Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Wednesday, August 18, 2010

Bro Shah Kirit punya ucapan..

Assalamu’alaikum dan selamat bertemu lagi (err,mksdnya selamat membaca lagi laa J ). Ni adalah entri ketiga yg teman tulis pada bulan Ramadhan yg mulia. Wa, sungguh tak percaya yg teman semakin rajin menulis entri semenjak kedatangan Ramadhan. Mungkin berkat bulan yg mulia ini kot. Lagipun semenjak bulan Ramadhan nie, teman sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah iaitu dgn berkesempatan utk join tazkirah Ramadhan yg selalu diadakan di surau tempat teman gi terawih. Tapi sebelum teman story-mory pasal apa yg teman nk story-mory, maka izinkan teman melontarkan secebis coretan sedikit. Saudara dan saudari yg hensem dan comel (waa, suka la tu kna puji.jgn kembang lebih-lebih sgt sudah, kurang plak pahala puasa) tau tak hari ni dh msk hari keberapa puasa? Ha,jgn tgk atas, tak aci ngelat. Hehe. Pada masa saya menulis entri nie, dh msk hari kesembilan Ramadhan. Agak-agak saudara dan saudari semua la, 8 kali saudari berpuasa yg lepas, adakah ia puasa yg berkualiti yg diterima oleh Allah? Atau ia sekadar puasa yg menahan diri drpd mkn, minum dan perkara2 yg membatalkan puasa semata-mata ttp di sisi Allah tidak bermakna? Ha,jwb2,jgn x jwb. Hehe. Erm, teman bg perumpamaan kpd saudara saudari. Katakan saudara saudari mnganjurkan satu pertandingan memasak mi goreng ala Thai. Maka peserta2 yg join pun bersungguh2 memasak. Maka si A dtg dgn membawa mee goreng yg sedap sgt, tp bkn ala thai sebaliknya ala India. Kemudian si B dtg membawa mee goring yg sedap juga, tetapi ala Arab. Kemudian si C dtg membawa mee goreng ala Thai. Maka pada perkiraan saudara saudari yg mana satu yg saudara saudari terima dan approve? Maka sudah tentu si C sebab dia masak mee goreng mengikut style yg saudara saudari gariskan. Maka begitulah juga keadaaannya dgn puasa kita. Puasa yg Insya-Allah diterima oleh Allah sudah pasti puasa yg mengikut garis panduan yg telah Allah tetapkan. Dan salah satu cara untuk menepati standard yg Allah tetapkan adalah dgn cara kita cuba mengamalkan sunnah2 nabi dalam berpuasa sama ada semasa berbuka, bersahur dan sebagainya. Salah satu sunnah yg senang utk kita amalkan adalah semasa berbuka. Nabi akan berbuka dengan makan rhutab (tamar yg belum kering) atau kurma dan juga susu segar. Kemudian setelah itu nabi akan solat maghrib. Then pastu kalo nk continue dgn mkn mknn yg agak berat bolehlah. Mungkin ini jarang kita amalkan. Tapi sebagai tanda kita cinta dan kasih akan Nabi Muhammad SAW, maka sama2 la kita mengamalkannya. Insya-Allah J



