Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Tuesday, June 28, 2011

Teman ; Sahabat ; Kawan

Teman ; Sahabat ; Kawan



3 perkataan yg membawa erti yg sama. Lain ejaan tetapi sama ertinya. Lain abjad tetapi sama definisinya. Lain sebutan tetapi sama maknanya.

Siapa yg di dunia ini yg tidak punya teman. Siapa di alam ini yg tidak punya sahabat. Siapa di hayat ini yg tidak punya  kawan.

Hatta haiwan juga punya kawan mereka sendiri. Burung-burung yg terbang sambil berkicauan punya teman bermain. Semut-semut yg melata juga punya sahabat bekerja. Kucing-kucing yg berkeliaran juga punya kawan sepermainan.

Bahkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga punya sahabat baginda yg tersendiri. Sahabat-sahabat baginda punyai tahap kecintaan kepada baginda melebihi tahap kecintaan terhadap diri mereka sendiri. Itulah nilai persahabatan yg ada pada diri sahabat-sahabat baginda. Kecintaan itu bukan terhadap baginda semata-mata, bahkan kecintaan itu juga terhadap sesama mereka sendiri. Itulah contoh persahabatan yg benar-benar dituntut syariat.

Secara tiba-tiba, diri ini merindui setiap nama yg pernah singgah dlm hidup ini sebagai teman. Teman-temanku semasa perkelanaan di sekolah menengah, semasa di zaman matrikulasi di Gopeng, semasa zaman diploma di Terengganu, semasa zaman persinggahan selama satu sem di UM dan kini teman-teman seperjuangan di Puncak Alam. Setiap dari anda amat diri ini rindui. Terutama teman-teman yg banyak mengenalkan diri ini dengan Allah, yg mengenalkan diri ini dgn Rasulullah, yg mengenalkan diri ini dgn erti perjuangan sebenar seorang muslim, yg memberikan diri ini peluang utk merasai serba sedikit kehidupan seorang dai’e (walaupun tidaklah benar-benar merasainya). Diri ini sangat merindui saat-saat kita berebut-rebut untuk melaungkan azan di surau, diri ini merindui saat-saat kita berbuka puasa bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita  menjalankan ghast bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita beriktikaf di masjid bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita pergi ke daurah bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita berusrah di tepi masjid Ladang, diri ini merindui saat-saat kita menjalankan projek Balai Islam 2nd bersama-sama, diri ini merindui saat-saat kita sama-sama bekerja dan menolong antara satu sama lain tanpa berkira. Dan byk lagi momen-momen yg diri ini rindui. Tapi yg paling penting diri ini sangat-sangat merindui setiap daripada nama yg pernah bergelar sahabat dlm hidup ini.




Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk.

Kepada teman-temanku, maafkan diri ini andai tak bisa menjadi sahabat seumpama wangi-wangian. Maafkan diri ini andai sekadar menjadi sahabat seumpama tukang besi. Kadang-kadang lidah ini hanya mampu memuji tatkala sahabat-sahabat melakukan kebaikan, tetapi lidah ini kelu untuk menegur tatkala sahabat-sahabat tersilap melakukan kekhilafan. Itulah kelemahan dan ketidaksempurnaan yg wujud dalam diri ini.



Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkan oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.

Maafkan diri ini andai kata kehadiran diri ini sekadar membuatkan sahabat-sahabat semakin jauh daripada Allah. Maafkan diri ini andai diri ini tidak mampu menjadikan sahabat-sahabat semakin bagus amal dan semakin dekat dgn Allah.

Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.
Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?”
Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”.
Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?”
“Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT.”
Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).

Maafkan diri ini andai diri ini tidak mampu betul-betul mencintai sahabat-sahabat  kerana Allah SWT. Mungkin kerana nipisnya iman, mungkin kerana kurangnya amal dan mungkin kerana banyaknya titik hitam di hati ini yg menyebabkan diri ini tidak bisa mewujudkan kecintaan kepada sahabat-sahabat yg benar-benar ikhlas kerana Allah SWT.

