Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Sunday, December 19, 2010

Ada Aku Kisah (part 2)

(sambungan dari part 1)

“Lu kena ingat bro. Ikhlas ke tak seseorang tu dalam beramal,tu semua perihal hati. Dan perihal hati ni, manusia enggak bisa nafsiri sendiri kok. Hanya Allah yg bisa nafsirinya,” bilang Suraqah dalam nada ala-ala Galang dalam sinetron Cinta Kirana.

“Eh,lu ni pehal ckp indon plak. Gua cepuk sekali baru lu tahu,“ kata Bilal pula.

“Haha. Ok2, gua story serius sket. Erm, cuba lu fikir, kenapa Allah masukkan seseorang tu dalam syurga? Adakah kerana amal dia byk? Memang benar, tapi itu adalah sekadar sebab/alasan semata-mata. Hakikatnya Allah boleh masukkan seseorang tu sewenang-wenangnya dalam syurga, tak kisah la amal dia kurang atau banyak. Seseorang itu masuk syurga kerana Allah nak dia masuk syurga, dia masuk kerana Allah merahmatinya dan nak dia masuk syurga. Macam cerita tadi. Siapa sangka, pelacur yahudi yang banyak buat dosa, tapi hanya kerana bagi minum air kat anjing kehausan yang hampir mati, Allah memasukkan dia ke dalam syurga. Perkara sebaliknya berlaku. Siapa boleh sangka, wanita warak yang sentiasa beramal tetapi hanya kerana mengurung seekor kucing tanpa memberi makan sehingga kucing itu mati, dia dimasukkan ke dalam neraka. Terpulang kat Allah nak masukkan siapa2 shj yang Dia nak. Syurga dan neraka milik Allah, so suka hati dia la nak masukkan siapa2 je pun,” ulas Suraqah lagi.

“Kalau begitu, tak payah la aku buat amal banyak. Tak payah la aku nak tegur-tegur orang buat maksiat. Sebab Allah masukkan seseorang tu dalam syurga bukan sebab amal tapi sebab Allah yang nak masukkan orang tu semata-mata. Setuju tak?,” tanya Bilal pula bagi mendapatkan kepastian.
“Bukan macam tu, Allah berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya :

(Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu

“Dalam ayat ini, Allah dan beritahu yang amal seseorang itu dibuat, faedahnya akan didapati oleh orang itu kembali. Juga sesiapa yang berbuat kejahatan, akibat daripada kejahatan itu akan dirasai oleh orang itu kembali. Kenapa kita beramal? Kita beramal sebab Allah yang suruh. Kita kena sentiasa berharap agar dengan sebab kita beramal dengan ikhlas, maka Allah akan pandang kita dan merahmati kita. Dan jangan kita berfikiran yang amal ibadat kita la yang akan membuatkan kita masuk syurga. Tetapi sentiasalah berdoa semoga Allah akan pandang amal ibadat kita seterusnya menurunkan rahmatNya kepada kita,” tambah Suraqah lagi.

“So, tak kira lu rasa diri lu jahat ke, nakal ke, ntah apa-apa ke, itu tak kisah. Tapi bila lu rasa lu nak buat baik ke, lu buat je. Lantak la apa yang orang lain nak kata. Diorang nak kata lu hipokrit ke, berlakon baik ke, lu buat bodoh je. Siapa diorang semua yang berani mempersoalkan keikhlasan lu dalam beramal tu? Suci sangat ke diorang. Entah-entah diorang lagi buruk amalannya. Na’uzubillah. Tapi dalam lu berbuat baik tu, lu kena la usaha untuk perbaiki amal dan akhlak lu yang lain-lain yang lu rasa tidak menepati cirri-ciri muslim sejati,” tambah Suraqah.

“Lu kena tanam mind setting, soal hati ni hanya Allah sahaja boleh tafsir. Memang benar kita diberitahu tentang ciri-ciri orang munafik, tapi itu tidak bermakna kita berkuasa menjatuhkan hukum munafik/hipokrit terhadap seseorang itu walaupun kita dapati cirri-ciri munafik/hipokrit ada kat seseorang itu. Pada pendapat gua, cirri-ciri munafik/hipokrit diajar kepada kita supaya kita berusaha menghindarinya, bukannya menggunakannya untuk menjatuhkan hukum munafik/hipokrit teradap orang lain. Kita tidak tahu, kadang-kadang mungkin ada sesuatu perkara itu yang seseorang itu lakukan, yang pada pandangan kita melambangkan kemunafikan seseorang. Tetapi kita tidak tahu, mungkin di sisi Allah ianya tidak munafik, mungkin dilakukan kerana sebab-sebab yang munasabah dari segi syariat. Dan kita takut, bila kita dok sibuk-sibuk menjatuhkan title munafik kat orang lain, entah-entah kita plak yang munafik di sisi Allah. Na’uzubillah, semoga Allah menjauhkan kita dari sifat-sifat munafik,” bilang Suraqah lagi dengan nada yang agak serius.

