Dushh.
Fokus Suraqah pada laptopnya tiba-tiba sahaja terganggu dek bunyi pintu biliknya yang ditutup kuat oleh seseorang. Anak matanya liar mengekori kelibat lembaga yang baru sahaja memasuki biliknya itu.
“La, lu rupanya Bilal. Lain kali nak masuk bilik tu bagilah salam. Ni tak, main redah je. Dah la tutup pintu kuat nak mampus, macam nak pecah je pintu tu lu tutup. Kalau pecah siapa nak ganti? Lu? Ceh, makan tengah hari lu pun dah dekat seminggu mengharapkan gua belanja, “ kata Suraqah sambil membuat muka ala-ala Ah Long Bukit Beruntung.
“Ye la, ye la, nanti gua ganti balik la segala duit yang lu guna untuk bayar makan tengah hari gua selama seminggu ni. Kepoh ar mamat ni,” bebel Bilal sambil memuncungkan mulutnya ala-ala mulut seekor itik betina yang sedang memarahi anak-anaknya yang tidak mendengar kata.
“Hek eleh, tu pun lu nak sentap ke. Rileks ar bro, gua gurau jer, takkan itu pun lu nak touching bro. Tak rock la macam nie. Muka lu kalau merajuk dah rupa kerang busuk tau, kerang busuk pun lagi hensem daripada lu bila lu merajuk. So jangan ngada-ngada nak touching2 ek,” kata Suraqah lagi.
Bilal tidak mempedulikan kata-kata roomatenya itu. Dia terus sahaja membuka polistirena yang berisi kuew tiaw goreng yang dibelinya di Cafe Angsana tadi. Lalu dia makan kuew tiaw itu dengan gelojohnya. Dari riak mukanya kelihatan ada sesuatu yang tidak disukainya terjadi semasa dia membeli kuew tiaw di Cafe Angsana tadi. Kelihatan seolah-olah ada sesuatu yang membuatkannya geram dan marah.
Suraqah yang dari tadi sentiasa fokus pada laptopnya menjadi tidak keruan dengan perlakuan sahabatnya itu. Dia kelihatan dapat menangkap sesuatu yang tidak kena pada sahabatnya itu.
“Bro, lu pehal. Gua tengok lu lain macam je. Pe cer bro? Story la, kot-kot gua boleh tolong ke. Kalau gua takleh tolong, at least gua boleh dengar masalah lu. Story ar bro,” katak Suraqah dengan muka seakan-akan penyelamat dunia.
“Eleh, agak-agak gua boleh percaya kat lu ke? Sedangkan lu belanja gua makan seminggu pun lu dah kepoh, ni pula hal lain. Mahunya lu kepoh, lu post kt facebook ke, apa ke, tak ke naya gua nanti?,” dengus Bilal dengan nada suara seolah-olah anak kecil merajuk yang minta dipujuk.
“Mak aihh, ni macam kes naya jer nie. Sekali dia sentap betul-betul plak. Ni yang payah nie, muka jer brutal, tapi dalam hati ada zoo. Aiy, terpaksa la gua susun ayat nie,” ngomel Suraqah sendirian dalam hatinya.
“Bro, gua gurau je la. Takkan lah itu pun lu nak sentap. Pasal belanja makan tu, gua main-main je. Takkanla dengan member sendiri pun gua nak berkira kot. Cakap sahabat sejati. Sebenarnya lu pe cer ni bro? Story la sikit. Kita kan sahabat. Apa guna gua jadi sahabat lu kalau gua tak boleh tolong lu bila lu ada masalah. Gua tak nak jadi sahabat yang tak berguna, sahabat yang hanya ketawa apabila lu ketawa, tapi tiada bila lu menangis. Gua nak jadi sahabat yang boleh bagi manfaat pada lu," kata Suraqah sambil menyusun kata-kata untuk memujuk sahabatnya itu.
"Ha, lu ingat tak satu hadith mengenai sahabat yang selalu naqib lu ulang masa lu join usrah dulu? Kalau lu tak ingat, biar gua beritahu.”
“Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al—Bukhari & Muslim yang maksudnya : Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk”
“Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampong yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampong itu.” Malaikat bertanya lagi.”Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” “Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya,”Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah.” (Hadith riwayat Muslim)
“So gua rasa tak patut lu ada masalah tapi gua buat bodoh jer. Kita kan sahabat. Gua takkan kepoh punya. Lu kena percaya gua sebagai sahabat lu.”
“Ni pehal plak lu jadi pak ustaz plak nie? Haha, apa-apa la Suraqah,” kata Bilal dengan muka penuh ngada-ngada.
“Ok2, lu nak tahu sangat kan. Dengar ni gua nak story,”kata Bilal sambil membetulkan kedudukannya di atas katil agar lebih selesa untuk bercerita.
“Tadi gua main futsal dengan geng bas sekolah. Main giler-giler la sampai tak ingat dunia. Habis je main gua rasa tahap kelaparan dan kehausan yang melampaui batas-batas normal. So dengan semangat waja gua gi la Cafe Angsana. Disebabkan gua ni seorang yang hensem di tahap melampau-lampau, so gua tapau je la. Kalau gua makan kat situ, nanti ramai plak awek-awek cun usha gua plak,” tambah Bilal dengan gaya seorang yang perasan giler.
“Dah-dah, lu ni kalau cerita memang unsur-unsur hiperbola dan perasan memang xley bla kan. So straight to the point, karang tak pasal-pasal gua cepuk kang.,” tambah Suraqah dengan nada menyampah.
