(Verse 1)
Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih
Doaku semoga dirimu bahagia
(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya
Bersama kasih kita dan cinta
(Verse2)
Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua
Doaku semoga dirimu sejahtera
(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya
(Bridge)
Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah kulupa
Terus kunanti setia
Saat Indah kita bersama
(Repeat Chorus)
Bersama kasih kita dan Cinta
(Chorus kanak-kanak)
Diriku yg kini jauh
Damba keampunan darimu
Semua khilaf antara kita
Kan terlerai jua akhirnya
Song by Akmal Mirwana & Hafiz Mirwana
Lyric by Akmal Mirwana
Produced by Mirwana
Recorded at Mirwana Studio
Mixed by Greg Henderson
Electric Guitar played by Rody Kristal
Music Arranged by Eddie
Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih
Doaku semoga dirimu bahagia
(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya
Bersama kasih kita dan cinta
(Verse2)
Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua
Doaku semoga dirimu sejahtera
(Chorus)
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya
(Bridge)
Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah kulupa
Terus kunanti setia
Saat Indah kita bersama
(Repeat Chorus)
Bersama kasih kita dan Cinta
(Chorus kanak-kanak)
Diriku yg kini jauh
Damba keampunan darimu
Semua khilaf antara kita
Kan terlerai jua akhirnya
Song by Akmal Mirwana & Hafiz Mirwana
Lyric by Akmal Mirwana
Produced by Mirwana
Recorded at Mirwana Studio
Mixed by Greg Henderson
Electric Guitar played by Rody Kristal
Music Arranged by Eddie
Lagu ni memang dari dulu teman suka dengar. Selain kemantapan dan keharmonian vokal ahli kumpulan Mirwana, teman sangat suka akan liriknya, mesej yang cuba diselitkan melalui lagu ini. Pernah dulu teman buka satu laman web apa ntah, tak ingat, tapi pengkomen2 di situ memberikan komen2 mereka tentang maksud lagu ini. Ada yang cakap "jauh" dalam lagu ni merujuk kepada hubungan dengan Allah. Ada yang menafikan kerana tidak mungkin Allah melakukan kekhilafan kat manusia. Jadi, setelah teman mendalami maksudnya, baru teman tahu. Lagu ini mengisahkan tentang kesepian seorang sahabat apabila sahabatnya tidak mahu berhubung dengannya lagi mungkin disebabkan berlakunya khilaf/perselisihan antara mereka. Sahabat itu terasa jauh daripada sahabatnya. Jauh mereka mungkin disebabkan oleh jarak dan masa. Dan yang paling menyedihkan jauh mereka dek berlakunya kekhilafan (perselisihan) antara mereka. Dan melalui lagu ini sahabat itu mengharapkan agar sahabatnya akan memaafkan kesalahannya, dan mengharapkan agar kekhilafan yang berlaku antara mereka akan dileraikan. Sahabat itu meluahkan isi hatinya yang tidak pernah melupakan sahabatnya itu walaupun kelihatan dirinya dilupai oleh sahabatnya itu. Dan sahabat itu terus menanti agar suatu masa nanti mereka akan kembali bersahabat dan melalui waktu2 indah dalam persahabatn seperti sebelum mereka berselisih, waktu2 yang dipenuhi oleh cinta dan kasih sayang sesama mereka, iaitu sebagai sahabat.
Erm, ni apa yang teman faham la. Jadi moral of the story, perselisihan akan selalu berlaku dalam persahabatan. Sedangkan suami isteri boleh bergaduh, inikan pula sesama sahabat. Jadi sekiranya berlakunya perselisihan antara kita dan sahabat2 kita, berlapang dada lah. Marah itu sifat manusia biasa, tapi jangan terlalu lama, cukuplah sekadar 3 hari. Sekiranya marah lagi, duduklah sebentar, dan fikirkanlah saat2 indah anda bersama sahabat2 anda ketika bersahabat. Takkanlah hendak dihancurkan suatu hubungan persahabatn hanya kerana satu perselisihan. Takkanlah sahabat anda itu terlalu teruk, mungkin pada masa itu dia tersilap cakap atau tersalah tindakan, tanpa dia sedari, tapi di masa2 lain dia tidak begitu. Jadi usah rumitkan keadaan. Senyum, berlapang dada dan maafkanlah sahabat anda itu. Kembalilah bersahabat dengannya.
Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasululla SAW bersabda, "Perumpamaan persaudaraan kaum Muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur
(Hadith riwayat Muslim)
"Seorang Muslim adalah saudara Muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya."
(Hadith riwayat Muslim)
Dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud : " Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."
(Hadith riwayat al-Bukhari)
Renung-renungkan dan selamat beramal. Sekiranya terdapat apa2 kesilapn terutama dalam penulisan hadith di atas, sila tegur dengan memberikan komen. Biasalah, teman kan Budak Baru Belajar
p/s : kepada sahabat2 teman yang ada terasa hati dengan teman, teman mohon agar teman dimaafkan. Semoga ukhwah kita akan kembali terjalin bahkan semakin kukuh hendaknya, Insya-Allah



No comments:
Post a Comment