“MAAFKAN DIRI INI DI ATAS SEGALA YG TIDAK PATUT DIRI INI LAKUKAN ATAS NAMA SEORANG SAHABAT”



Semoga selepas ini kita semua akan mampu bersahabat dgn ikhlas krn Allah. Marilah kita sama-sama memuji sesama kita tatkala kita melakukan kebaikan (tapi jgn smpi berlebihan hingga menimbulkan rasa riak dan takbur), dan yg plg pntg marilah kita selepas ini sama-sama saling menegur secara berhikmah apabila ada sahabat-sahabat kita yg melakukan kesalahan dan kesilapan. Insya-Allah, semoga kita dicatatkan sebagai salah satu daripada 7 golongan yg mendapat naungan drpd Allah SWT di hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Golongan yg dimaksudkan itu adalah :

“Dua orang yg saling mengasihi kerana Allah dan keduannya berkumpul dan berpisah kerana Allah SWT”


Ikhlas drpd,




Sunday, June 19, 2011

Cartoon Copy Paste

Bismillah
I found this cartoon during googling
So i decide to publish in my blog
To the creator of this cartoon, i share ur cartoon for our benefit. :)

  
(if can't see it, just click to enlarge it)

So, what about your holiday?
OK or KO?
some people choose to do part time job...
some people choose to be full time housewive (erk, maybe househusband :-p )
OR..
some people choose to study about their coming subject in coming sem!!
waa, so early!!! Good2 (thumbs up ;-) )

But, as u can see from the cartoon above
Make sure do not waste your time by just play video game
Or maybe just by online or maybe just watching ur favourite sinetron

Opps!!!
Have u heard this phrase??
"Wide before narrow" (lapang sebelum sempit)
"Young before old" (muda sebelum tua)
 So, use ur time when u own it.
Do not regret in the future because of ur action

FULLSTOP......

Your sincerely, 
 
 



Wednesday, June 15, 2011

Istimewa Tiada Dua

Lirik Istimewa Tiada Dua - Nice

Di mana letaknya
Sebuah cinta yang sejati
Cuma sementara
Tiada yang abadi

Diriku tersisih
Menagih sebutir harapan
Selalu merintih
Namun tiada jawapan
Lalu ku beralih arah
Temui kasih tiada bandingan
Yang satu selamanya
Ya ALLAH….

Di mana hilang sebuah cinta sejati
Ku mencari kasih tulus suci
Ku bahgia KAU selalu menemani
Kala hatiku sunyi….

Ya…
Ya Rahman..
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Rabbi…Ya Allah
Ya Allah….

Lagu/Lirik : Hazami (Music & Me Entertainment)
Pengarah/Penerbit Vokal : Hazami (Music & Me Entertainment)


Hensem kan Encik kambing????

Assalamu'alaikum!!!!
Before start, u all know this animal???


This animal is called goat or in malay is "kambing".
Goat is more handsome from other animal?? Agree?? hehe.
WHY???
Because goat has janggut (don't know the term in English.hehe)
JANGGUT???
Euwww, what the hell 3B talking about???
Janggut make man become more more handsome??? Euww,pleaseeeeeee
Janggut just make ur face become more older........................
Sometime it will show that the person don't know how to take care of his/herself, always dirty.....


Haa, sebelum teman mengeluarkan loghat2 english tahap Oxford, lebih baik teman balik ke pangkal jalan. Cintai bhs Melayu (padahal xbrp reti speaking,nk cover line je.haha.)
Okey2, biarlah teman bercerita dgn lebih lanjut lg.
Al-kisahnya, teman keje la part time kat sebuah pasaraya. Biasa la, bila dah keje, kita akan jumpa dgn mcm2 ragam. Seronok sebenarnya bila teman bergaul dgn komuniti seperti ni, ye la sebelum ni asyik bergaul dgn member2 U je, bdk2 bijak je (teman x ckp la yg diorg ni x bijak, jgn salah sgka)
Nak dijadikan cerita, sedang baik punya sembang dgn sorg staff tetap yg berpangkat akak, tiba2 terpacul dari mulutnya :

"Kenapa hang simpan janggut? Nampak tua lah"

Oh mak aihh, nak tercabut usus dgr dia cakap begitu. Dalam hati dok pikir, nk jwb apa, ye la xkn nak diam je. Lalu teman pun bersuara :

"Janggut ni sunnah kak, dapat pahala"

Dan lepas tu teman x ingat apa yg teman borakkan dgn akak tu. Tapi bila akak tu keluarkan statement gitu, teman terfikir sesuatu. Rupa2nya kat luar ni ramai lg yg xbrp tahu ttg hal2 mcm nie.

