Dengan nama Allah, Tuhanku, Tuhanmu, dan Tuhan bagi semua makhluk...
اللّهمّ صـلّى عـلى سيّدنا محمّد وعـلى آل سيّدنا محمّد
Alhamdulillah, Allah menggerakkan hati utk menonton rancangan Law Kaana Bainana di TV Al-Hijrah.
Terkesan sedikit dgn penerangan hos rancangan.
Betapa sygnya Nabi Muhammad SAW kpd umat baginda
Siapakah umat baginda?
Ana, anta/anti, kita semua
Walau baginda tidak pernah bersua muka dgn kita
Tetapi kerinduan baginda dan kasih syg baginda kpd kita teramat amat kuat
Tetapi bagaimana dgn diri kita?
Sejauh manakah kecintaan dan kerinduan kita kpd baginda?
Adakah sekadar sewaktu perayaan maulid nabi?
Atau perasaan syg itu timbul apabila tersebarnya karikatur menghina baginda?
Tepuk dada, tanya iman
Ana berkesempatan melayari internet utk mencari beberapa maklumat tentang baginda.
Maka ana terjumpa sesuatu cerita yg sgt ingin ana kongsi di blog ini.
Kepada penulis asal, ana minta izin utk share di sini. Semoga penulisan anda menguntungkan anda di akhirat. Insya-Allah :-)
link asal : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13681.0
Daripada Abbas r.a., Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W. Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga. Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik!kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua.Pada seruan yang kedua pula,kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga,ketika Rasulullah S.A.W berdiri, baginda S.A.W telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda S.A.W. Baginda S.A.W melihat ke kanan dan ke kiri. Baginda S.A.W dapati, tiada lagi bangunan. Baginda S.A.W menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Baginda S.A.W bersabda: “kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril as berkata:”Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda S.A.W bersabda:”Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda S.A.W bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Baginda S.A.W bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad S.A.W berjumpa satu umat, baginda S.A.W akan bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata:”Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila Nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka Nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad S.A.W berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu Muhammad?” Nabi Muhammad S.A.W bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan. “Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad S.A.W menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad S.A.W!”
Nabi Muhammad S.A.W bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Wahai umatku.”Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Nabi Muhammad S.A.W?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.” Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! katakanlah kepada kekasihku, Muhammad bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanku.” Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad S.A.W berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Allah Taala berfirman: ” Hari ini, kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad S.A.W menyeru: “Tuhanku…Penguasaku Penghuluku…! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: ” Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?” Neraka pula berseru: ” Wahai Tuhanku…Penguasaku dan Penghuluku!Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Nabi Muhammad S.A.W lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda S.A.W sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, baginda S.A.W rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan oleh Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya. Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”Baginda S.A.W menjawab: “kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Tatkala umat Nabi Muhammad S.A.W sedang mencari mimbar Nabi Muhammad S.A.W untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad S.A.W dia berkata: Ini umat Nabi Muhammad S.A.W. Mereka telah sesat dari Nabi mereka. “Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Adam as berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W:”Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad S.A.W menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku!Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”Umat Nabi Muhammad S.A.W berkumpul di sisinya. Ketika di atas Sirat, Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi.” Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.” Nabi Muhammad S.A.W berhenti di atas Sirat. Setiap kali baginda S.A.W melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda S.A.W akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Nabi Muhammad S.A.W berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Begitu Sayangnya Nabi kepada Kita…Tetapi Kita??
Dipetik daripada sebuah video

(utk dgr versi video, anda boleh pergi ke www.youtube.com dan taip "Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar" )
Subhanallah!!!
Maha Suci Allah!!!
Sayangnya Nabi Muhammad SAW kat kita.
Pernahkah baginda berjumpa dgn ana? Tidak pernah!!
Pernahkah baginda berjumpa dgn anta? Tidak pernah!!
Pernahkah baginda berjumpa dgn anti? Tidak pernah!!
Baginda tidak pernah berjumpa dgn kita semua..
Tapi..
BAGINDA SANGAT MENCINTAI KITA !!!!
Ya Allah...
Malunya melihatkan betapa dalamnya cinta dan syg baginda kpd kita, sedangkan kita seakan-akan tidak peduli ttg baginda...
Sunnah baginda tidak kita endahkan...
Kadang-kadang terdetik di hati
Kita sememangnya mengenali baginda, melalui apa yg diajar kepada kita
Tapi dapatkah baginda mengenali kita di perhimpunan seluruh umat nanti??
Bagaimana baginda bisa mengenali kita?
Pada ana, menerusi sunnah yg kita amalkan.
Tapi persoalannya..
Berapa bykkah sunnah yg kita benar-benar amalkan dan istiqamah???
Tidak malukah kita dtg kpd baginda dan meminta syafaat kpd baginda dlm keadaan kita tidak mengamalkan sunnah baginda???
Bahkan dlm sedar tidak sedar kita mengamalkan life style musuh-musuh Islam!!!
Maka di kesempatan terbatas ini, ana selaku seorg yg sering alpa dan lalai, ingin mengajak diri ana sendiri dan diri pembaca semua, marilah sama-sama kita ambil tahu ttg sunnah-sunnah baginda
Marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah-sunnah baginda
Marilah kita berbangga dgn sunnah-sunnah baginda
Marilah kita mempromosikan sunnah-sunnah baginda
Semoga usaha yg sedikit ini memungkinkan baginda menerima kita sebagai umat baginda.
"YA RASULULLAH, TERIMALAH KAMI SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA UMATMU"
Yg Menyampaikan Seruan,

subhanallah,sayangnye Rasulullah kat umatnye...
ReplyDeletemai perbanyakkan selawat ke atas baginda, moga kita dikira sbg umat baginda.Amin!!!
ReplyDelete