Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Tuesday, October 4, 2011

Kerna Dirimu Begitu Berharga : Entri 2

dicopy paste dari http://raudhah-tamannanindah.blogspot.com/2009/04/bercinta-sebelum-nikah.html

Tabarruj dalam erti kata adalah mendedahkan atau mempertontonkan atau menampakkan baik itu keindahan / kecantikan zahir mahupun pakaian.


Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki (yang dapat merangsang keinginan syahwat mereka). Ini tabarruj kaum wanita masa remaja (bujang).

Tabarruj dapat pula berarti wanita yang memakai perhiasan atau bersolek secara berlebihan. ALLAH subhanahu wa ta’ala menganjurkan bersolek, tetapi bersolek yang mendapat pahala adalah solekan untuk suami. Sedangkan yang dimaksud tabarruj adalah bersolek kemudian didedahkan di luar rumah.

Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan muka, kecantikan dan perhiasannya.Tetapi Niqab atau cadar ini adalah wajib bagi wanita pengikut Mazhab Hanafi dan Hanbali, Sedangkan dalam Mazhab Syafii dan Maliki termasuk yang ringan dalam perkara aurat, ulamanya masih mengganggap wajah bukan termasuk aurat, sehingga boleh tidak memakai niqab.Tabarruj yang dimiliki oleh wanita modern masa kini iaitu memakai jilbab/hijab tetapi tidak sempurna, hal itu kerana kaum wanita ini memandang perkara hijab itu sebagai fashion mode, bukan untuk menutup aurat.ALLAH subhanahu wa ta’ala telah memerintahkan agar wanita menutupi kepala hingga menutupi pula dadanya.Tetapi wanita masa kini menutup kepala tetapi membiarkan dadanya terbuka. Padahal aurat yang paling menarik untuk dilirik oleh kaum lelaki terhadap tubuh wanita adalah daerah dadanya. Semestinya dada lah yang lebih pantas untuk ditutupi.


2 comments:

  1. Salam..sy nk tanya..sekarang ni kan, macam2 fesyen tudung yg digayakan..plik pon ada..bercambah2 fesyen tudung skang ni..itu dikira tabaruj ke?tq

    ReplyDelete
  2. Salam...To be honest, ilmu sy x byk ttg hal ini, tmbh2 lagi sy ni lelaki,lg la xbrp amek tahu (ni kelemahan diri sy).tapi cuba ukhti try view link bwh ni :

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=187051471374143&set=o.195600903791298&type=1&theater

    nnti Insya-Allah kalo sy ada jwpn dan penerangan lanjut sy akan cuba bgtau sket2 ek. Ada masa tnya la pada yg betul2 berilmu, mcm ustaz/ustazah,sy ni student biasa2 jer ;-)

    ReplyDelete