Then ada lagi. Belum abes lg. Ada sekali tu teman g lunch. G lunch dgn seorg sahabat lelaki teman. Then dari jauh nmpk la sorg shbt perempuan kami yg juga buat part time, dia mkn sorg2. So atas dasar perikemanusiaan dan gentleman (gentleman la sgt :-p ) , teman dan shbt lelaki teman pun join the club. Ye la, kesian dia mkn sorg2. Apa yg teman nak higlightkan kat sini, teman sempat bertanya satu soalan cepu mas kat beliau. Teman tanya :

"Erm Siti (bkn nama sebenar) rasa, simpan janggut ni membuatkan org lelaki nmpk tua ke?"

"A'ah"

"Ye ke? Tapi kan, simpan janggut ni dapat pahala tau, ikut sunnah"

"Eh, ye ke??" , Siti menjawab dgn muka seposennya.

....................................................................................................................................................................

Melalui 2 pertanyaan di atas, dpt la teman simpulkan, sbnrnya ramai kt luar sana yg xbrp tahu ttg perihal2 hal seperti ini. Kdg2 kita tgk seseorg tu lain mcm sket, kita kutuk. Padahal kita x tahu, maybe dia jahil ttg agama. (ni teguran utk diri teman sendiri).


Pasal janggut ni, teman sempat surf satu website.


Terdapat byk hadith dalam link yg teman sertakan di atas. Teman copy paste beberapa hadith shj. Utk pemgetahuan lanjut, sila berkunjung ke website di atas.

Dari Ibnu Umar, Rosul -shollallohu alaihi wasallam- bersabda: “Selisilah Kaum Musyrikin, potong pendeklah kumis kalian, dan sempurnakanlah janggut kalian!”. (HR. Muslim: 259)

Dari Abu Huroiroh r.a., Nabi -shollallohu alaihi wasallam- bersabda: Potonglah kumis kalian, biarkanlah janggut kalian, dan selisihilah Kaum Majusi. (HR. Muslim: 260)

Dari Abu Huroiroh r.a., Nabi -shollallohu alaihi wasallam- bersabda: Potonglah kumis kalian, panjangkanlah janggut kalian, dan selisihilah Kaum Majusi. (HR. Muslim: 260, lihat juga Syarah Shohih Muslim karya Imam Nawawi, dan Fathul Bari Syarah Shohih Bukhori karya Ibnu Hajar hadits no: 5892)

Ibnu Umar r.a. mengatakan: “Sesungguhnya Rosululloh -shollallohu alaihi wasallam- memerintahkan untuk memangkas tipis kumis dan membiarkan janggut panjang. (HR. Muslim: 259).

......................................................................................................................................................................................................................

Actually, byk lagi hadith2 mengenai janggut ni. Sila buka link di atas utk pengetahuan lanjut.
Tapi main point yg teman nak bgtau, menyimpan janggut itu adalah sunnah. Bila dikatakan sunnah, maka ia membawa pahala bila kita niat utk mengikut apa yg nabi perbuat. 
Dewasa kini, ramai yg simpan janggut. Bertuahlah siapa yg menyimpan janggut krn niat utk menikut sunnah. Takpe kalo ada niat nak bg macho atau matang dgn simpan janggut, asalkan kita menjadikan niat mengikut sunnah sbg niat utama kita.
Tapi bg mereka yg betul2 cintakan sunnah, pastinya akan cuba sedaya upaya menyimpan janggut, walaupun susunan janggut yg tumbuh tidak teratur dan x lebat. Cthnya teman. Janggut teman sejemput je, xmacho pun. Teman simpan janggut sbb nabi simpan janggut. Kalo nabi x simpan janggut, dah lama teman cukur janggut ni.
Bagi anda yg mmg xda hormon utk janggut, xpe la. Nak buat mcm mn, dh xleh tumbuh, x berdosa pun. Tapi kalo ada janggut tumbuh, walaupun sikit, kalo boleh, simpan lah dan niatkan simpan janggut sbb nk ikut sunnah Nabi. Bygkan, kita duduk2 je, tapi dpt pahala dek simpan janggut yg diniatkan utk mengikut sunnah. Nak buat sunnah lain susah (sbnrnya x, tapi sbb iman lemah). So sunnah simpan janggut yg senang ni, kita try buat. Dan semoga dgn amalan kita ini Nabi SAW akan mengkau kita sbg umat baginda di akhirat kelak. AMEEN!!!


p/s : mcm biasa, kalau ada salah silap, terutama pasal hadith, sila tegur teman menerusi ruangan komen di bawah. Atau apa2 shj jenis komunikasi. Teman sgt menghargainya. Kita sama2 kongsi ilmu. Maklum lah, teman kan Budak Baru Belajar :-)

