Salam bertemu, salam ukhwah dan salam ramadhan al-mubarak. Sudah lama jari-jemari ini tidak menukilkan sesuatu untuk ditulis dan dipenuhkan di ruangan blog ini. Bukan apa, idea yang dinanti tidak kunjung tiba. Tambahan setelah "berhijrah" dari kolej kediaman Angsana ke rumah sewa di fasa 2 Puncak Alam, kesempatan untuk melayari internet semakin terbatas. Facebook pun susah mahu update. Sejak minggu MDS berakhir sehinggalah kedatangan bulan Ramadhan yg dinanti,inilah entri paling latest. Seminggu berkelana menjadi pembantu mahasiswa (pm) untuk pertama kalinya selama bernafas di muka bumi ini memberikan seribu satu makna kepada hati nurani ini. Sebelum ini acap kali terdetik di hati prasangka dan anggapan buruk mengenai pm sejak dari zaman di UDM, UM dan di UiTM. Tapi bila Allah takdirkan berada di kalangan mereka, maka barulah tahu kuat mana iman di dada, kukuh mana amal yang diistiqamahkan. Bukan mudah hendak menegakkan hukum Islam yang sebenar bila masa persekitaran kita dipenuhi dengan perkara-perkara maksiat dan perkara-perkara lagha (sia-sia). Kadang-kadang dulu selalu gak pelik dengan brother-brother yg pegang portfolio kerohanian dalam minggu orientasi macam MDS ni. Ye la,joget sana,joget sini,diorg x buat apa pun,seolah-olah meredhai dgn apa yg dilakukan. Tapi bila dh jd sebahagian drpd mereka, maka barulah tahu betapa susahnya nk tegakkan kebenaran andai tidak ramai. Teringat satu firman Allah SWT dalam Surah As-Saff ayat 4 yg mafhumnya :
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang untuk agama Allah dalam barisan yang teratur, umpama bangunan yang kukuh"
Maka konklusinya, Islam itu tdak bisa ditegakkan dengan seorang. Islam memerlukan jemaah/barisan untuk ditegakkan. Semoga satu hari nanti diri ini akan kembali seperti dahulu, kembali menjadi sebahagian daripada jemaah itu. Amin Ya Rabbal 'Alamin !!!
Ok. Kita masuk pada tajuk kedatangan Ramadhan. Ramadhan adalah satu bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam, terutama bagi mereka yg benar-benar mengerti dan benar-benar mengambil kesempatan untuk beramal sepuas-puasnya di bulan ini. Pahala dilipat kali gandakan, dosa diampunkan, dibuka pintu2 syurga, bidadari suka menghias syurga, ditutup pintu neraka dan seluruh alam meraikan kedatangan Ramadhan. Maka ramadhan kali ini saya berkesempatan untuk berpuasa di rumah sewa di fasa 2 dan berpeluang bertarawih di surau Al-Furqan di fasa 2. Di sini solat terawih dilakukan 8 rakaat,setiap 4 rakaat diselangi dgn tazkirah ramadhan. Saya jarang berterawih dgn style begini,tp xpe la.test skali. So far,ok la style begini.xde ngantuk sgt. Byk gk input-input yg dpt semasa tazkirah. ANtaranya mengenai tingkat puasa. Tingkat pertama adalah puasa org awam,iaitu puasa sekadar menahan makan, minum, perkara-perkara membatalkan puasa dan syahwat. Tetapi mata tidak berpuasa, lidah tidak berpuasa dan anggota pancaindera yg lain tidak turut serta berpuasa. Puasa seperti ini yg patut kita elakkan. 2 lagi tingkatan puasa saya tidak berapa jelas, myb semasa ustaz tersebut memberikan penjelasan, saya tertidur.maka terlepas input. :-)
Kadang2 ada org menganggap puasa ni sekadar adat.iaitu di mana mereka akan menahan makan minum dan perkara-perkara yg membatalkan puasa. Org berbuka, mereka berbuka. Org terawih, mereka terawih. Tapi iman mereka tidak mengalami peningkata. Tapi ada pula org yg benar2 menghayati ibadah puasa ini. Mereka sedaya upaya akan cuba mengikut sunnah2 nabi semasa berpuasa dan mereka akan cuba sedaya upaya menghentikan aktiviti2 lagha semasa bulan ini. Ini lah cth puasa yg kita mahu. puasa kerana perintah Allah, bukan kerana adat semata-mata.
Jadi selamat berpuasa. Puasa lah anda kerana ianya satu ibadah, bukan semata-mata satu adat. Wallahu'alam. :-)
p/s : Kalo ada apa2 yg salah dlm entri ni, sila betulkan ek. Saya kan BUDAK BARU BELAJAR J
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment