Hadith

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang). Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Wednesday, December 15, 2010

Ada Aku Kisah (part 1)

Dushh.

Fokus Suraqah pada laptopnya tiba-tiba sahaja terganggu dek bunyi pintu biliknya yang ditutup kuat oleh seseorang. Anak matanya liar mengekori kelibat lembaga yang baru sahaja memasuki biliknya itu.
“La, lu rupanya Bilal. Lain kali nak masuk bilik tu bagilah salam. Ni tak, main redah je. Dah la tutup pintu kuat nak mampus, macam nak pecah je pintu tu lu tutup. Kalau pecah siapa nak ganti? Lu? Ceh, makan tengah hari lu pun dah dekat seminggu mengharapkan gua belanja, “ kata Suraqah sambil membuat muka ala-ala Ah Long Bukit Beruntung.
“Ye la, ye la, nanti gua ganti balik la segala duit yang lu guna untuk bayar makan tengah hari gua selama seminggu ni. Kepoh ar mamat ni,” bebel Bilal sambil memuncungkan mulutnya ala-ala mulut seekor itik betina yang sedang memarahi anak-anaknya yang tidak mendengar kata.
“Hek eleh, tu pun lu nak sentap ke. Rileks ar bro, gua gurau jer, takkan itu pun lu nak touching bro. Tak rock la macam nie. Muka lu kalau merajuk dah rupa kerang busuk tau, kerang busuk pun lagi hensem daripada lu bila lu merajuk. So jangan ngada-ngada nak touching2 ek,” kata Suraqah lagi.
Bilal tidak mempedulikan kata-kata roomatenya itu. Dia terus sahaja membuka polistirena yang berisi kuew tiaw goreng yang dibelinya di Cafe Angsana tadi. Lalu dia makan kuew tiaw itu dengan gelojohnya. Dari riak mukanya kelihatan ada sesuatu yang tidak disukainya terjadi semasa dia membeli kuew tiaw di Cafe Angsana tadi. Kelihatan seolah-olah ada sesuatu yang membuatkannya geram dan marah.


Suraqah yang dari tadi sentiasa fokus pada laptopnya menjadi tidak keruan dengan perlakuan sahabatnya itu. Dia kelihatan dapat menangkap sesuatu yang tidak kena pada sahabatnya itu.
“Bro, lu pehal. Gua tengok lu lain macam je. Pe cer bro? Story la, kot-kot gua boleh tolong ke. Kalau gua takleh tolong, at least gua boleh dengar masalah lu. Story ar bro,” katak Suraqah dengan muka seakan-akan penyelamat dunia.
“Eleh, agak-agak gua boleh percaya kat lu ke? Sedangkan lu belanja gua makan seminggu pun lu dah kepoh, ni pula hal lain. Mahunya lu kepoh, lu post kt facebook ke, apa  ke, tak ke naya gua nanti?,” dengus Bilal dengan nada suara seolah-olah anak kecil merajuk yang minta dipujuk.
“Mak aihh, ni macam kes naya jer nie. Sekali dia sentap betul-betul plak. Ni yang payah nie, muka jer brutal, tapi dalam hati ada zoo. Aiy, terpaksa la gua susun ayat nie,” ngomel Suraqah sendirian dalam hatinya.
“Bro, gua gurau je la. Takkan lah itu pun lu nak sentap. Pasal belanja makan tu, gua main-main je. Takkanla dengan member sendiri pun gua nak berkira kot. Cakap sahabat sejati. Sebenarnya lu pe cer ni bro? Story la sikit. Kita kan sahabat. Apa guna gua jadi sahabat lu kalau gua tak boleh tolong lu bila lu ada masalah. Gua tak nak jadi sahabat yang tak berguna, sahabat yang hanya ketawa apabila lu ketawa, tapi tiada bila lu menangis. Gua nak jadi sahabat yang boleh bagi manfaat pada lu," kata Suraqah sambil menyusun kata-kata untuk memujuk sahabatnya itu.
"Ha, lu ingat tak satu hadith mengenai sahabat yang selalu naqib lu ulang masa lu join usrah dulu? Kalau lu tak ingat, biar gua beritahu.”

“Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al—Bukhari & Muslim yang maksudnya : Perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk”

“Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampong yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampong itu.” Malaikat bertanya lagi.”Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” “Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya,”Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah.” (Hadith riwayat Muslim) 




“So gua rasa tak patut lu ada masalah tapi gua buat bodoh jer. Kita kan sahabat. Gua takkan kepoh punya. Lu kena percaya gua sebagai sahabat lu.”
“Ni pehal plak lu jadi pak ustaz plak nie? Haha, apa-apa la Suraqah,” kata Bilal dengan muka penuh ngada-ngada.
“Ok2, lu nak tahu sangat kan. Dengar ni gua nak story,”kata Bilal sambil membetulkan kedudukannya di atas katil agar lebih selesa untuk bercerita.
“Tadi gua main futsal dengan geng bas sekolah. Main giler-giler la sampai tak ingat dunia. Habis je main gua rasa tahap kelaparan dan kehausan yang melampaui batas-batas normal. So dengan semangat waja gua gi la Cafe Angsana. Disebabkan gua ni seorang yang hensem di tahap melampau-lampau, so gua tapau je la. Kalau gua makan kat situ, nanti ramai plak awek-awek cun usha gua plak,” tambah Bilal dengan gaya seorang yang perasan giler.
“Dah-dah, lu ni kalau cerita memang unsur-unsur hiperbola dan perasan memang xley bla kan. So straight to the point, karang tak pasal-pasal gua cepuk kang.,” tambah Suraqah dengan nada menyampah.
“Haha, biarlah gua nak perasan sekali-sekala, lu ni potong stim betul. Ok2, biar gua story straight to the point. Sebenarnya tadi masa gua tengah tunggu, tiba-tiba ada la seorang mamat slenger ni datang kat meja gua. Ala, mamat slenger merangkap member baik lu la. Gua pun layan je la dia sembang. Tanya macam-macam la. Gua layan baik punya. Tapi tiba-tiba gua panas dengan apa yang dia sembang,” kata Bilal dengan muka penuh dengan unsur-unsur tidak puas hati.
“Pe yang dia story bro?,” kata Suraqah dengan penuh tanda tanya.
“Dia tetiba je cakap yang dia kadang-kadang menyampah dan meluat bila buka facebook. Ye la tengok certain-certain member kat facebook yang post benda-benda baik je. Post pasal ayat Quran ke, hadith ke atau apa-apa yang baik le. Dia cakap, tuan punya badan bukan main post benda-benda baik tapi diri sendiri bukan bagus sangat. Dia cakap diorang yang post gitu ntah apa-apa. Post sebab nak orang lain tekan butang “like”, then komen “syukran ya akhi” la, apa la. Gua seriously panas bila dengar dia cakap macam tu. Tak pasal-pasal adrenalin gua dirembes dengan banyaknya bila dia cakap macam tu.  Lepas tu gua buat layan tak layan je dengan dia. Then bila abang cafe tu panggil nama gua, gua terus ambil makanan dan blah. Malas gua nak layan mamat slenger mengarut,” kata Bilal lagi .
“La, pasal tu ke muka lu jadi macam kerang busuk dari tadi? Gua ingat pasal apa.’” Tambah Suraqah sambil tertawa kecil.
“Ye la, macam mana gua tak panas. Gua tau dia saja je cari point nak tembak gua,” dengus Bilal lagi sambil tangannya membuka uncang Nescafe 3 in 1 untuk dibancuh.


“Lu macam la tak tahu, gua kan selalu post macam tu, pasal hadith la, ayat Quran la, atau apa-apa nasihat. Gua bukan apa, gua sekadar nak share je. Gua mengaku yang gua ni xdela baik sangat. Pergi jemaah kat surau pun malas. Solat pun lambat. Pastu kadang-kadang gua usik-usik gak awek kat kelas. Tapi gua rasa gua still nak post benda-benda baik macam tu, takkan la tu pun tak boleh kot. Kadang-kadang gua tahu tentang sesuatu yang baik, walaupun kadang-kadang gua sendiri tak apply benda tu, tapi gua rasa tak salah kan kalau gua nak share dengan member-member kat facebook? Lebih baik gua post benda-benda gitu daripada post benda-benda mengarut,”dengus Bilal lagi sambil menghirup air Nescafe yang baru dibancuhnya itu.
“Lu tahu betapa kecewanya gua dengan apa yang mamat tu sampaikan gua rasa gua malas dah nak post benda-benda gitu. Biar bilangan orang yang post benda-benda baik kat facebook tu berkurang. Then  yang tinggal hanya post-post yang mencarut dan ntah apa-apa. Pastu baru mamat slenger tu puas hati kot,”bentak Bilal lagi.
Suraqah sengaja menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Parah ni, si Bilal ni macam dah kecewa je. Apasal la mulut mamat slenger tu macam longkang. Yang dia tak puas hati sangat bila orang post benda-baik baik gitu apasal. Mental apa,” bisik hati kecil Suraqah. Tiba-tiba otak kirinya teringat suatu cerita.
“Ha, gua ada satu cerita. Cerita ni tentang seorang pelacur yahudi dan juga seorang perempuan warak. Gua terbaca dalam buku fadhail amal. Ada seorang pelacur yahudi ni. Dah namanya pelacur, mestilah perkerjaannya melacur, takkan jual pisang goreng panas lak kan? So itulah kerjanya, melacurkan diri. Pada suatu hari beliau telah lalu di suatu lorong. Beliau ternampak seekor anjing yang hampir mati tapi berada dalam keadaan haus yang melampau-lampau. Atas rasa ihsan dalam dirinya, beliau ingin memberikan anjing itu minum. Tetapi tiada bekas yang sesuai untuk mengisi air. Maka beliau menanggalkan stokinnya yang panjang lalu diisi air. Kemudian air itu diberikan kepada anjing itu untuk diminum. Disebabkan perbuatannya itu, Allah telah memasukkan beliau ke dalam syurga.”
“Berbeza dengan seorang perempuan warak. Beliau menjaga amal dan auratnya betul-betul. Tapi beliau ada membela seekor kucing.  Kucing itu dikurung di dalam sangkar tanpa diberi makan-minum. Akhirnya kucing itu pun mati. Disebabkan perbuatan ini, perempuan yang warak itu dimasukkan ke dalam neraka.”
“Agak-agak apa yang gua nak story melalui kisah ni?,”soal Suraqah dengan mimik muka ala-ala pengacara One in a Millionaire.
“ Gua rasa.....gua rasa....gua rasa lapar la plak bila dengar celoteh lu yang panjang lebar ni. Haha. Dah,tak payah nak soal2 plak. Straight to the point,” ulas Bilal lagi.
                                                                                                             
  (to be continue in next entry..)






Friday, December 3, 2010

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Sedang teman membelek-belek www.iluvislam.com, tiba2 teman terjumpa puisi ni. Rasa nak post plak. Kepada pemilik puisi, teman ingin menyiarkan puisi anda ek.
Diambil dari http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25020-sebab-mata-lelaki-gemar-lihat-badan-wanita/



Malam pasangannya siang,


Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


Wednesday, December 1, 2010

Sombong, Kedekut, Penakut, Muslimat Patut Milikinya......


Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar shbt2 yg hensem dan cun2 belaka? Ha,suka la tu teman puji hensem dan cun. :-p  Semoga sihat-sihat belaka. Sbnrnya teman nk tulis pasal entri nie lama dh, tp biasa la, disebabkan kesibukan teman (haha, sibuk la sgt), br saat ni berjaya menyiapkan entri ini. Saat mula2 entri ini ditulis, umat Islam di seluruh dunia sedang meraikan salah satu drpd hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidiladha. (tgk, betapa lamanya entri ini tertangguh,haha). Walaupun dh lama berlalu, teman still nk ucap selamat hari raya aidiladha, dengan pesanan supaya kita sama-sama bisa mengorbankan dunia kita untuk mengejar akhirat. Mengorbankan dunia bukan bermaksud menolak dunia 100%, tetapi mengorbankan dunia bermaksud kita menggunakan dunia ini sebagai medium atau batu loncatan untuk kita berjaya di akhirat. Semoga apa yg kita buat kt dunia, apa yg kita surf kat sini, apa yg kita kerjakan di dunia ini bisa kita jadikan hujah di hadapan Allah semasa saat ketika amal ibadah dihisab. Insya-Allah. Walaupun saat ini kita sibuk meraikan hari raya aidiladha, teman xnk cerita ttg mksd korban ke, apa ke. Sbb saat ni, g ar mana2, confirm topic korban yg disebut. Khutbah pasal korban, psg radio pasal korban, bahkan status-status di facebook pun semua pasal korban. Bagus2, i like. Tapi jgn kita mengingati Allah secara bermusim jer. Tau x apa mksd mengingati Allah secara bermusim? Mksdnya masa certain2 time je kita ingat Allah. Cthnya masa hari raya haji, sibuk ckp pasal pengorbanan, kisah nabi Ibrahim dan sebagainya. Tapi lepas dh berlalu, soh je (soh tu loghat Perak.x phm, g buka kamus loghat Perak.hehe).  Nak berkorban anytime boleh. Berkorban tenaga juga dikira berkorban juga.
Kepada sahabat-sahabat muslimat, teman nak wish kt korg semua. Teman nak ucapkan :

“Semoga sahabat-sahabat muslimat menjadi seorang yg sombong, kedekut dan penakut”

Mak aihh, apa ke halnya ni yob. Tetiba je buang tebiat nie, wish mcm tu. Ingat ni rancangan Melodi ke nak wat ayat2 kontroversi mcm tu. Budak Baru Belajar nie mmg, asyik nak merapu je. Hehe. Tp xpe la, merapu sket2  je. Kalo skema sgt, mike semua yg bc entri ni pun jadi bosan+ngantuk. Ha tu dah ada yg ngantuk dah. Bgn2, teman x start lagi bercerita nie. Agak2 la apa ke halnya teman ckp rope itu kt atas tu? Ha, bak kata Nabil, lu fikir la sendiri. Ish3, asyik nak kena suap je. Ha, cepat fikir. Teman bagi masa 5 saat.
5, 4, 3, 2, 1...
Teetttt, masa dah tamat. Ish3, asyik teman je nak bg jawapan. Hehe, tp xpe, bab2 bercerita dan merapu nie, teman mmg specialist sket. Hehe.
Ok2, back to the future (mksd teman kembali ke point sebenar). Apahal tetiba je teman suruh shbt2 muslimat teman yg baik2 dan solehah2 semua ni supaya jd sombong, kedekut dan pemalu???
Nak dgr x? Nk dgr x penjelasannya? Sape nak dgr sila angkat kening!!!! Ha, cepat angkat kening, kalo x angkat kening, xnk explain (nada merajuk,hehe).
Ok2, anda angkat kening atau pun x, tetap xkan dgr penjelasan sy. Knp? Sebab sy bkn bercakap dgn anda, sy menaip di blog ni je.So xkn dgr apa2 la. Hehe, jgn mrh, anda terkena. Ok2, sorry my friend, let me type the reasons (wawawa, mat kg dh jd mat salleh,hehe).


Sombong
Kenapa muslimat kena sombong? Bukankah sombong itu adalah satu sifat yg dikeji? Bahkan dikatakan tidak akan masuk syurga bagi manusia yg ada walau sekelumit perasaan takbur@bongkak@sombong dan sewaktu dgnnya (teman x sure sama ada hadith ke, apa ke. Kalo shbt2 tau, sila bgtau dgn meninggalkan komen di akhir entri ni. TQ.)
Sombong yg dimaksudkan adalah berlainan mksd. Seorg perempuan yg sombong tidak akan mudah melayan sebarangan lelaki yg mendekatinya. Mksdnya lelaki yg nk tackle prmpn tu selalunya xdilayan oleh prmpn itu. Ini disebabkan ketaqwaan dan keimanan yg ada pd perempuan itu. Bagi seorg isteri, sifat sombong ini sgt pntg. Seseorg isteri yg sombong tidak akan mudah tersenyum, melayan atau menggedik dgn lelaki sebarangan. Ini berikutan isteri itu sedar akan tggjwbnya utk menjaga kehormatan diri dan suaminya serta tggjwb utk menjaga nama baik si suami. Sudah tentu si suami akan berasa malu, kecewa dan tercalar maruah sekiranya isterinya senang2 shj melayan atau menggedik dgn lelaki yg x dikenali lantaran tiadanya sifat sombong itu dan krn bersikap terlalu “open-minded”. So kpd shbt2 muslimat, sila2lah belajar menyombongkan diri sikit dgn kaum lelaki. Jgn lah mudah2 melayan lelaki. Jgn la bl lelaki msj je, bg sms ckp nk berkenalan lah, mulalah suka dan mengggedik, then lyn je. Tu bkn hot, tu akan menjatuhkan maruah anda sendiri. Wahai muslimat, jd lah sombong sedikit, jual la mahal sedikit, dan juallah mahal kerana Allah