Sunday, June 12, 2011

K.E.N.C.I.N.G

Assalamu'alaikum pembica bicara,
Buat pembaca yang sangat budiman,
Semoga sentiasa sihat sejahtera,
Sihat tubuh dan sihat iman

Tadaa!!!! Berjumpa lagi dalam 3B. Haha, dah lama tak menulis sesuatu yang lahir dari Ketulusan Hati (eh2, ni mcm tajuk lagu je.. :-p ). Haa, yg tgh ngantuk, segar2kan mata. Yg tgh study tu, tapi tiba2 buka blog ni, ha silalah berhenti study sekejap. Pay attention to this entry. Knp? Sb teman ada something yg pntg utk diberitahu. So get ready my friend!!!!


Cop!!eh eh eh, pobondo gmbo di atas?oh mak aih,kotor nye 3B ni dok post gmbr g2.cop cop cop, dongar dulu pobondo den nak story nie. Jgn fikir kotor, fikir masak2 xpe, sbb d pandai masak nnti boleh bg 3B makan sket masakan tu ek :-p Actually, kalo ditanya kat mana2 manusia yg berakal waras dan berdedikasi (mcm xde kena mengena je.haha), semua akan jawab yg gmbr di atas adalah gambar seorg yg sedang kencing.Haa,KENCING????? Aik, apahal tetiba je pasal kencing ni. 3B bkn doktor pakar kencing. Haha,mcm ada plak jawatan doktor pakar kencing tu, sedap2 lutut je reka. Haha. Ok2, kembali ke jalan yg benar. Pada entri kali ni, 3B nak bercerita pasal kencing. Semua org kencing kan?? Sblm tu, kencing yg teman mksdkan di sini, kencing atau dlm bhs sains nya mixturation (btol kot,main bedal jer,konon2 pro,haha). Iaitu proses mengeluarkan urin dari bladder. Bknnya kencing yg bermksd menipu. Kalo kita perasan (kita merujuk kpd muslimin), bila kita gi kat public toilet lelaki, akan ada magkuk tandas utk lelaki kencing berdiri. Tapi prmpn xtau la,rasanya xda kt toilet prmpn, tp kalo prmpn pun perasan,ha kantoi tu, dh kes naya tu :-p Sbnrnya Rasulullah mengajar kita kencing duduk. Kerana apa?? Kerana apabila kita kencing berdiri, maka terdapat possibility yg air kencing akan terpercik kat pakaian kita. Perkara ni common sbnrnya, teman pun buat (alamak,mengkantoikan diri sendiri). Tapi waktu jahil. Waktu dulu2,sebelum2 ni,kalo kita buat, nk wat cmne, xleh ubah. Tapi dah tahu ni, lepas ni jgn la buat dh. Kencing berdiri ni akan menyebabkan kita xboleh bersuci dgn sempurna. (teman tahu la, pengalaman.haha,kantoikan diri sendiri lagi). So kita tidak suci. Ada satu hadith ttg kencing yg tidak bersih. 

link asal : http://www.forumbebas.com/printthread.php?tid=26991

Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur, baginda bersabda: Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, tetapi bukan karena melakukan dosa besar. Seorangnya disiksa karena dulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi disiksa karena tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian baginda meminta pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu beliau menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan siksanya, selagi ia-nya belum kering. Nombor hadis : 439 (Dalam sahih Muslim)



So, sememangnya kencing berdiri ni menyebabkan kita tidak dapat membersihkan kencing kita dgn sempurna. So, bila solat, agak2 sah x solat? Ada keraguan di situ.
Ha lg satu. Sahabat teman ada story kat teman. Dia ckp, selalunya apabila selesai kencing, maka kita akan terus membasuh. Sbnrnya, selepas kita kencing, akan ada setitik/sedikit sisa air kencing yg terkumpul di hujung kemaluan. So kalo kita terus basuh, maka ada kemungkinan sisa air kencing itu akan terkeluar. So kita tidak bersuci dgn sempurna. Bagaiman caranya utk mengeluarkan sisa air kencing itu?/ Sahabat teman ajar, selepas selesai kencing, kita perlulah berdehem selama sekali atau beberapa kali. Dengan cara itu sisa air kencing itu akan dapat dikeluarkan sekaligus kita mampu mengelakkan sisa air kencing itu keluar tatkal kita dh selesai membasuh.



