Dengan nama Allah yg menciptakan dirimu dan diriku
Ana sgt yakin yg ramai di kalangan antum yg tau ttg kewujudan cerita di atas. Mungkin ada yg pernah membaca novel, mungkin juga ada yg hanya sekadar menonton dalam bentuk filem atau drama, dan mungkin juga ada yg sudah membaca novelnya beserta menonton filem dan dramanya.
Di bawah ini pula Ketika Cinta Bertasbih versi novel.
Kemungkinan ada di antara antum yg dah hampir lupa cerita ini. Maklumlah, ini bukan cerita baru, dah lama cerita ni keluar. Cuma bagi diri ana yg terlalu susah nak tgk tv (kecuali bola+berita dan tertengok tv,in case too bored), ana baru shj selesai mengkhatamkan cerita ini.
Alhamdulillah, praise to Allah, akhirnya Allah izinkan juga utk diri ana ini selesai mengabiskan cerita ini. To be honest, ana bukanlah jenis yg membaca novel. Sgt susah nak baca novel, because for me it need commitment. Novel pertama ana baca adalah novel Ayat-ayat Cinta karangan Habiburrahman El Shirazy. Itu pun macam mana seorg shbt ana (dengan izin Allah) berjaya membuatkan ana membaca novel itu sehingga habis. Then after that, i feel excited to read other novel by Habiburrahman El Shirazy. At that time, Ketika Cinta Bertasbih 1 (novel version) just released. So, ana terus beli. Baru baca sedikit, dah mls. Then malas. Itu la, nak baca novek memerlukan komitmen. That why i'. grateful to Allah because at least He permit me to know the whole story about Ketika Cinta Bertasbih by watch the movie version.
Ok. Ana tutup cerita pasal ana. Nanti meluat la antum baca entri pasal ana plak. Hehe. Nanti kalau asyik bercerita tentang manusia, bila plak kita nak bercerita tentang agama , kan??? ;-)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sengaja ana letak gambar ini. Jadi bila ana letak gambar seperti ini, maka ana pasti antum semua sudah punya idea tentang apa yg ana nk bicarakan kali ini.
J.O.D.O.H
Topik ini bukanlah satu topik yg mudah utk dikupas. Apatah lagi kalau hendak dikupas oleh org seperti ana yg serba kekurangan ilmu.
Tapi sebaik shj ana berjaya mengkhatamkan cerita Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, maka ana nekad utk menulis tentang isu ini.
Mudah utk mengatakan sesuatu tentang jodoh tetapi sukar utk diyakinkan di dalam hati
Hati mana yg tidak resah melihat rakan-rakan sekeliling sudah punya pasangan.
Tidur malamnya didahului dgn ucapan/msj "gud nite" dari insan tercinta
Pagi indahnya dimulai dgn ucapan/msj "gud morning" dari insan tersayang
Apabila menjelang peperiksaan maka ucapan "gud luck" dr tersayang acap kali kedengaran
Apabila dilanda kesusahan maka ada yg setia mendengar luahan kekecewaan
Apabila dikurniakan kesenangan ada yg akan berkongsi kegembiraan sekali
Dan waktu sambutan hari jadi pasti si dia menghadiahkan sesuatu yg membuatkan hati terlonjak kegembiraan
Sebagai manusia biasa tipulah kalau kita katakan kita tidak pernah berasa jeles dgn yg lain-lain
Walau di mulut menuturkan "aku tidak memerlukan teman wanita/lelaki"
Namun jauh di sudut hati pada suatu ketika pasti akan ada rasa kepingin hal-hal itu
Kepingin mendengar ucapan-ucapan syg dan rindu dari seorg kekasih
Kepingin seseorg yg sentiasa mengambil berat akan diri
Kepingin mengucapkan rasa cinta kpd seseorg yg dicintai
.....................................................................
Pada entri kali ini, ana ingin mengajak diri ana dan antum semua, marilah kita sama-sama menghisab diri kita
Marilah kita sama-sama menenangkan hati kita yg selalu dibisikkan oleh syaitan akan hal-hal haram seperti itu
Ana tertarik ttg satu post dlm iluvislam.com.
" Alkisah, Ibu: Muhd Reza, belikan mummy ikan siakap 3 kilo kat pasar sat. Reza: Ok mummy. Kalau ikan siakap takde? Ibu: Ala belilah apa yang ada. Reza: OK. Arakian, bertolaklah Muhd Reza pergi ke pekan ingin membeli ikan yang telah dipesan. Sampai disana, Muhd Reza pergilah mengusya apa yang patut. 1. Setelah mengusya, dia melihat ada banyak ikan siakap yang dijual. Dia pun belila 3kg seperti yang dipesan. Itulah takdir dia dapat beli ikan siakap, dan itulah jodohnya sebab dapat beli ikan siakap. 2. Penat dia usya, tapi tak jumpa ikan siakap. Semua dah habis diborong tokey kedai makan. Dah takdir dia tak dapat beli siakap aritu. Dah takde jodoh nak buat camna. 3. Dia usya ikan siakap, tapi takde. Tiba-tiba dia ternampak ikan jenahak. Dia pun beli la ikan itu 3kg. Dah takdir dia tak dapat beli siakap. Tapi dia beli ikan jenahak. Itulah jodoh dia. Takdir dia beli ikan jenahak, bukannya ikan siakap, ataupun ikan cencaru, ikan betung, ikan layaran, ikan jerung dsb. Itu konsep jodoh dan takdir. Jodoh kena cari, bukan tunggu. Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Cari jodoh bukan macam cari baju kat Mega Sale ya. Nak pergi test kat fitting room kasi pakai dulu. Nampak lawa/sesuai beli, tak sesuai buang. Itu bukan cari jodoh, itu cari gaduh. haha "

Ana berkesempatan melawat http://webblog.myjodoh.net/2007/07/16/panduan-memilih-jodoh-daripada-rasulullah/ . Di bawah ini sedikit sedutan dari laman web tersebut.
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.
Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.
Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]
[1] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim, #2661.
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1004. Bertaraf hassan.
[3] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi #1005. Bertaraf hassan.
Terdapat beberapa perkara yg telah ditetapkan Allah semasa roh ditiupkan ke dalam jasad. Ketentuan ini tidak akan berubah. Salah satunya adalah jodoh. Jodoh manusia itu telah ditetapkan sebelum manusia itu dilahirkan lagi. Antum tahu apa maksudnya? Maksudnya, seandainya kita ada jodoh, maka ingatlah sesungguhnya jodoh itu telah ada dh, cuma Allah tidak tunjukkan lagi. Allah sembunyikan dulu, walau jodoh itu kadang-kadang ada depan mata kita, tapi Allah tutup mata hati kita seketika daripada mengenalinya.
Kenapa?
Allah sebenarnya mahu menguji kita. Allah mahu menguji kesabaran kita. Sejauh mana kita bersabar menunggu jodoh kita "dinampakkan" oleh Allah. Sejauh mana kita mempercayai Allah dalam urusan jodoh.
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(Surah An-Nur ayat 26)
Jika kita tanya pada sesiapa pun, maka pasti mereka akan cakap yg mereka mahukan jodoh yg baik. Tapi persoalannya bagaimana kebaikan hendak dicipta kalau dimulai dgn kemaksiatan?
Sukar mewujudkan yg halal dgn memulakan dgn yg haram.
Maka buat hati-hati yg merasa kesunyian dari perhatian seorg kekasih, maka bersabarlah
Percayalah dgn janji Allah.
Jodohmu Insya-Allah sudah ada, cuma belum masa lagi Allah mahu tunjukkan siapakah gerangannya
Kenapa?
Kerana sesungguhnya Allah hendak mengujimu
Sama ada engkau akan bersabar semasa Allah menyembunyikan jodohmu
Sama ada engkau akan melindungi dirimu dari menyerahkan cintamu pada yg tidak halal
Dan sama ada engkau menjaga cintamu utk diserahkan semata-mata kepada jodohmu
Ingatlah!
Apabila engkau menjaga cintamu, Insya-Allah Allah akan menjaga cinta jodohmu
Biarlah cintamu dan cinta jodohmu sesuatu yg istimewa, sesuatu yg dimiliki oleh berdua shj
Mengapa dicari yg haram sedangkan yg hala sudah ada? Mengapa mahu menikmati kebahagiaan dlm kemurkaan Allah sedangkan Allah sudah sediakan kebahagiaan yg diberkati (selepas akad nikah)?
Wallahu'alam. Semoga kita sama-sama dapat menjaga diri daripada terjebak dg cinta yg tidak halal.
p/s : sy budak baru belajar, kalau salah tegur-tegurkan lah :-)