Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Ni hao ma? Apa khabar semua? Agak lama juga tak menukilkan sesuatu di 3B ni. Biasalah, bila assignment makin berlambak, bila test makin menyapa, bila masa tidur semakin berkurangan, maka kewajipan dan komitmen terhadap blog ni agak dilupakan (padahal malas +takde idea nak tulis apa kt blog ni). Erm, tapi takpa la. Kalau kewajipan terhadap blog dilupakan, itu enggak apa-apa an sih. Tetapi awas kamu, jgn sesekali kamu coba melupakan kewajipan terhadap Tuhanmu, karna itu lah yg akan menjadi hisaban kita di sana. Ngerti? (tetiba berangan nak jadi cowok Indon :-p )
Semasa jari jemari teman sedang menekan keyboard laptop untuk menukilkan coretan ini, waktu ini jam menunjukkan 5.40 pm, hari jumaat, 1 April 2011 bersamaan 27 Rabi'ul Akhir 1432 H. Ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum final exam. Eh2, final exam? Binatang apa tu? Adakah ianya sejenis mamalia? Ataupun sejenis tumbuhan berdaun lembut? Adakah ianya merbahaya? Beracun atau tidak? Wah, bila sebut pasal final exam, mula la terbayang past year question. Mula la terbayang muka member2 yg serius xley blah (padahal muka sendiri. Mula la terbayang lampu bilik yang terang dari mahgrib sampai subuh. Waktu2 "penyeksaan" sudah tiba. Waktu2 untuk bercouple dgn nota dan buku sudah tiba. Kan senang kalau lecturer bagi soalan spot kan. Kalo bagi soalan terus pun ok. Kita leh la hafal je jawapan. X gitu??? Tapi kan, betul ke kalau kita tahu soalan final sebelum ambil final, kita akan skor giler mantap? Maybe boleh kot, tapi semua dgn izin Allah juga. Kalau Allah x benarkan kita skor, xleh gak kan? Tapi kan, tapi kan, kita semua mmg serba tahu ttg soalan spot yg akan ditanya oleh dua pengawas peperiksaan yg bernama Mungkar dan Nangkir. Tahu kan? Tau kan? Kita boleh hafal jawapannya kan? Sure boleh. Tapi bolehker kita lulus dgn cemerlangnya nanti? Ha, x confirm lagi. Sebab 'exam' tu bukan dijawab oleh mulut kita, atau pemikiran kita, tetapi dijawab oleh amal ibadat kita. So, teman nak pesan kpd diri teman dan shbt2 semua, kalau kita semangat giler study utk skor dlm final exam, kita perlulah semangat semangat semangat giler utk 'study' untk skor dlm 'exam dlm kubur' nnti, walaupun kita dh tau soalan spot nya. Sama-sama lah kita...
Mandul?????????
Tu tajuk kat atas kan?? Nampak x? Nampak x? Kalo x nmpk, ha, phm2 sendiri la ek.
Tapi apa ke halnya teman nie tetiba je menulis pasal mandul? Ada kaitan dgn final exam ke? xkn la paper MRI tanya pasal definisi mandul kot? lagi la mustahil kalau paper DIP tanya ttg faktor-faktor mandul. ish, simpangggg (bak kata Usop dlm citer Hantu Kak Limah Balik Rumah)
Mengikut Wikipedia.org, mandul adalah sebuah istilah dapat diterjemahkan sebagai kegagalan menghasilkan anak/keturunan pada manusia atau pun haiwan. Isu mandul sangat sensitif pada sesetengah org terutama kepada pasangan yg sudah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. Cuba sahabat2 bygkan, 10 tahun kahwin tapi x dapat2 anak gak. Setaun dua tahun ok lah kalau berdua. Romantik la, makan berdua, tidur berdua, solat berjemaah berdua. Tapi kalo udah lame2, apa ke hay nya yob (ha,udah keluor loghat Perak.haha, i'm sorry, sengaja kuorkan :-p ). Kita pun berharap agar kita ni subur dan tidak mandul. So sama2 la kita berdoa agar Allah SWT menjadikan kita ni di kalangan org2 yg subur. Amin!!!