“Haha, biarlah gua nak perasan sekali-sekala, lu ni potong stim betul. Ok2, biar gua story straight to the point. Sebenarnya tadi masa gua tengah tunggu, tiba-tiba ada la seorang mamat slenger ni datang kat meja gua. Ala, mamat slenger merangkap member baik lu la. Gua pun layan je la dia sembang. Tanya macam-macam la. Gua layan baik punya. Tapi tiba-tiba gua panas dengan apa yang dia sembang,” kata Bilal dengan muka penuh dengan unsur-unsur tidak puas hati.
“Pe yang dia story bro?,” kata Suraqah dengan penuh tanda tanya.
“Dia tetiba je cakap yang dia kadang-kadang menyampah dan meluat bila buka facebook. Ye la tengok certain-certain member kat facebook yang post benda-benda baik je. Post pasal ayat Quran ke, hadith ke atau apa-apa yang baik le. Dia cakap, tuan punya badan bukan main post benda-benda baik tapi diri sendiri bukan bagus sangat. Dia cakap diorang yang post gitu ntah apa-apa. Post sebab nak orang lain tekan butang “like”, then komen “syukran ya akhi” la, apa la. Gua seriously panas bila dengar dia cakap macam tu. Tak pasal-pasal adrenalin gua dirembes dengan banyaknya bila dia cakap macam tu. Lepas tu gua buat layan tak layan je dengan dia. Then bila abang cafe tu panggil nama gua, gua terus ambil makanan dan blah. Malas gua nak layan mamat slenger mengarut,” kata Bilal lagi .
“La, pasal tu ke muka lu jadi macam kerang busuk dari tadi? Gua ingat pasal apa.’” Tambah Suraqah sambil tertawa kecil.
“Ye la, macam mana gua tak panas. Gua tau dia saja je cari point nak tembak gua,” dengus Bilal lagi sambil tangannya membuka uncang Nescafe 3 in 1 untuk dibancuh.
“Lu macam la tak tahu, gua kan selalu post macam tu, pasal hadith la, ayat Quran la, atau apa-apa nasihat. Gua bukan apa, gua sekadar nak share je. Gua mengaku yang gua ni xdela baik sangat. Pergi jemaah kat surau pun malas. Solat pun lambat. Pastu kadang-kadang gua usik-usik gak awek kat kelas. Tapi gua rasa gua still nak post benda-benda baik macam tu, takkan la tu pun tak boleh kot. Kadang-kadang gua tahu tentang sesuatu yang baik, walaupun kadang-kadang gua sendiri tak apply benda tu, tapi gua rasa tak salah kan kalau gua nak share dengan member-member kat facebook? Lebih baik gua post benda-benda gitu daripada post benda-benda mengarut,”dengus Bilal lagi sambil menghirup air Nescafe yang baru dibancuhnya itu.
“Lu tahu betapa kecewanya gua dengan apa yang mamat tu sampaikan gua rasa gua malas dah nak post benda-benda gitu. Biar bilangan orang yang post benda-benda baik kat facebook tu berkurang. Then yang tinggal hanya post-post yang mencarut dan ntah apa-apa. Pastu baru mamat slenger tu puas hati kot,”bentak Bilal lagi.
Suraqah sengaja menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Parah ni, si Bilal ni macam dah kecewa je. Apasal la mulut mamat slenger tu macam longkang. Yang dia tak puas hati sangat bila orang post benda-baik baik gitu apasal. Mental apa,” bisik hati kecil Suraqah. Tiba-tiba otak kirinya teringat suatu cerita.
“Ha, gua ada satu cerita. Cerita ni tentang seorang pelacur yahudi dan juga seorang perempuan warak. Gua terbaca dalam buku fadhail amal. Ada seorang pelacur yahudi ni. Dah namanya pelacur, mestilah perkerjaannya melacur, takkan jual pisang goreng panas lak kan? So itulah kerjanya, melacurkan diri. Pada suatu hari beliau telah lalu di suatu lorong. Beliau ternampak seekor anjing yang hampir mati tapi berada dalam keadaan haus yang melampau-lampau. Atas rasa ihsan dalam dirinya, beliau ingin memberikan anjing itu minum. Tetapi tiada bekas yang sesuai untuk mengisi air. Maka beliau menanggalkan stokinnya yang panjang lalu diisi air. Kemudian air itu diberikan kepada anjing itu untuk diminum. Disebabkan perbuatannya itu, Allah telah memasukkan beliau ke dalam syurga.”
“Berbeza dengan seorang perempuan warak. Beliau menjaga amal dan auratnya betul-betul. Tapi beliau ada membela seekor kucing. Kucing itu dikurung di dalam sangkar tanpa diberi makan-minum. Akhirnya kucing itu pun mati. Disebabkan perbuatan ini, perempuan yang warak itu dimasukkan ke dalam neraka.”
“Agak-agak apa yang gua nak story melalui kisah ni?,”soal Suraqah dengan mimik muka ala-ala pengacara One in a Millionaire.
“ Gua rasa.....gua rasa....gua rasa lapar la plak bila dengar celoteh lu yang panjang lebar ni. Haha. Dah,tak payah nak soal2 plak. Straight to the point,” ulas Bilal lagi.
(to be continue in next entry..)




sedap kue tiaw tu..hehe
ReplyDeletekue tiaw memang sedap,tmbh2 lg kalo mkn dgn parpu.haha
ReplyDelete