“Jadi sebab itulah, paling penting kita kena bersikap bersangka baik dengan orang lain. Contohnya lu tengok kawan lu yang rocker tetiba je rajin pergi surau, maka lu kena fikir yang mungkin Allah dah bukakan hatinya, bukannya dengan mengatakan dia pergi surau sebab minggu exam. Lu tengok kawan lu yang brutal-brutal tetiba bagi nasihat dan hadith kat lu, lu kena bersangka yang dia betul-betul nak share ilmu, jangan dok fikir yang dia nak menunjuk-nunjuk atau pun nak perli-perli lu. Dan begitu juga bila lu buka facebook, then tengok member-member lu yang ntah apa-apa punya perangai tetiba post tentang ayat Quran. Take it positive. Dia nak saling memperingati la tu, jangan dok fikir dia nak menunjuk-nunjuk yang dia alim ke  apa,” kata Suraqah dengan penuh semangat.


“Jadi bagi gua, bila lu rasa lu nak post something yang baik-baik kat facebook ke sebagai contoh, lu post je. Jangan banyak fikir. Benda-benda baik jangan ditangguhkan. Nanti kalau tangguh takut-takut syaitan berhasil menghasut kita supaya membatalkan hasrat untuk buat baik tu. Lantak la orang nak cakap lu hipokrit ke, tunjuk baik ke, pedulikan. Bukan diorang yang judge lu. Yang judge lu tu Allah. As long Allah tahu niat lu apa, it’s okay. At the same time, lu kena cuba praktikkan apa yang lu post tu,” tambah Suraqah.
“Abes tu, kalo gua post benda-benda baik kat facebook, tetiba ada orang cakap gua hipokrit ke apa ke,apa gua nak jawab?,”Tanya Bilal pula.
“Senang je. Lu cakap kat diorang :


“ ADA AKU KISAH !!!! “

..................................................................................................................................................................


Haa,akhirnya Berjaya juga teman menghabiskan cerpen ni. (cerpen kot, main bedal je tulis). Actually, teman nak tulis sesuatu. Tapi tetiba jer tak reti nak karang ayat, so tetiba je nak mereka-reka watak. Teman nak Tanya, apa yang sahabat2 dpt melalui cerpen teman yang menarik (menarik la sgt.haha) di atas? Cepat jawab, penat teman cari idea. Haha.

Ok2. Moral of the story. Teman sedar, kita tidak berupaya ikut 100% apa yg Islam anjurkan. Dari segi perbuatan, akhlak, amal, social dan banyak lagi. Tapi itu tak bermakna kita perlu menunggu utk berbuat baik sehingga la kita betul2 jadi seorang yg soleh atau solehah. Kita kena sentiasa mencuba untuk memperbaiki kualiti hidup kita mengikut apa yang Islam suruh, tapi dalam masa yg sama, kalau kita punya sedikit ilmu dan hasrat utk saling tegur menegur dan ingat memperingati, just do it. Walaupun kita sedar kita bun ntah apa-apa, biar je. Belasah je. Kita menegur dan saling memperingati bukan sebab kita pandai atau kita alim ke. Tapi sebab ini perintah Allah. Nak tak nak, mahu tak mahu, kita WAJIB laksanakan. Diulangi, WAJIB. Dan dalam menegur dan memperingati itu, kita cuba improve diri kita juga. Lantak la orang lain nak cakap kita ni hipokrit ke. Diorang nak cakap kita ni post je benda baik-baik kat facebook, tapi kita ntah apa-apa. Jangan la anda kisah sangat ckp diorang2 tu. Bukannya diorang yg nak tanggung kewajipan berdakwah (menegur dan saling memperingat) tu, tapi kita sendiri yang kena tanggungnya. So just go on. Tak dinafikan, memang agak panas bila dengar suara-suara sumbang macam tu, tapi jgn layan. Buat bodoh dan teruskan je. Tapi jika diorang berterusan memerli anda,senang je. Jawab je..


p/s : Macam biasa la. Kot-kot saabat-sahabat mengesan sesuatu yang tak benar dalam entri ini, maka sahabat-sahabat berkewajipan menegur. Teman pun bukannya pandai sgt. Maklum la, teman kan Budak Baru Belajar

No comments:

Post a Comment