Kedekut
Knp muslimat perlu mempunyai sifat kedekut??? Adakah ia ada kena mengena dgn kempen inflasi yg menyuruh kita berjimat-cermay? Oh no man, that is absolutely wrong. Lagipun kalo sume kedekut, abes la. Cmne teman nk pow member2 muslimat teman nnti.hehe (ke situ plak teman nie,hehe,jgn marah). Actually(ha, speaking dh), kedekut yg dimaksudkan adalah seseorg muslimat itu kedekut dlm membelanjakan hartanya utk benda2 yg x perlu. Ye la, mmg reality kebanyakan prmpn (termasuk muslimat, tp teman x ckp semua) mempunyai sifat suka shopping. So bila ada sifat kedekut ni, at least xde la suka-suki je nak belanjakan harta utk perkara2 yg x sepatutnya. Bg seorg isteri, sifat ini adalah pntg. Nak tau knp? Ha, fikir sendiri. Hehe, gurau je. Seorg isteri yg kedekut takkan sukati je belanja harta suaminya utk bnda2 yg x pntg. Dia akan belanja utk bnda2 yg pntg je. Ini kan selaras dgn tggjwb seorg isteri utk menjaga harta suami. Jd sememangnya seorg wanita perlu ada sifat kedekut ini.



 
Penakut
Ha, ni apa ke halnya dgn penakut plak? Knp agak2nya muslimat kna memiliki sifat penakut? Adakah ia ada kena mengena dgn lagu baru Yuna yg bertajuk “Penakut”? (kantoi di situ yg teman dgr lagu Yuna,hehe). Teeet, segala penafsiran itu salah sama sekali. Ada la sebabnya,biar teman explain. Seseorg muslimat yg penakut xkn sukati jer nk keluar g jln2 tanpa ditemani muhrimnya. Mknanya dia xkn g ke tempat2 awam yg ramai org, sbb takut kna mcm2 ke. Kena perkara2 xelok ke. So bila dia ada sifat ni, automatik dia akan mengelakkan diri dr g tmpt2 g2. As a result (hahaa, koya speaking lg), kehormatannya terjaga sket. Lebih2 lg kalo dia dh bersuami. Kalo xde suami atau muhrimya, dia xkan g. So Insya-Allah kehormatannya terjaga.
Ha, teman dh byk menaip nie, phm x knp seseorg muslimat perlu mempunyai sifat sombong, kedekut dan penakut? Kalo susah nk phm gk, teman ada penawarnya. Slalu x siang ikan? Lepas siang mesti kna basuh kan? So ambil air basuhan ikan tu, letak dalam cawan kaca, then campur dgn sesudu air longkang. Kemudian minum sebanyak 3 kali sehari selama setahun. Confirm phm. (ha, jgn test btol2, teman gurau jer. Rekaan je. Kalo anda test, brlaku perkara2 buruk, teman x tanggung, teman merapu je. Hihi, jgn mrh)
Ok2, sblm teman merapu lebih2, lebih baik teman berhenti dlu. Ha, dh bc tu, komen la kt bwh nie. Ish3, bc je, komennya tak (haha, xley bla btol la 3B nie, ada ke suruh org komen, x malu btol.haha). Sekian, renung2kan dan selamat beramal  -_-
p/s : mcm biasa, kot2 teman bg ajaran sesat kt atas nie, sila2lah komen kt bwh nie. Biasa la, teman kan Budak Baru Belajar