Ok2. Tu abes satu chapter. Nie apa ke hal tetiba teman letak gmbr mamat macho kt atas nie? Ayah teman ke atau siapa? Ha,jgn fikir2 mcm dulu. Beliau di atas ni bergelar Shah Kirit, seorg pendakwah bebas yg sgt giat berdakwah utk memperkenalkan Islam kpd semua. Beliau dulunya bukan beragama Islam ttp diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam. Then apahal tetiba jer teman letak gmbr dia nie. Ha, sbnrnya baru-baru ini Allah member peluang kpd teman utk mendengar tazkirah Ramadhan drpd beliau di Surau Al-Furqan. Beliau menceritakan pengalaman beliau berdakwah terutama kpd non-muslim. Dan pada suatu hari, beliau telah dijemput utk berucap di dlm sebuah gereja di hadapan ramai hadirin Kristian. Wow, agak berani juga beliau utk berucap did lm gereja di hadapan penganut2 Kristian . Mau nya ditanya soalan2 mengarut, kalo teman mau nya terkeluar usus nk menjawabnya (gurau jer,xde la sampai keluar usus). Beliau ditanya beberapa soalan yg pd teman merupakan soalan killer gak la. Di bawah ni teman list kan beberapa soalan killer yg diberi, yg teman rasa sbnrnya org2 Kristian tu nk hentam Islam. Soalan2nya ialah :
1.      Di dalam Al-Quran nama Nabi Muhammad disebut sebanyak 5 kali manakala nama Jesus (Nabi isa) disebut sebanyak 25 kali. Siapa lagi hebat?
2.      Nabi Muhammad dilahirkan mempunyai ibu dan ayah. Sama seperti kita semua yg lahir mempunyai ibu dan ayah. Tetapi Jesus (Nabi Isa) lahir ada ibu jer, xde ayah (point ni la yg org Kristian guna utk ckp yg Allah adalah ayah Jesus). Maka siapa lg hebat?
3.      Dalam Islam, Nabi Muhammad merupakan nabi terakhir. Tapi di akhir zaman Islam mempercayai bahawa Nabi Isa akan turun. Jadi Kristian mendakwa Nabi Isa adalah nabi terakhir. Camno tu?
4.      Dalam Al-Quran Allah merujuk diriNya sebagai “Kami” bukan saya/aku. Dalam Kristian, mereka mempercayai konsep trinity iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruhul Qudus,tetapi mereka percaya bahawa tuhan adalah satu Cuma terbahagi kepada 3 (teman pun x phm konsep yg diorg guna pakai ni). Jadi mereka mendakwa penggunaan “Kami” merujuk kpd konsep trinity. Jadi cmno nk jwb tu?
Ha, cuba saudara saudari bayangkan. Tengah syok2 jln nk beli juadah berbuka puasa tetiba jer ada org Kristian tnya soalan2 gini. Tercengang x? Maunya terkeluar usus kt situ gk. Hehe. Jadi teman bgtau jwpn yg diberikan oleh Bro Shah.
1.      Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad. Jadi nama Nabi Muhammad tidak disebut byk kerana Nabi Muhammad bkn org ketiga. Kalo kita sebut nama seseorg, maka org tu sbnrnya adalah org ketiga. Tapi sebaliknya Al-Quran diwahyukan Allah kpd Nabi Muhammad sendiri, so Nabi Muhammad adalah org kedua. Dan konsep nama yg lebih byk bermaksud lebih hebat xboleh diguna pakai. Sebabnya nama Nabi musa lg byk disebut drpd Nabi Isa tp org Kristian x sembah Nabi Musa pun. Tu ok lg. Nama syaitan pun byk disebut, xkn nk sembah syaitan kot... Settle?? J
2.      Perkara ni Allah dh bgtau dh dlm Surah Al-‘Imran ayat 47 yg mafhumnya :
“Dia (Maryam) berkata, “Ya Tuhanku, bagaimana mungkin aku akan mempunyai anak, padahal tidak ada seorang laki-laki pun yang menyentuhku?” Dia (Allah) berfirman, “Demikianlah Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya,”Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.
Kelahiran Nabi Isa tanpa ayah adalah suatu kuasa Allah SWT. Org Kristian mempercayai mengenai Nabi Adam yg tercipta tanpa ibu dan ayah. Jadi kalo Kristian menggunakan konsep yg mereka guna itu, maka sepatutnya mereka kena sembah Nabi Adam kerana Nabi Adam tercipta tanpa ibu dan ayah, kan lagi hebat tu. Settle?? J
3.      Nabi terakhir bukan berdasarkan kepada siapa yg turun/wujud paling lewat. Tetapi berdasarkan kelahiran. Nabi Muhammad SAW lahir lewat drpd Nabi Isa. Perumpamaannya seperti nie. Katakana teman ada 5 org anak iaitu Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima. Pertama plg sulung, then ikut urutan sampai la Kelima (bongsu). So, nk dijadikan cerita Keempat menyambung pengajian di oversea selama lima tahun. Sepanjang tempoh ketiadaan Keempat di oversea, Pertama, Kedua, Ketiga dan Kelima meninggal dunia. So setelah lima tahun, Keempat pun pulang ke tanah air.  Adakah Keempat dianggap sebagai bongsu? Tidak walaupun setelah semuanya dah tiada. Settle?? J
4.      Dalam bahasa Arab, ada nahunya (nahu kot, xpasti word). Perkataan “Kami” dalam bhs Arab merujuk kpd dua perkara iaitu kuantiti dan kebesaran. Allah menggunakan perkataan “Kami” merujuk kepada kebesaran, bukan kuantiti. Ratu Elizabeth pun dlm ucapan mengunakan perkataan “Kami” yg merujuk kpd dirinya. Tapi adakah Ratu Elizabeth ramai? Tidak, Ratu Elizabeth hanya seorang. Tapi penggunaan perkataan “Kami” merujuk kepada kebesaran. Jadi begitulah dgn bhs yg Allah gunakan dalam Al-Quran yg merujuk kpd kebesaran Allah. Settle?? J

Jadi saudara saudari yg dimuliakan, ni baru beberapa soalan2 killer yg Kristian tnya utk melemahkan akidah umat Islam. Cuba bygkan kalo mubaligh Kristian tnya soalan2 gini kt Muslim2 biasa yg xberkesempatan belajar ilmu agama tinggi2, silap haribulan tergoncang akidah. Maka teman nk seru la kpd diri teman dan saudara saudari agar kita sama2 la pertingkatkan ilmu agama. Rajin2 kan g tazkirah dan ceramah,tmbhn bln Ramadhan ni byk tazkirah kt surau2. Ni la peluang terbaik utk kita tambahkan ilmu kita. Marilah kita sama2 menjadi seorg yg dpt contribute something kt agama kita yg benar ni. Kalo x byk pun, sedikit pun Alhamdulillah. Drpd xde lgsg. Allah itu Tuhan yg melihat kpd usaha kita, bukan kepada hasil yg kita lakukan. Walau apa pun profesion yg kita ceburi, walau apa pun jurusan yg kita amek, walau di mana pun kita belajar, kita wajib belajar ilmu2 agama ini supaya kita x mudah tergoncang dgn dakyah2 Kristian dan agama2 lain. Jadi renung2kan dan selamat beramal. Wallahu’alam.


p/s :  Kalo ada apa2 yg salah dlm entri ni, sila betulkan ek. Saya kan BUDAK BARU BELAJAR J

No comments:

Post a Comment