So itu shj lah yg dapat teman sampaikan di sini. Sorry to say la, ayat teman agak  lurus ke titik (straight to the point). Jiwa puitis xbrapa ada semasa tgh taip entri ni. So terus direct je la. Karang kalo tangguh2 nak taip, nnti lupa nk tulis. So ramai plak yg xtau. So semoga kita sama2 dpt ambil pengajaran, kita sama2 perbaiki diri.

p/s : mcm biasa, silalah tegur secara berhikmah kalo ada mistake dlm entri ini. iasalah, teman kan Budak Baru Belajar :-)

Wednesday, June 8, 2011

I Love You

Assalamu'alaikum. Apa khabar reader2 ku yg setia (pergh, setia tu. Ayat nak gempak je.haha). Dah lama teman x menulis something new here, dah lama x mengarang ayat2 power dan ayat 2 bunga dlm blog ni (ni sindrom2 memuji diri sendiri yg melampau2 :-p ). Actually last-last time (akhir akhir ini) i don't know why my finger become lazy to type something new here(korg phm x?xphm,translate terus ke bm.ni english tahap oxford,advance sket.haha). Mungkin sbb kesibukan setelah bekerjaya ni kan. Haha, bekerjaya la sgt. Padahal jd promoter luggage bag je. Tu pun fair dh abes. Ni dh berhenti keje sekejap sbb ada hal nak settle. Ok,kembali ke pangkal jalan. Sebenarnya dlm kepala otak ni ada berlambak benda yg nak ditulis di blog ni. Tapi as usual, menulis bukan senang. Lagi2 nak menulis something yg bila reader bc, diorg xkn bosan.leh gelak2 sambil ambil manfaat.Susah tu. Susah x? (sila angguk ek :-p)

Erm, actually, this time teman xde idea nk tulis pe lg. Cuma teman terbaca satu pandangan seorg hamba Allah dlm satu website. Teman nak copy paste kt sini la, sb teman rasa sgt pntg utk reader semua bc pandangan beliau. Semoga dpt ambil manfaat bersama2. Insya-Allah!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Link asal : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1984.60


Nak couple boleh tak?


Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang 

kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak 

kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula 

dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman 

dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas 

nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah 

saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group 

ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan 

dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri 

pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan 

sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, 

diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang 

awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan 

tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan 

sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya 

sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada 

pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang 

kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.




Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi 

yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi 

mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang 

telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh 

junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.


Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa 

tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam 

Surah Yasin(36) ayat 36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”


Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih 

kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang 

hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".


Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang 

perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga 

nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam 

Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah 

tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang 

lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah 

lagi untuk memuaskan hawa nafsu.


Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32: 

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan 

menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan 

pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati 

zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ 

(jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada 

yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 

meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah 

dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan 

menghampiri zina adalah HARAM.


Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam 

hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. 

bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”[1]


Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.


Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia 

dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk 

mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, 

lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila 

berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling 

bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat 

penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, 

hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, 

pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah 

menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah 

untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur 

dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-

jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi 

dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi 

mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu 

melalui ikatan pernikahan.


Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, 

semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan r

umah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak 

beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya. 


Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”


Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah 

sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang 

baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika 

pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada 

mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup 

baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita 

lakukan itu. 

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.


Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman 

karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki 

sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. 

Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan 

perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda 

tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. 

Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.


Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai 

seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan 

dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila 

kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”


Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).


Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11: 


“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”


Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).


Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”


Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan 

yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. 


---------------------------------------------------------------------------------------------------

So itulah artikel/pandangan yg teman copy paste dari website tu. Kalo nak tahu lebih lanjut, sila la buka link yg teman sertakan di awal2 artikel ek. Teman x pandai dan x arif nak tulis artikel pasal isu ni, takut2 kalo org ckp teman ni cakap x serupa bikin ke, perasan baik ke. Sbb tu teman copy paste je, Semoga teman dan reader semua, kita sama2 dapat ambil manfaat drpd artikel yg ditulis oleh hamba Allah ini. (credit to the writer bcoz sharing something that is really useful :-) )

p/s : mcm biasa la, kalo ada salah silap, sila lah tegur. Kalo x tegur, cmne teman nak tahu yg teman ni salah kan??? Komen jer kt bwh, free jer, x kena charge pon. Biasalah, teman kan Budak Baru Belajar :-)