Aik, cop cop cop, bukan itu yg teman nak ceritakan. Teman sgt yakin dan pasti, kalau ditanya pasal maksud mandul, maka jwpn seperti di atas la yg akan dijawab oleh kebanyakan kita, termasuk la teman yg comel ini (perasan terlebih di situ) Tapi kan, sebelum melalut lebih, teman nak share dgn shbt2 semua ttg apakah definisi mandul mengikut junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan artikel di Yadim.com.my yg beralamat di http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp?Id=160, terdapat satu peristiwa di mana Rasulullah bertanyakan para sahabat mengenai mandul ini.
Rasulullah s.a.w bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?”
Para sahabat menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
Lalu Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang memepunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”
Mengikut kefahaman teman (diulang, kefahaman teman, bukan kefahaman ustaz ke, ustazah ke), dlm hadith tersebut, nabi telah bgtau kpd kita, yg mandul sebenar2nya bkn lah xde anak, tapi mandul sbnrnya ialah ada anak tapi anak itu tidak memberi manfaat kepada ibu bapanya sesudah ibu bapanya meninggal dunia. Seperto mana yg kita semua ketahui, anak yg soleh lah yg akan memberi manfaat kepada ibu bapanya apabila ibu bapanya meninggal dunia. Anak yg soleh dan solehah of coz akan selalu mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di alam barzakh. Anak yg soleh dan solehah akan selalu membuat amal ibadat, yg dgn amal ibadat itu akan memberi saham kepada ibu bapa di alam barzakh. Anak yg tidak soleh dan solehah mybe jrg ingat utk mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di alam barzakh. Mereka mgkn hanya ingat kpd harta peninggalan ibu bapanya atau pun bersenang lenang dgn keluarga tanpa mendoakan kesejahteraan ibu bapa di alam barzakh. So, teman nak tanya kpd shbt2, adakah shbt2 rasa yg shbt2 ini akan menjadi punca kpd "kemandulan" ibu bapa shbt2? Ye la, kita hu ha hu ha, tapi dlm x sedar kita takut2 perbuatan kita ini mendatangkan dosa kpd ibu bapa kita. yes, ibu bapa kita, yg selama ini menjaga kita sejak dari tidak tahu bercakap, smpi la sekarang nie. Sanggup ke kita nak biarkan ibu bapa kita jadi "mandul" gara-gara perlakuan kita? Maka, renung-renungkan dan selamat beramal :-)
Nabi Muhammad juga pernah bersabda kpd para shbt, (teman lupa perawi dan matannya)
teman bgtau mafhumnya. Rasulullah bersabda menyesallah (3 kali). Maka para sahabat bertanya ttg hal itu. Maka Rasulullah bersabda menyesallah anak yg sudah besar, sudah ada pekerjaan, dan pada masa yg sama mempunyai ibu bapa yg sudah tua. Tetapi anak itu tidak mengambil kesempatan utk menjaga ibu bapanya pada masa tua mereka. Maka anak itu akan menyesal seumur hidup.
Jadi, dapat x point yg teman nak share kan pada entri kali ini??
1. Sama-sama lah menjadi seorg anak yg soleh/solehah agar kita akan memberi manfaat kepada ibu bapa kita apabila mereka sudah tiada, supaya ibu bapa kita tidak menjadi mandul
2.Apabila kita sudah besar dan mempunyai ibu bapa yg sudah tua, maka jagalah ibu bapa kita sebaik-baiknya pada masa tua. Kalau tidak, nescaya kita akan menyesal seumur hidup.
Sekian, semoga perkongsian kali ini memberi manfaat.
Pecah kaca pecah gelas, Lepas baca arap komen kat bawah.. )pantun main belasah) -_-"
p/s : ha, mcm biasa la. Kalau ada kesilapan terutama berkaitan hadith ke, tolong-tolonglah tegur ek. Maklum la, teman kan Budak Baru Belajar :-)




No comments:
Post a Comment